Beberapa hari ini,hujan dan angin yang sangat kuat menziarahi kami yang menetap di nagaoka.Pengaruh peralihan musim,sedang berlaku.Suasana sekeliling juga masih berhawa kesejukan.Semoga kesejukan dan kedinginan ini,tidak melemahkan kami untuk terus menuntut ilmu dan mendidik diri dengan suasana tarbiyah.

Masih lagi dengan momentum dan kadar yang sama.Kadang-kadang terlalu payah untuk menulis.Jika kamu tidak mampu menulis,latihlah dirimu untuk mampu berfikir,duhai diri !

Berfikirlah,bukan hanya untuk dirimu semata-mata,sebaliknya untuk orang lain juga.Tidakkah muslim yang paling mulia itu,adalah orang yang paling memberi makna buat orang lain,duhai diri ? Hidupnya bukan sekadar,berguna untuk dirinya sahaja,namun kerana kehadirannyalah,dunia insan lain lebih disinari cahaya ! Cahaya apakah yang lebih bermakna,duhai diri ?… selain cahaya iman,islam…cahaya hidayah….

Semoga kita semua dipimpin oleh Allah untuk menjadi manusia yang sentiasa memberi makna buat insan lain.InsyaAllah.

Rasulullah adalah manusia yang paling memberi cahaya buat manusia lain,bukan ? Di akhir perjalanan hidup baginda juga,tiada perkataan lain yang meniti di bibir baginda saw,melainkan perkataan ‘Ummati..Ummati‘.Indah sekali,akhlak budimu,Rasul Junjungan.Sentiasa mengingati ummatmu.

Kitalah yang selalu diingati oleh baginda,sehingga kan waktu wafatnya,ingatan terhadap kita semua masih segar dalam ingatan baginda saw.Namun,dimana ingatan kita semua padamu,duhai Rasulullah ?

Sejauh manakah ingatanku padamu,duhai kekasih Allah ? Sejauh mana peribadimu,yang dapat aku contohi ? Terlalu banyak waktuku,tanpa mengikuti kehidupanmu…

Selamat bermuhasabah,duhai diri dan sahabat-sahabat.

*****

Sebuah nota seni yang membawa pelbagai makna buat diri.Semoga berguna buat sahabat-sahabat.

Ikatan Persaudaraan Islam,
Wadah perjuangan kami,
Dibumi qhuroba’ yang bertuah ini,
Moga Islam bersinar kembali.

Wahai generasi dakwah,
Runtuhkan toghut,jahiliyyah sezaman,
Tegakkan Islam dalam keruntuhan,
Itulah matlamat perjuangan.

Nahnu ad-du’ah,
Nahnu la khuddah,
Kami memberi contoh,
Kami bukan penghukum.

Allah matlamat kami,
Al-quran dan Sunnah ikutan kami,
Jihad di jalan Allah,jalan kami,
Syahid fi sabiilillah,cita-cita kami.

Semoga sahabat-sahabat terus berada dalam kebaikan dan sentiasa dibekalkan semangat untuk menimba ilmu dan mendidik diri dengan suasana tarbiyah.

Catatan muhasabah.

Advertisements