paltube

Palestin …

Bumi bertuah..
Bumi Intifada’
Bumi yang penuh barakah,
Bumi yang dipenuhi dengan jiwa-jiwa keikhlasan..
Dalam mencari redho dari Ilahi.

Palestin…

Bumi yang subur dengan darah syuhada’
Dengan air mata perjuangan,
Bermandikan persahabatan kerana Allah,
Beralaskan perjanjian kebenaran al-Quran.

Palestin…

Runtun hati kami menyaksikanmu,
Tika kami tidak mampu berbuat apa.
Maafkan kami,Palestin.
Semoga kami akan menyertai barisan pejuang-pejuangmu.

hamas

Laman Perkongsian disini.

Advertisements