Salam Semangat Juang !

Jazakallah kepada ustaz Nazrul kerana telah memperkenalkan ana kepada sebuah kisah tarbiyah.
tarbiyah
Kecenderungan untuk melihat episod filem ini di youtube, wujud setelah membaca kupasan daripada beliau.Sumber. Filem ini cukup sesuai untuk membangkitkan semangat belajar !

” Hiduplah untuk memberi dengan sebanyak-banyaknya, bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya. “-pesan Mudir (pengetua Madrasah Muhammadiah).

“Aku suka miskin. “

Inilah antara 2 mutiara kata yang cukup melekat pada diri ana.

laskar

” Aku suka miskin ” – merupakan antara ucapan yang cukup memberi makna buat diri ana menerusi filem ini.Sepanjang pemerhatian dalam hidup, ana yakini bahawa kemiskinan dan kesusahan akan melahirkan kejayaan yang cukup gemilang.Filem ini mengambarkan banyak suasana kampung suatu ketika dulu.Kadang-kadang ingin sekali kembali ke waktu itu.Ingin sekali, mengajak anak-anak masa depan menghidupkan kembali suasana dulu.

Sedutan Ustaz Nazrul :

” Saya tertarik dengan kata Pak Harfan (Pengetua Sekolah di dalam Laskar Pelangi), sekolah sebegini perlu diteruskan walaupun muridnya sedikit, kerana ianya bukan dibina atas dasar material, sebaliknya atas dasar Iman. Maka perlu dan wajib untuk diteruskan.”

Jesteru, di kesempatan ini, ana menyarankan sahabat-sahabat yang ingin merehatkan fikiran seketika dari mengulangkaji pelajaran atau menjalani research untuk cuba mencuri ruang melihat filem ini.

Sumber : Laskar Pelangi -Satu siri filem tarbiyah pendidikan dari Indonesia.

*****

Salam diskusi juga buat Kaunselor Ustaz Hasrizal.

Mencelah sedikit ruang untuk berkongsi pendapat di artikel ‘ Buntunya Bapa terhadap pendidikan anaknya. ‘

Antara point yang  ingin disentuh :

1) Pendidikan – isu pendekatan.

2) Pendidikan – jauhkan sentuhan politik.

Rata-rata komen terdiri dari ibu bapa yang punyai anak-anak.Ana juga ingin turut memberi, dalam ruang yang sedikit ini.Pertamanya, ana ingin hadiahkan filem Laskar Pelangi ini buat Saiful islam ,mungkin sebagai pengisian cuti hujung minggu.Melihat situasi pendidikan sekarang, ana mendoakan moga sistem pendidikan di negara kita akan bertemu dengan fitrah asas pendidikan.Bagaimana untuk membentuk manusia ..Bagaimana untuk membina unsur manusia..

Ana juga ingin turun mendidik manusia.

Ana cukup yakin, jika kerisauan yang besar ini, mampu di bawa dengan lebih kedepan; ia satu langkah yang kena pada masanya.Menyedari akan hakikat pendidikan mampu mengubah modal insan dan intelek masyarakat, ana menyeru dan berharap agar akan bangkit sekelompok cendekiawan untuk mengangkat isu ini.Jika dirasakan isu ini besar,apatah lagi demi membina masyarakat beragama, idea ini PERLU dicanang dengan lebih SERIUS.

Jika 2 hari lepas, Korea Utara menyatakan bahawa mereka telah berjaya melaksanakan ujian nuklear bawah tanah , lalu dengan pantas pada tengah hari keesokannya,kerajaan Jepun menubuhkan Jawatankuasa untuk mengkaji isu ini dengan lebih serius dibawah pentadbiran PM Aso Taro.

Lalu dengan cuba mengambil sisi persamaan iaitu pantas dalam tindakan untuk mengatasi perkara utama, ana menyeru dan berpendapat bahawa isu ini harus dipikul oleh pihak berwajib.Maaf, kerana hasrat yang besar ini, begitu sukar untuk dilaksanakan.Semoga keinginan yang sedikit untuk memberi pendapat  ini, dapat turut sama menyumbang dalam diskusi.

*****

Berkaitan dengan point 2, ana tidak ada keupayaan untuk mengulas panjang.Sekadar rasa hati, agar pendidikan di tanah air bebas daripada pengaruh politik.Jauhkan sekolah dari politik.Usah biarkan lagi pertambahan sekolah yang jatuh bangunnya atas titik lintang pukang pemain-pemain politik.Biarkan pemain-pemain politik dipentasnya, mencanangkan idea untuk kita; sebagai rakyatnya.Biarlah pendidikan dipegang oleh individu-individu yang ikhlas ingin melihat anak bangsanya kedepan dengan akhlak dan beragama.Tampilkanlah individu yang bebas pengaruh politiknya untuk mengemudi bahtera pendidikan. Risau juga memikirkan adik-adik yang kini masih belajar.Beban mereka mungkin lebih besar dari usiaku waktu kecil,sebaya umur mereka.

” Dulu ada kanak-kanak tidak kenal erti kelas tuisyen.Tapi kini, tuisyen seakan-akan menjadi kelas yang wajib ! Ibu bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Tidak terbebankan kah anak-anak ? Tidak bersalahkah ibu bapa ? Wujudkah profession baru dalam bidang kerjaya di tanah air iaitu guru tuisyen ? ” – sekadar ingin mencetus rasa.

Pandangan kecil dari seorang pelajar yang masih berada di bangku sistem pendidikan.

Peserta Program Motivasi IPIJ bersama Ustaz Hasrizal.2008.

Advertisements