sumo

Sumo merupakan kesenian dan budaya bagi masyarakat Jepun.Ada kalanya,tetamu yang hadir hanyalah sebagai penonton.Namun seringkali juga pertaruhan dilakukan.Rezeki nasib dan perkiraan,untung poket akan berkali ganda.Begitu mudah sekali fikir manusia.

Cuba teliti sebentar gambar diatas ! Pengadil yang berbaju kuning bijak mengawasi gelanggang sumo,bukan? -Begitukah bayangan setelah berakhirnya petempuran al-furqan(kebatilan) di gaza ?

Namun jika analogi sumo diguna pakai,ia merupakan satu perbandingan yang sangat tidak adil.Memang tidak significant ! Bukankah kedua-duanya berbadan besar.Kedua-duanya juga hanya memakai ‘cawat’ sahaja.Tiada keris,tiada sebarang senjata,serta tiada sebarang taktikal yang kotor.

Namun,lihat di Gaza itu sendiri.Rejim Zionis bebas menggunakan apa sahaja.Amerika dan sekutu-sekutu yang lain bijak menjadi pengadil di tepi gelanggang.Namun sumo itu lain sekali peraturannya,duhai Bush yang dibenci oleh Allah.

Sumo lebih mementingkan maruah! Pertempuran Israel dengan ketumbukan Hamas telah menyedarkan dunia bahawa kebenaran pasti akan tertegak jua.Maruah Israel telah jatuh sejatuhnya.Namun,mereka masih lagi mampu bangga dan megah dengan lagak firaun mereka.

Maruah hamas sentiasa dilindungi Allah.Jadilah muslim yang tulen,duhai diri.Barulah adil bertemu muka dengan yahudi yang tulen jua.

Barulah sumo yang adil akan kelihatan,bukan ?

Advertisements