Salam Memperbaiki Diri.

Alhamdulillah, lafaz kesyukuran di atas segala nikmatNya yang masih dapat dirasai.Nikmat iman dan islam yang masih sedang bertarung saban waktu dan ketika.Nafsu juga yang sedang berlumba-lumba ingin mengajak diri melakukan kebaikan dan keburukan, berusaha menawan puncak hati iaitu qalbu.

Jika baiklah seketul hati,maka baiklah seluruh jasad.Jagalah hati, sebelum mati !

1

Nafsu dan hati merupakan 2 anasir yang sukar sekali untuk dipisahkan.Kerana nafsu jualah,hati mudah menjadi rosak.Sebaliknya,kerana nafsu jugalah, hati mudah terdidik.Hebat bukan ciptaan Ilahi ! Maha suci Allah di atas segala penciptaanMu.

Ana teringat pesanan nasihat dari ustaz Aagym dari Indonesia:  ” Nafsu ini umpama kuda,andaikata kita mampu memacu dan mengawalnya dengan baik dan cekap,lantas percayalah ia akan semakin membara menuju ke arah kebaikan.”

Lantaran itu, pandulah kuda kalian dengan neraca islam.Sahutlah nasihat ini,duhai diriku dan sahabat-sahabat.

2

densya

*foto kredit buat Ariff

Beberapa hari sudah, program Ikatan Persaudaraan Islam Jepun(IPIJ) melabuhkan tirai , menampakkan tunas-tunas dan pucuk-pucuk yang cukup mekar.Tiada lafaz sebaik dan setinggi syukur buat Allah swt, kerana dimana-mana sekalipun akan lahir pencinta-pencinta islam.

Program kali ini, cukup bermakna bagi ana.Ada yang datang sejauh dari Kyusyu di penghujung bawah dan dari penghujung dataran atas bumi jepun,iaitu Hokkaido.Jarak bukan pemisah untuk menuntut ilmu.Harta dan wang ringgit bukan halangan utama ! Namun, tanyalah bisikan hati, sejauh manakah aku ingin berusaha untuk mendapatkan ilmu agama, mencari nilaian ukhuwah dan bertemu si pemilik hati-hati yang rindukan; bertemu kerana Allah dan berpisah jua keranaNya…!

Faqulna hasbunallah huwani’ mal waqiil.Cukuplah pelindung kami adalah Allah.

3

Wajah-wajah baru yang datang ke program, cukup bermakna buat kami. Kebun-kebun  dan ladang-ladang kecintaan islam akan terus berwajah harapan.Subur dengan tautan kasih dan sayang,insyaAllah.

Buat penanam dan pekebun-pekebun lama, percayalah tunas-tunas ini akan terus bersemi.Suka juga ana memetik kata-kata seorang pekebun lama ;

“Alhamdulillah, nampaknya perjuangan Islam di tanah sakura subur, ya sepertinya sakura pada saat musim semi. Cuma, sakura perjuangan ini takkan ada musim-musim luruhnya.”

InsyaAllah, ya akhi.Doakan semoga sakura perjuangan ini tidak akan ada waktu luruhnya.Mungkin sesekali ia akan disapa dengan angin kuat, namun percayalah sakura perjuangan ini tidak akan mudah jatuh menyentuh tanah.

tunas-tunas

4

Buat sahabat-sahabat ajk ipij, masih banyak kelemahan yang wujud sepanjang program.Semoga sisi baik dapat diteruskan lagi dan diharapkan segala sisi buruk yang hadir sepanjang program dapat kita perbaiki dari semasa ke semasa.Kecuaian dan kelekaan dari segi tanggunjawab dan amanah sepanjang berlansungnya program, ana dahulukan dengan ucapan kemaafan dari diri sendiri.

Semoga proses mendidik diri ini akan senantiasa dihiasai dengan mutiara-mutiara nasihat dan teguran  dari sahabat-sahabat.

Semoga kekal berada dalam biah solehah dan mendidik diri menjadi musleh dan solehah.

Selamat berjuang di medan pelajaran dan tarbiyah.Selamat melayari bahtera kehidupan.

Moga bersua lagi dengan perubahan demi perubahan pada diri antum dan antunna.

Baarakallahu fiikum.Fastabiqul qairaat.

船は僕の夢

Advertisements