Semusim bermusafir di rantau orang,aku dan beberapa sahabatku sempat merasa pengalaman berhomestay.Mitseke- shi,merupakan tempat kami dijadikan anak angkat oleh beberapa buah keluarga Jepun.Banyak perkara yang bermain di dalam fikiran sebelum berangkat pergi.Bagaimana dengan makananannya? Bagaimana jika ada anak perempuannya? Bagaimana pandangan mereka(keluarga angkat),jika kami meminta izin untuk solat ? Bagaimana itu dan ini..??

Kini sudah hampir beberapa bulan,kami menjadi anak angkat kepada Okaasan dan Otousan.Baru-baru ini,aku menerima sebuah hadiah dari Okaasan.Hadiah Valentine! Cerita temanku,menjadi adat bagi orang jepun di pihak wanita menghadiahkan sesuatu,khususnya coklat kepada insan yang disayangi mereka.Seorang lelaki dihadiahi oleh seorang wanita.Seorang ibu menghadiahi anaknya.Begitu mungkin,sangkaku.Maka,aku menerima sebuah hadiah coklat daripada Okaasan,dengan sekeping nota kaki;semoga ikatan persaudaraan ini tidak akan terputus dan semoga kita sentiasa berhubung selalu.

これからもなかよくしてね! いつでもれんらくまってます。

Sudah agak lama,aku berfikir-fikir untuk membalas hadiah tersebut.Sewajarnya、ingin sekali aku menghadiahi sebuah hadiah coklat(barangkali) ,dengan disertai sebuah buku islam tulisan jepun.( イスラームという生き方–その50の魅力) Mungkin juga,aku dan sahabatku akan berkunjung lagi kerumah Okaasan dan Otousan.

Okaasan,kalau saya datang lagi,saya akan pesan lebih banyak dadih dari sana.”

Begitu pesanku pada perbualan kami,kali yang terakhir.Okaasan sangat menjaga dan menitikberatkan kandungan makanan kami.Sungguh hormat mereka,fikirku.Maka sebagai menghormati mereka juga,menjadi kewajipan pada diriku untuk berkongsi kemanisan islam bersama Okaasan dan Otousan.

InsyaAllah.

okaasan dan otousan

Temanku Muazam,bersama keluarga Okaasan dan Otousan.

makanan jepun

Nabe-sejenis makanan rebus semulajadi

Nota kaki: Okaasan dan Otousan merupakan panggilan untuk ayah dan ibu bagi masyarakat Jepun.

Advertisements