Sahabat-sahabat yang ana hormati kerana Allah.

Di jepun,sekarang musim sejuk.Kadang-kadang jika berada dalam bilik kuliyah tanpa dipasang pemanas,tangan rasa  menggigil.Semalam,salji turun sangat lebat.Hari ini,salji mencair.Putaran demi putaran silih berganti.

Tidak lama lagi exam akhir semester.Sekarang,semua sahabat-sahabat di jepun sedang berusaha sehabis daya untuk lakukan yang terbaik.Selamat berusaha buat semua.Semoga antum semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat dengan jayanya.

Berada di jepun,segala-galanya cukup lengkap.Kemewahan,kebendaan dan segala macam keseronokan.Tidak tahu jadi tahu.Segala benda,canggih semua.Kuasa beli juga cukup kuat.Hanya kemahuan diri yang menentukan dimanakah arah tuju pilihan hati.Biarlah segalanya kelak demi sebuah keredhaanNya yang hakiki.

Sedang mengulangkaji,aku berehat sebentar untuk membaca sesuatu.Ya,aku suka cerita dan aku juga suka sekali bercerita.Kali ini,aku mahu kongsikan sebuah cerita yang cukup membuat aku banyak bertasbih padaNya.

Betapa malunya aku,jika semalam dan hari ini aku asyik mengeluh akan sesuatu yang tidak cukup.Makan ku..Pakaianku..Kesihatanku…Penglihatanku…Tubuh bandanku…. Tidurku…-banyak sekali nikmatMu,ya Rabb.

Malunya aku,andai aku mengeluh lagi.Sedangkan adik beradikku di bumi palestin sedang dibungkus kesejukan.Sedang dihempas kelaparan.Sedang dipukul dengan ketakutan.Sedang disibukkan dengan perjuangan.Sedang tidak mudah luntur semangat dengan keazaman.

Allahuakbar! Innalillahiwainna ilai hiroojiu’n.(sesungguhnya hanya kepada Allah lah,segalanya dikembalikan ) hanya lafaz ini yang mampu dan selalu aku ulang-ulang sewaktu membaca kisah berikut :

*****

Derita di Gaza, sumbangan diperlukan

SILAUAN lampu dari ambulan tidak berhenti. Tiada tanda ambulan-ambulan yang silih berganti di pekarangan Hospital El-Arish akan menghentikan operasinya.

Begitu juga di kalangan petugas-petugas medik,tiada istilah letih dan jemu yang terpancar di mata mereka. Setiap ambulan yang menghampiri ‘base’ kecemasan di Hospital El-Arish bermakna akan ada kes-kes baru yang perlu ditangani mereka.

Jika di Malaysia,agak sukar melihat senario wad kecemasan yang hiruk pikuk dengan ambulan yang silih berganti. Apatah lagi dengan anggota mediknya yang sentiasa berpusu-pusu dan tangkas menyambut setiap pesakit yang baru tiba.

Demikian antara cebisan peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh penulis tatkala meninjau secara dekat suasana dan keadaan mangsa perang di Gaza.

Hospital El-Arish merupakan hospital yang paling hampir di sempadan Mesir-Palestin. Setiap hari sekitar 30 buah ambulan akan beroperasi tanpa henti selama 24 jam.

Apa yang ingin penulis berkongsi bersama pembaca sekalian adalah bagaimana kejamnya rejim Israel terhadap penduduk di Gaza.
palestina

bagaimana dengan wajahmu hari ini,teman-temanku ? -Adik kita disana…

Menurut Pengarah hospital tersebut,Prof Dr Ahmed Labban, dalam sejarah perubatan di hospital itu tidak pernah beliau melihat kesan luka dan cedera yang sebegitu menyayatkan.

“Tidak pernah dalam sejarah perubatan moden yang kita pernah lihat sebelum ini.

“Luka mangsa agak pelik.Entri luka hanya kecil tetapi di dalam keseluruhan organ mangsa ‘total damage’,”jelasnya tempohari.

Dalam penjelasannya, Dr Ahmed tidak menolak bahawa rejim Israel sedang menguji senjata barunya ke atas penduduk Gaza.

Dan lebih malang lagi katanya, senjata kimia seperti prosporus putih telah digunakan terhadap mangsa perang.

Penulis melihat sendiri bagaimana deritanya mangsa senjata kimia tersebut,apabila doktor-doktor hanya dapat menggunakan kain sahaja untuk meredakan kesakitan mangsa yang sedang meraung.

Apa yang disaksikan di hospital ini hanyalah secebis daripada siksaan yang sedang dialami oleh penduduk-penduduk Gaza.

Di Gaza sendiri ketika ini,mangsa kezaliman Israel masih ramai dan bantuan sentiasa dinantikan.

Selain kekejaman tentera Israel,cuaca yang agak sejuk (7 celcius) makin menghimpit penduduk Gaza yang telah kehilangan segalanya termasuk rumah dan kaum keluarga.

Penulis difahamkan,ketika ini bantuan berupa ubat-ubatan agak banyak tetapi bantuan lain seperti keperluan asas untuk penduduk Gaza hampir tiada seperti selimut untuk musim sejuk,minuman (kawasan simpanan air telah musnah dibom) dan lain-lain lagi.

Kepada pembaca dan rakyat Malaysia,keinsafan tidaklah hanya bersarang di hati dengan membaca catatan ini,tetapi akan lebih bermakna jika dapat turut menghulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita di Gaza.

-catatan jariah dari editor Mohd Khalil Abdullah.

Advertisements