Allahuakbar !
Lafaz kesyukuran di hari jumaat.

Berada di tanah air selama beberapa minggu,melatih diri mengenal pelbagai perangai anak muda di tanah air.Di sebuah kota yang sudah bertaraf BANDARAYA,banyak benda-benda pelik yang berlaku.

Bandar Pesisir Pantai ini kaya dengan roh kebendaan.Bandaraya ini rancak dengan ragam anak muda yang dahaga roh pengisian.Atas dasar apakah hiburan dan kepuasan diri menjadi raja,sehinggaka harga nyawa sudah tidak ada nilai lagi di jalan raya…? Budaya R.E.M.P.I.T semakin menjadi-jadi di wilayah ini.

Hujung minggu,bukan hanya sekelompok atau sekumpulan kecil anak-anak muda berpesta di atas jalanan,malah yang lebih berbahaya jika anggaran secara rambang dilakukan,di kota bandaraya ini,khususnya di malam hujung minggu,sekitar 200 hingga 300 anak muda bermotor akan beraksi.

Lagak motor didirikan sehingga 90 darjah,menerbit rasa kagum ! Namun,tidak sesekali rebah menyembah bumi !Hebat sungguh kalian,anak muda daerahku.Dengan bunyi yang membingitkan,jalan-jalan besar menjadi ruang untuk pelbagai aksi dipersembahkan.Ah,malang sekali anugerah nyawa yang Tuhan kurniakan.Seorang anak kecil yang menghidap buah pinggang,seorang anak pelajar yang berpenyakit jantung berlubang pastinya bertarung nyawa saban hari,mengharapkan hari-hari yang lebih cerah.

Namun,masih ramai lagi yang mengangap nyawa seumpama nilaian yang boleh dijual beli.Anak bangsaku..Dimana agamamu ! Dimana tangunjawabmu ?!

Ketika malam minggu,di kota bandaraya inilah juga,polis-polis turut mempamerkan aksi.Fikirku,mungkinkah integriti polis negara telah diperlekehkan oleh generasi muda,lantas tiada ketakutan dalam diri anak-anak muda ini..? Dikejar di jalan A,lari dan pecut anak-anak muda di jalan B.Dikepung jalan B,lari bersorakan di jalan C.Sungguh,umpama drama di pentas lakonan.Lampu-lampu isyarat dilanggar !

Polis naik hangin! Anak-anak muda naik minyak ! Masyarakat naik meluat !

Dimana aku untuk menilai semua ini ?!

Dimana pemimpinku ?

Bandarayaku,anak mudanya sungguh berani !
Namun,beranimu,tidak sesekali aku kagumi,malah aku mencemuh dalam diri !!

Pimpinlah kami,duhai Allah..

Advertisements