ipij

Kehadiran Ustaz Ramadhan ke WG(Perhimpunan Musim Sejuk) banyak meninggalkan kata-kata yang mendalam(Ingin baca dan tahu lebih lanjut tentang pengalaman WG kami ? Sila lawati  (1) Perkongsian sahabat (2) Laman dua.).Program umum yang terakhir bagi sesi 2008 di sudahi dengan amanat,bahawa sejarah islam WAJIB dihayati kembali.Begitu,apa yang dapat aku simpulkan.

Ketika kuliyah terakhir,ustaz membicarakan seorang tokoh ilmuwan iaitu Dr.Thoriq al Suwaidan dari Kuwait.Beliau memperolehi Phd dari US.Dalam ceramah dari Dr.Thoriq,beliau selalu sekali menitiskan air mata.Betapa lembutnya peribadi seorang tokoh ilmuwan ini.Beliau telah menulis sebuah buku tentang Filistin.Buku tersebut mengandungi ; apa fokus dan ramalan masa depan bagi Palestin.Aku sangat berharap agar,suatu hari nanti aku dapat membaca tulisan beliau.

sahabat Kuliyah terakhir Ustaz Ramadhan banyak menyentuh persoalan sejarah.Sejak kebelakangan ini,kehadiran penceramah-penceramah ke IPIJ,banyak menyentuh persoalan berkenaan sejarah.Apa yang menariknya,kami tidak bosan! Malah,rata-rata antara kami melopong mendengar ! Akibat betapa tidak celiknya pengetahuan kami berkenaan sejarah islam.
islam
Jika dahulu Melaka  pernah diakui sebagai sebuah pelabuhan paling sibuk oleh kebanyakan pelayar mashur.Kapal-kapal yang masuk ke pelabuhan dan keluar pelabuhan,membayangkan pusat pentadbiran melaka diuruskan dengan begitu baik sekali.Diperintah oleh barisan pemimpin yang jujur dan amanah.Sungguh,Melaka dulu pada pandangan kebanyakan orang umpama kota maju! Maju yang bukan sahaja pada pembangunan materialnya,malah kedepan dalam pembangunan insaniyah.Ingat sebentar,hukum kanun Melaka.Kaya dengan hukum syariat bukan ? Usah pergi jauh ke kota lain,kita dulu pernah memacu dunia,duhai sahabat-sahabatku! Percayalah.

Kalian tidak terasa apa dengan kisah diatas ? Ingin ditegaskan sekali lagi disini,jika hari ini dunia memandang Jepun sebagai sebuah negara yang serba maju,kaya dengan tenaga inteleknya;begitu jugalah Melaka Darul Islam,suatu ketika dulu.Menarik sekali,pandanganmu,al-fadhil ustaz.Aku cukup kagum!

Jika dulu penjajah beria-ria untuk menawan Melaka kerana rempah ratusnya,besar sekali kesilapan doktrin buku sejarah!(Ini pendapatku) Tidakkah kalian bersetuju,jika aku pesimis mengatakan bahawa kedatangan penjajah dengan misi 3G (Gold : Gospel :Glory) didatangkan ke wilayah islam Tanah Melayu kerana ingin menjatuhkan kerajaan islam Melaka.Melaka Darul Islam.Selangor Darul Ehsan.Terengganu Darul Iman.Tidakkah rangkaian Iman,Islam dan Ehsan ditempur habis-habisan dengan 3G ?- Begitu perkongsian ustaz yang meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada diriku.Pesan ustaz lagi,’ana masih tak dapat menyimpulkannya lagi dengan fakta’.Tapi,aku yakin,aku juga senada bahawa kedatangan penjajah,adalah untuk menjatuhkan syariat islam.(Betulkan aku,jika aku tersilap. )

Tanah Melayu Islam kaya dengan sejarah islam yang gilang gemilang.Pernahkah aku dan kalian cuba menggalinya ? Aduh,besar sekali kerugian kita.Pada sejarah bangsa islam di tanah air sendiri,aku fakir !! Cukupkah andai,anak-anakku nanti menghafal buku sejarah semata-mata ingin lulus cemerlang,hingga sampai  ke oversea? Tapi,hilang roh sejarah islamnya ?!

adikku Kalian,duhai adik-adikku.Duhai senior-seniorku.Duhai sahabat-sahabatku.Mari kita sama-sama berusaha untuk menggali telaga sejarah islam ! Palestin,akan kami perjuangkan.Islam,akan kami tinggikan.Somalia,Algeria;nama negara sepertimu,aku bukan kenal kalian kerana kemiskinan yang kalian miliki,namun aku yakin masih ramai darah dagingku disana.Ulama’ dan pewaris nabi masih banyak di sana.Pemimpin-pemimpin berjiwa luhur yang jauh dari al-wahn(cinta dunia dan takut mati;begitu kata-kata benar dari Rasulullah saw); masih ramai disana.Aku mendoakan jua untuk tanah airku!

Khilafah Islamiyah Turki dulu masih menyimpan banyak sejarah ! Aku hadiahkan perkongsian ini buat kalian.Hayati dan alirkanlah airmatamu demi sebuah azam untuk meninggikan Islam. Usah biarkan,kelahiran Attarturk yang kedua dan ketiga.Aku yakin,kalian juga tidak meredhoinya.Pasti!!

Perkongsian : Link satu.Link dua.Link tiga.Link empat.Klik disini.

Klik juga disini : Bagaimana nasib ibu-ibuku di Palestin hari ini?-Kalian tahu?
islam
Yang benar,

Hamba yang jatuh bangun dalam mencari keredhoan Allah.

Advertisements