Saya percaya, hati manusia tidak jahat. Mereka hanya terkelambu, dan digelapkan dengan dunia sahaja. Saya juga percaya, dalam banyak cahaya, cahaya kebenaran daripada ALLAH sahaja yang tidak akan terpadam walau kegelapan menyelubungi seluruh dunia.-petikan kata Hilal Asyraf

“ Walau seluruh dunia digelapkan, tetapi cahaya ALLAH itu tetap tidak akan terpadam” Kata-kata Sheikh Hassan Hudhaibi.

*****

Hampir setahun,saya cuba berlatih dengan menulis.Dengan perubahan masa yang berlalu,pelbagai pemikiran yang dapat saya pelajari.Ada kalanya,penulisan seseorang boleh membuatkan kita gembira dan ada kalanya,penulisan seseorang membuatkan kita menitiskan air mata.Dengan penulisan jugalah,pemikiran seseorang dapat diwarisi dan terus menjadi warisan.

Melihat pemergian Imam Hassan al Banna ; disebabkan tangan manusia yang bersifat mazmumah,beliau syahid dan meninggalkan dunia ini.Namun,tindakan tersebut, tidak akan SESEKALI membunuh pemikiran Imam Hassan al Banna daripada terus tersebar.Banyak sekali pemikirannya diwarisi, hasil dari sebuah penulisan.

Saya cukup tertarik dengan pemikiran saudara Hilal, yang saya sertakan di bawah.Mabruk ya akhi.

*****

Petikan dari blog akh Hilal :Sumber

Langit Ilahi Rotating Header Image

Saya sebenarnya, ingin mengajak manusia, untuk bernafas dalam jiwa HAMBA.

Kenapa?

Saya ada pandangan saya tersendiri.

ALLAH SWT berfirman,

“ Tiadalah AKU jadikan Jin dan Manusia, melainkan untuk beribadah kepada AKU” Surah Adz-Dzariyyat ayat 56.

Itu adalah tujuan penciptaan kita. ALLAH menjadikan kita, untuk kita berubudiyyah kepada DIA. Hendak hidup dalam ubudiyyah kepadaNya, maka hendaklah kita merendahkan jiwa kita tunduk kepadaNya.

Gusar dengan suasana masyarakat hari ini, juga suasana dunia masa kini, saya mempunyai satu rasa ingin menyelamatkan semua. Tetapi saya bukanlah manusia istimewa yang dikurniakan kekuatan sedemikian rupa. Saya hanya manusia lemah. Mungkin juga antara yang terlemah dari kalangan hamba-hambaNya.

Tetapi saya ada muka yang tebal di sebalik kelemahan saya. Saya tidak peduli cacat cela yang saya ada. Sebab PENCIPTA saya adalah yang amat penyayang dan pengasih, DIA adalah yang ampunanNya lebih luas dari kemarahanNya. DIA akan mengira usaha saya ke arah kebaikan, walau sekecil-kecil zarah.

“ Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, walau sebesar zarah, maka akan dikira” Surah Az-Zalzalah, ayat 7.

Jadi saya menulis.

*****

Semoga saudara terus menulis dalam ” erti hidup pada memberi “.

Doakan kami juga disini.

Advertisements