Terima kasih abang fauzi.Jazakallah banyak-banyak.

Pilihlah isteri yang solehah bukan kerana rupanya,tapi kerana agama yang ada padanya.Bentuk dan asuhlah diri dengan al-Quran,supaya menjadi seorang anak yang soleh.

kilang al-quran

kilang al-quran

kilang al-quran

al-quran

kilang al-quran

klik disini untuk lihat lagi gambar kilang al-quran

Generasi cemerlang lahir dari didikan al-Quran.

Nasihat beharga untuk dikongsi bersama.

*****

Waalaikumsalam;

Terima kasih atas email yang telah di forwardkan ini..( isi email pada entry sebelum )

Saya juga ingin menambah sikit berkenaan melahirkan generasi cemerlang.

Benar, untuk melahirkan generasi cemerlang bukan suatu perkara yang mudah. namun ia telah dibuktikan dengan berapa ramai ilmuan Islam yg kita sendiri tidak mampu untuk menghafal nama-nama mereka kerana terlalu ramai, apatah lagi untuk “memiliki” ilmu yang ada pada ilmuan tersebut.

Persoalannya mengapa pada suatu masa dahulu Islam berada di puncaknya dan ramai ilmuan Islam sehingga kini masih tiada tandingan. Namun sekarang umat Islam seolah dipijak?. Adakah pada masa dulu ada Internet?. Sudah pasti jawapannya dahulu tiada kemudahan seperti ini.

Walau tiada kemudahan pun, hadis-hadis sahih seperti Bukhari dan Muslim melebihi ribuan hadis yg tidak terputus sanad nya dan tersusun matan nya. tidak tertinggal walau sebarang titik pun. Menjadikan orang yahudi sebagai panduan saya kira agak kurang bijak bagi kita sebagai orang Islam kerana kita orang Islam, dan Islam adalah cara hidup. Apa yg perlu kita lakukan ialah mengenali tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini dan perhatikanlah latar belakang mereka dan sejarah hidup mereka. Bagaimana pemimpin agung yang bukan seorang nabi seperti Omar Abdul Aziz, seorang usahawan yang bukan Nabi seperti Abdul Rahman bin Auf boleh menguasai bidang mereka masing-masing serta ramai lagi yang saya sendiri pun tidak mampu untuk  menghuraikannya satu persatu.

Soal pemakanan telah di tunjukkan oleh Nabi kita lebih 1400 tahun dahulu, tetapi berapa ramai antara kita yang mengamalkannya.

Berkenaan pembetukan generasi yang baik juga, ianya bukan sekadar bermula dari ketika si ibu sedang mengandung, tetapi dari seawal pemilihan bakal ibu lagi. Oleh sebab itu Nabi ada menyebutkan, pilihlah perempuan kerana agamanya!.

Soal pendidikan anak-anak jugak telah disebut di dalam Al-Quran dan di hurai dalam hadis, namun berapa ramai antara kita yang membaca Al-Quran, dari yang membaca itu pula, berapa ramai yang memahaminya, dan dari yang memahaminya, berapa ramai pula yang mengamalkannya?

Itulah sebenarnya yang menyebabkan umat Islam pada hari ini mundur.

Saya kira setakat ini dahulu, sebelum saya menutup email ini ingin saya kongsi sesuatu. Suatu ketika Saidina Umar telah bertanya kepada nabi untuk meminta izin boleh kah beliau membaca kitab panduan orang Yahudi. Nabi Muhammad SAW telah melarang beliau.

Yang baik dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri.
Wassalam.

*****

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi produk keluaran al-Quran.Bersama dengan terjemahan dari sunnah Rasulullah saw.

Nasihatkanlah diri selalu.

Advertisements