Hampir seminggu sudah berada di Jepun.Alhamdulillah,segalanya berjalan baik.Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat-nikmatNya.

Tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar.Sesudah memasuki bilik research pada minggu ini,aku sempat berborak bersama Takeuchi sensei dan beberapa rakan researchku tentang halatuju masing-masing. Watabe san memilih untuk terus bekerja,manakala Yoshioka kun dan aku memilih untuk shingaku;melanjutkan pelajaran.Disamping belajar seperti biasa,dan bersedia untuk menghadapi exam pertengahan dan akhir semester,kami perlu bersedia untuk mengambil ujian kemasukan ke Universiti di Jepun.InsyaAllah.

Tahun ini,tantou researchku ( pensyarah yang bertanggunjawab ) ,juga bertindak sebagai kaunselor kolej.Maka,situasi ini mungkin memberi sedikit peluang kepadaku untuk lebih bertanya kepadanya.

Sekarang sudah masuk bulan 4 , ujian kemasukan ke daigaku (universiti) sekitar bulan 6,7.Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi.Aku akan bersiap sedaya upaya yang mungkin,insyaAllah.

Awal bulan 5 ,penuntut-penuntut di Jepun ini akan menyambut cuti golden week.Cuti yang bersambung selama hampir 5 hari berturut-turut.Adakah aku akan berada di bilik research pada waktu itu ? Atau aku diberi ruang dan peluang lagi untuk sedikit merantau mencari ilmu ?

*****

Cuti 5 hari di Jepun ini,merupakan satu tempoh cuti yang berderetan dan bersambung.Kebiasaannya dalam kadar seminggu gurai ( sekitar ).5 hari ini, diisi dengan pelbagai cuti seperti Hari Hijau (Midori no hi ),Hari Sambutan Budak-Budak ( Kodomo no hi ) , Hari Sambutan Haiwan ( Doubutse no hi ) dan sebagainya.

Namun dikesempatan ini aku ingin mengajak sahabat-sahabatku dan junior-juniorku ke program IPIJ pada cuti golden week ini.GWG : Golden Week Gathering .

ipij gwg

” AL-MU’ALLIM : PRINSIP KEJAYAAN “


Begitu bunyi tajuk yang bakal dibawa pada pengisian kali ini.Siapa dia mualim tersebut ? Sejauh mana kecintaan kita pada mua’lim tersebut ? Apakah beza Mua’lim dan Murabbi dalam kosa kata bahasa ? Sejauh mana adab-adab kita dengan seorang guru ? Sejauh mana berkat guru dalam menempa ruang-ruang kejayaan ? Apakah perbezaan sensei di Jepun dan sensei/guru/ustaz/ustazah dalam mendidik ?

Video Promosi GWG sesi 2009 yang bakal menerima kunjungan dari pegawai kedutaan,insyaAllah.

Video yang cukup menarik ! InsyaAllah,semoga aku juga dapat menyertainya.

Tahniah kepada tenaga kerja tulang belakang video kerana berjaya menyelitkan unsur muhasabah yang amat baik.Sejauh manakah kecintaanmu pada Rasulullah saw ? ! Usah tanyakan pada orang lain.Cukuplah sekadar dirimu sendiri yang menjawabnya! Dalam setiap langkah perjalanan dan pengembaraan hidupmu,hatta dimana sekalipun engkau berada;tidak kiralah diceruk kampung manapun,atau di kota metropolitan sekalipun;namun adakah perjalananmu ditemani Rasulullah saw ?? !! Aku cukup tersentak dengan persoalan ini. Kemanakah al-Quran dalam perjalanan diriku ? Adakah senantiasa berada di sampingku selalu ?

Prinsip kejayaan banyak sekali yang ternukil dalam peribadi mulia,kekasih Allah ,Nabi Muhammad saw.Jumpa di sana sahabat-sahabat !!

Moga-moga pertemuan kita atas dasar kecintaan pada memperbaiki diri dan mendekati terusan kebaikan,bakal menjadi bukti buat pertemuan kita di padang Masyar kelak.Semoga pertemuan kita pada kali ini juga,tanpa mengenal batasan usia dan peringkat umur,menjadi satu titik tolak untuk kita bertemu kembali di taman-taman SyurgaNya.

Kita mencari keredhaanNya.Duhai Allah,jangan Dikau letakkan Dunia dihati kami,cukuplah sekadar dihujung jari kami.

Salam Ikatan Persaudaraan Islam Jepun !

logo

p/s : Daftar segera ! Tempat terhad! -Sila klik untuk mendaftar.Siapa lebih cepat buat kebaikan,dialah yang akan dapat dulu ! -Betul ke prinsip ni ?? – Jom pakat-pakat ajak teman-teman !

Laman Perkongsian :

1)Koleksi video Ustaz Ramadhan Fitri sepanjang Winter Gathering IPIJ 2008 REDEFINE MUSLIM YOUTH

2)Koleksi video Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com) sepanjang Summercamp IPIJ 2008 BUKAN KERNA NAMA

Advertisements