indah wajah kalian

Wajah penghulu-penghulu syuhada’ di bumi barakah Palestina.

gaza dalam tangis air mata taqwa

Duhai Allah,bantulah saudara-saudara seakidah kami di gaza.

Isu Palestin bukan isu kemanusiaan semata.Ia adalah isu ummah.Ia adalah isu akidah umat islam menentang akidah yang batil daripada rejim zionis.Jika mereka setia berpegang pada ajaran mereka iaitu manusia ini terbahagi kepada manusia yang bersifat “humanbeing” dan “humananimal”,maka dengan alasan dan dalil dayus ini,mereka telah melakukan pembersihan etnik di Palestina secara terancang.Pembunuhan manusia dilakukan dengan sesuka hati !

Penyembelihan umat islam di Palestina seakan-akan bumi ini ciptaan mereka.Mereka(baca :Zionis yang zalim) mampu berbuat apa sahaja.Merekalah yang menguasai dunia.Walaupun hakikatnya dunia ini cukup pedih melihat perilaku mereka.

Duhai Allah,

berilah kemenangan kepada Mujahidin yang ikhlas di jalanMu,
Ya Allah, mereka membunuh makhlukMu dan para hambaMu,
Ya Allah, mereka menghina agamaMu,
Ya Allah, Engkau Maha berkuasa ke atas mereka,

Ya Allah,arahkanlah kekuatanMu memusnahkan mereka,
Ya Allah, kirimkanlah ke atas mereka angin ribut kaum ‘Aad,
Kirimkanlah ke atas mereka jeritan kaum Thamud,
Kirimkanlah ke atas mereka badai kaum Nuh,

Ya Allah,

kirimkanlah ke atas mereka BalasanMu yang datang dari Langit,
Dan yang keluar dari bumi,
Ya Allah, jadikan perpecahan dalam negara mereka,
Ya Allah, jadikan mereka berpecah-belah.

Petikan doa dari Syaikh Muhammad Al-Mohaisany,
Masjidil Haram, Makkah

Duhai Allah,Engkau menjadikan 3 kota suci umat islam iaitu Makkah dan Madinah dengan keamanan,namun bumi suci Palestina selalu sekali bermandi darah.Sesungguhnya,Engkaulah Tuhan yang Maha Mengetahui.

P/s : Buat sahabat-sahabat,antara link perkongsian isu Palestina yang disarankan.Link 1.Link 2.Link 3.Link 4.Jemput juga klik dibawah ini untuk mendengar sebuah lagu arab yang lembut,walaupun diri kurang memahami akan maksudnya.

( DERITA RAKYAT GAZA AKIBAT BLOKADE ISRAEL )

Amanat dari kepimpinan ulama’ :
tokguru

Mulai hari ini, kita jangan beli barang-barang mereka dan jangan guna dolar Amerika dalam urus niaga harian

-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat-
Menteri Besar Kelantan

Advertisements