Proses untuk pulang ke Malaysia berjalan dengan baik pada awalnya,tapi kerana kecuaian tarikh luput visa dan sainyuukoku (sijil kemasukan ke jepun), menyebabkan aku terpaksa berulang alik dari nagaoka ke nigata selama beberapa hari unruk proses pembaharuan tarikh.Perjalanan ke nigata,bertemankan salji alam,ciptaan Ilahi.Lembut mendidik.

Hari Selasa yang lepas,teman-temanku bersama beberapa orang wakil sensei telah mengadakan lawatan ke 2 buah universiti iaitu Nagaoka Teknologi Universiti dan Nigata Universiti.Kunjungan kami bertujuan untuk mengambil sedikit sebanyak ilmu dan gambaran tentang suasana melakukan research.Tahun depan,kami dikehendaki melakukan research dengan lebih serius.

“Mana Nomura? Hilang lagi ker ? “,bunyi suara seorang teman lain ketika masuk ke bilik reseach bawah tanah di Nigata Universiti.Nomura mungkin tersesat jalan.Mungkin dia ke tandas sebentar.

Lawatan kami yang diatur dengan cukup teliti dari segi kawalan masa,menyebabkan masa kami untuk ke tandas pun,membuatkan kami berfikir 2,3 kali.Mungkin,kebimbangan ditinggal oleh ahli kumpulan seperti yang berlaku kepada Nomurakun.Jika difikir-fikir,sepanjang hidupku,lawatan ini merupakan antara lawatan yang paling berkejar-kejar dalam hidup! Teringat Minggu Silaturrahim aka MSR di sekolah Taman Islam,KI.

Setelah lawatan di nigata berakhir pada jam hampir 3 petang,aku meminta izin tannin senseiku(sensei tutor) untuk diturunkan di stesen yang berdekatan.Kata seniorku lagi,waktu pejabat di imegresen nigata berakhir pada pukul 5 petang.Masa lagi menjadi musuh.Berkejar-kejaran ke stesen,sambil stokin dan kasut hampir basah keseluruhan mengharung becak salji di nigata.

Tiba di nigata stesyen,aku terus mengambil teksi.Aduh,sikit pelaburan lagi,kerana musuhku adalah masa.Tiba di lapangan terbang nigata,jam 4:25 petang.Masih berbaki 35 minit,tekaku.Aku terus berlari ke pejabat imegresen nigata yang terletak di bangunan yang sama.

Waktu eigyoujikan (masa bekerja) tamat pada pukul 4 petang -Tertera signboard di pintu masuk pejabat imegresen.Melepas lagi.

*****

Setelah menunaikan solat Asar,aku mengambil bas untuk pulang ke nigata stesyen.Dari nigata stesyen,perjalanan disambung lagi ke Nagaoka stesyen menaiki densya(keretaapi) biasa.Tidak bisa lagi untuk melabur dengan shinkansen.

Perjalanan pulang dari nigata ke nagaoka,memberi ruang untuk ana bermuhasabah.Memerhati gerak laku manusia yang bermacam ragam.Bermacam fesyen.Anak-anak muda Jepun kelihatan letih,baru pulang dari sekolah petang, barangkali..Salji diluar tingkap densya juga kelihatan memutih.Indah sungguh bermusafir keseorangan.

Mashiroodane,”ucap seorang isteri kepada suaminya yang berada di depan kerusiku,sambil memandang suasana memutih diluar tingkap densya.(Putih sekali,saljinya)

Perbualan seorang suami dan isteri diteruskan lagi.Aku masih berminat menyambung pembacaanku.Dalam diam,aku cuba menjadi pendengar.Banyak pengajaran dari cakap-cakap orang tua.Begitu lumrah alam.Tidak sabar untuk pulang ke tanah air.

Advertisements