toyama dai

Alhamdulillah, selesai temuduga dan ujian kemasukan universiti ke dua.Perjalanan ke Toyama memakan masa 3 jam.Tiba di Toyama menjelang malamnya, kami dijemput di eki (stesen kereta api) oleh seorang teman satu sekolah, adnin,pelajar Kejuruteraan Mekanikal tahun 3.Belum sempat berehat, kami diajak makan makanan Pakistan,Restoran Nairu.

Selesai makan, bersama hampir sepuluh orang warga Toyama yang lain, kami bergerak pulang ke rumah.Ana dan syah, tinggal dirumah adnin.Rumah yang tidaklah terlalu besar.2 bilik ditingkat atas dihuni oleh 2 orang pelajar.Manakala ditingkat bawahnya, dijadikan sebuah surau.

Musolla Toyama.

Perjalanan dari kedudukan universiti juga tidak jauh.Lebih kurang 10 minit sahaja, jika berjalan kaki.Musolla ini ‘hidup’.Suasananya juga damai.Bersebelahan dengan sawah padi.

“Rumah ini, rumah lama.Kadang-kadang ada tikus.Besar-besar!”,adnin membuka cerita.

Namun,jangan disalah anggap, kehadiran tikus di rumah 2 tingkat ini, bukan disebabkan rumahnya yang kotor.Sebaliknya kedudukan bersebelahan dengan bendang padi dan selaku sebuah rumah lama jepun , mungkin antara sebab utamanya.Namun,ianya masih sedia kukuh dan kemas, bersih dijaga oleh 2 orang anak muda.

” Jika ditutup semua ruang pintu,nak menghalang tikus besar masuk,alamaknya tikus akan mengamuk. Mengamuk dengan menggigit hujung-hujung penjuru pintu kayu! “,tambah adnin lagi.

Tanda protes, barangkali.

Musolla ini dijaga oleh adnin dan fakhrurazi, 2 sahabat serumah.Petang-petang setelah pulang dari universiti, komunitinya akan singgah bersolat asar.Solat maghrib juga meriah.Bila solat dijaga, suraunya hidup, pasti sahabat-sahabat dapat meneka dari awal lagi akan gambaran komunitinya.

Rumah solat ini juga hidup sebagai tempat jualan barang halal.Musolla ini juga meriah dengan aktiviti masyarakat hujung minggunya.Musolla ini tempat berkumpul.Surau ini tempat bermasyarakat.

Selesai menghadapi ujian dan sesi temuduga universiti, keputusan pula yang akan ditunggu.Seminggu jaraknya.

Setelah berletih-letih seharian, kami dijamu lagi pada petangnya di sebuah kedai sushi.Canggih kedainya! Sedikit ketinggalan, teknologi kedai sushi di tempat kami,nagaoka.Tempahan dibuat dengan touch screen, dan hasil tempahan tiba dengan shinkansen(kereta api laju) kecil diatas landasannya.Unik.

” Patutnya tinggal lama lagi di toyama, baru kami boleh bawak kenal umi(laut), toyama taki(air terjun toyama), barbique toyama..”,pujuk adnin.Ya,lama tidak berjumpa.Malam pertama di restoran Pakistan juga,banyak kisah lama dibuka.Tidak disangka,kami juga menghitung bilangan sahabat yang telah berumah tangga.Ada juga yang telah mendapat anak.Masing-masing dengan perkembangan dan perubahan yang bermacam-macam.

Cuti diberi oleh pihak kolej, hanya sehari setengah.Jika ikut hati, mahu lagi tinggal lebih lama.Merasai lagi keramahan komunitinya.

” Sedap Toyama ni.Takpe adnin, nanti nak bawak mak ayah sekali datang toyama lagi. “,aku berseloroh.Mungkin juga sebuah impian.Moga diizinkanNya.

Teman di meja makannya, ketawa!

Surau hidup, masyarakatnya damai.Mungkin musolla lah tempat ukuran terbaik sesebuah komuniti.Moga ada rezeki ana disana.

Dalam perjalanan pulang, sempat juga buku Rindu Bau Pohon  Tin dihadam.Kenyang sekali.Seronok dengan sentuhan mata hati dan harapan seorang perantau seperti penulisnya.2 buah, sebagai buah tangan juga dari Toyama.Kouhai(junior) ana mungkin sedikit lambat menerima tempahannya kerana buku-buku tersebut, banyak yang telah diposkan.

Ingin sekali membedahnya.Sebuah cabaran juga buat kouhai ana.Moga disambut.

Akhir kalamku,dari musolla Toyama ,damai lembut terasa.Tempat sujud penuh ketenangan.Subhanallah.

Advertisements