Peduli.

Ambil tahu.

Cuba berkongsi.

Ingin mencari solusi.

Penyelesaian.

Mungkin merupakan beberapa konotasi kata dan istilah yang berkait rapat dengan golongan yang bergelar siswa atau maha siswa.

Siswa itu dasar bagi kosa kata siswazah.Golongan yang memburu ijazah.Namun bila disebut maha siswa, satu perkataan yang turut terlintas difikiran adalah maha guru.Mengapa kalimah ‘ maha ‘ digunakan ?

Saya bukanlah penuntut khusus di bidang sastera.Walaupun ia bukanlah satu alasan yang mutlak, namun secara jujurnya saya tidak tahu menahu, dibalik  falasafahnya apa itu erti ‘ maha ‘ di sudut kalimah ” maha+siswa ” …

Namun, saya tidak besar diri untuk jarang mengucapkan kalimah besar yang juga mengandungi ucapan ‘ maha ‘ :

bismillah

Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Penyayang.

Maha itu adalah satu erti kata yang cukup agung.Mulia.Tinggi darjatnya.

Begitu firasat saya cuba meneka.

Jesteru kaitan perbincangan asal iaitu mahasiswa merupakan golongan yang diberi anugerah oleh Allah ,untuk mebimbing masyarakat.Intelek yang ada tidak wajar diumpamakan seperti cantuman kepingan besi yang bernama robot.Kerana manusia itu , amanah kehidupannya adalah sebagai seorang hamba dan khalifah.

Selaku hamba, pengabdiannya kepada yang Esa.Allah menjaga hambaNya serapi-rapinya, mengapa kita sering alpa dari menjaga Allah serapi-rapinya..! Amanah khalifah jua, natijahnya adalah berkaitan dengan tanggunjawab.

Jesteru, kembali kepada tanggunjawab mahasiswa, saya ingin berkongsi sebuah laman ‘ TALK BATLE ‘, sebuah rancangan diskusi ilmu dari media Jepun.Penuh karisma pada pembawaan isunya.Laman ini saya tujukan perkongsiannya khas buat adik-adik serta teman-teman lain di jepun, agar dengan sedikit penguasaan bahasa dan keterbukaan medan ilmu ini, patut kita raikan sebijak-bijaknya.

Siswa harus luas rasa kepeduliannya.

Peduli itu satu elemen dalam aspek tanggunjawab.

Touron.(  討論 ) – talk battle.

Souten.( 争点)- point of issue.

Sebuah rancangan media yang juga dikompilasikan di internet, menampilkan barisan kepimpinan jepun, golongan cendikiawan seterusnya hadir di meja bulat, mengisi sebuah petemuan ,mencari titik kemajuan pada jatuh bangun negara jepun.

Ekonomi dibahas.Isu-isu tempatan.Cukai (Zeikin) .Dan pelbagai lagi istilah ilmu yang bersifat berat dan berunsur kemasyarakatan.Mungkin, pelajar-pelajar senior jepun, akan lebih mudah memahami arus perbincangan dengan kelebihan penguasaan bahasa mereka dan pengalaman jangka masa keberadaan mereka dalam suasana komuniti jepun.Penguasaan bahasa saya masih ketinggalan berbanding senior-senior yang lain.

Saya masih cuba bertatih untuk memahami dan menganalisis.Proses dan perubahan dari fasa bertatih, berjalan dan berlari patut dikongsi sama bersama semua.

Moga rakan-rakan siswa yang lain turut sama kita belajar peduli.

Cuba peduli …Kerana kalian adalah mahasiswa.

Sumber perkongsian :Link Battle Talk, perbincangan debat meja bulat jepun.Klik disini.
battle talk

Nota kaki bagi sebuah perkongsian, kearah berlatih peduli masyarakat untuk ujian temuduga kemasukan universiti.

Buka minda, celik hati ,luas pandangan.Mutiara kebaikan itu adalah kehilangan buat islam.Dimana kalian jumpai, maka ceduklah ia untuk sisi pengislahan.

Advertisements