sahabatteman dunia akhiratbersahabatpersahabatansahabat karibteman dunia akhirat
Temanku,
Allah menciptakan manusia itu sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu yang berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah maha adil sifatnya,
kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang untuk membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
“Sesungguhnya kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian”(surah at-Tin:4)

Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya.
“Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu dengan
beberapa darjat.” (Surah al-Mujadilah:11)

Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara akan memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi dengan iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlukan pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang  bahagia.

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan tuhan,
Oleh itu,tekadkan keyakinan,
Kau umat pilihan,
You are the best ummah‘(Surah Ali Imran:110)
“Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah adalah
orang yang paling bertaqwa.”(Surah al-Hujurat:13)

Jelaskan visi perjalanan,
“Ya tuhan kami,berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat
dan peliharalah kami daripada azab neraka” (Surah al-Baqarah:201)

Jadikanlah ilmu sebagai bekalan,
“Bacalah!Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang menciptakan.”
(Surah al-Alaq:1-2)

Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
“Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit,bumi dan
gunung-ganang,maka semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka khuatir
akan mengkhianatinya,dan dipikullah amanah itu oleh manusia.
Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh(kerana mahu menerima tugas
tapi enggan melaksanakannya.” (Surah al-Ahzab:72)

Teman,
Ketinggian seseorang kerana iman,
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,
jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran:139)

Lantaran itu,
Carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x Istiqomah – Malas / Masa + Yakin,
Asas terbitnya kejayaan.
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,sehingga dia
merubah nasibnya.”(Surah ar-Ra’d:11)
“Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberi
oleh Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata:cukuplah Allah bagi kami.Allah
akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya,dan demikian pula RasulNya,
sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah.
(tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka.)”(SurahAt-Tawbah:59)

Temanku,
kau tidak bodoh andai dirimu gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
Jika kau reda,sabar dan terus tabah menghadapinya,
Tapi,kau sememangnya bodoh,
Jika kau lansung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
malah kau menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah beharga.

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu,jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.

Berjuanglah teman,
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak didunia,
nun disyurga.

Nasihat dari ukhti Fatimah Syarha untuk teman-teman dakwah Taman Islam.

Advertisements