Bismillah.

” Mak dah sorok buku-buku novel islami yang adik ii selalu baca.”,cerita adikku yang ketiga,selaku kakak yang sulung.

Anak-anak yang tidak suka membaca,kerap menjadi satu masaalah buat para ibu bapa.Mungkin bagi kebanyakan ibu bapa,jika anak-anak mereka rajin membaca,maka peluang untuk berjaya akan cerah.Begitu sifir mudah kejayaan,yang segelintir ibu-bapa jadikan sebagai prinsip.Namun lain pula jadinya kepada adik ii,kerana terlebih membaca,ibuku terpaksa menggunakan sesuatu yang luar biasa untuk mendidiknya.

Iqra’.Bacalah.Bacalah dengan nama TuhanMu.Bacalah dengan nama PenciptaMu.DIA tidak sama!

Dalam keluarga,adik ii mempunyai satu kecenderungan yang agak pelik.Bersama kepelikan yang terdapat pada diri nya,aku menaruh harapan yang tinggi kepadanya disamping rasa kekaguman akan sikapnya dari seorang abang.Jika aku mengalah dalam medan pelajaran,aku akan teringat akan semangat adikku ini.Lain dari yang lain.Semangat belajarnya,banyak memberi peringatan buat seorang abang biasa seperti diriku dalam proses belajar erti tanggunjawab.

Dulu,aku sering beranggapan bahawa penguasaan bahasa inggeris merupakan kredit dan kelebihan,apatah lagi satu keberuntungan buat anak-anak orang berada.Mereka ada apa sahaja.Mereka mampu menghantar anak-anak kesayangan mereka ke tuisyen perdana dengan bayaran yang mahal.Pengajar,mampu ditempah sehingga boleh dibawa kerumah untuk mendidik anak-anak mereka supaya fasih berbahasa inggeris.Namun,sangkaanku sama sekali meleset.Kesimpulan yang pernah aku pegang selama ini,rupa-rupanya merupakan satu ketidak-adilan buat diriku sendiri.Tidak adil dalam menghukum manusia lain disekitarku.Tidak adil untuk aku meletakkan neraca pertimbangan,yang jauh sekali dari bahasa fakta,mahupun hujjah.

Adik ii mempunyai kencendurangan penguasaan bahasa inggeris yang luar biasa di kalangan adik-beradikku.Tahniah adik ii,atas usaha adik selama ini.Abang ingin sekali mecontohimu.

Abang jie,adik ii cerita,ada jugak kawan dia yang nak pinjam kamus buruk yang selalu dia bawak ke sekolah .Kamus molek ada.Suka pulak dia bawak yang lama.Mungkin ada kawannya ingat,kamus buruk adalah rahsia belajar cemerlang  bahasa inggeris.”,cerita kakaknya padaku.

Aku tersenyum.Adik ii memang tidak menitikberatkan rupa sesuatu benda.Kadang kala,untuk menghadapi exam,mengalahkan pelajar universiti dalam bertarung dengan persediaan menjawab kertas peperiksaan.Tidur dengan buku,jadi tabiatnya.

Namun,satu perkara yang pelik yang terdapat dalam dirinya adalah menjadi pembedah buku! Satu proses bedah yang amat luar biasa,sehingga kadang kala,ibuku terpaksa menyorokkan buku-buku yang akan dibacanya.Baca buku sehingga tidak makan dan akan berusaha menghabiskan bacaan sepantas yang mungkin.Bukuku yang masih belum dibuka kulitnya,tanpa disedari,adik ii sudah habis membacanya.

Baca lagi,adikku.Moga tarbiyah yang adik ii dapat melalui isi buku,menjadi hadiah terbaik buat diri adik ii.Juga jadi dorongan buat adik ya dan adik an.

Aku mendoakan sebagaimana buku banyak mencorakkan diriku,aku ingin melihat adik-adik dan sahabat-sahabat disekelilingku juga dihiasi dengan buku-buku dari Taman Islam.Berada di jepun,aku selalu melihat sahabat-sahabat IPIJ membedah hasil bacaan mereka didalam blog catatan mereka.Sungguh indah budaya ilmu di zaman moden ini.Teruskan usaha sahabat-sahabat.Sesungguhnya pembedahan yang sahabat-sahabat hasilkan adalah hadiah buat sahabat-sahabat yang lain.Kerana masing-masing sedang berlumba-lumba dalam mengejar keredhoaan Allah.Fastabiqul qairaaat.

Menyentuh berkenaan isi buku,aku cukup tertarik dengan penulis-penulis islami.Mereka menyapa lembut hati-hati yang mudah lalai dari mengingati Dia.Hasil tulisan mereka juga tidak lari dari kalam Dia.Kadang kala,mengajar berpuluh-puluh kehidupan,hanya melalui satu babak penceritaan.Antara beberapa buku islami,karya penulis tempatan yang banyak meninggalkan ingatan adalah Selat Tebrau;hasil hadiah forum remaja semasa menuntut di sekolah Taman Islam.Aku berazam untuk memberi isi buku,sebagai hadiah buat sahabat-sahabat yang aku kasihi kerana Allah.Juga khusus buat adik-adikku.

Adik ii,

Walau dimana sekalipun medan musafir adik ii yang seterusnya,yakinlah adik ii lah penggerak suasana tarbiyah itu.Jadikanlah di sekelilingmu,sebagai Taman Islam.Binalah Taman Islam itu.Corakkanlah Taman Islam itu.Abang selalu mendoakan moga adik ii dan juga adik-adik yang lain terpilih oleh Allah sebagai pendakwah-pendakwah dijalanNya.Moga abang jie,dapat belajar banyak lagi erti tanggunjawab daripada adik-adik.

Advertisements