Cuaca sejuk dan agak gelap di nagaoka,sedang berlalu selama beberapa hari.Mungkinkah,alam juga sedang bersedih di atas  kesayuan ibu-ibu di tanah gaza,palestina? Hari ini,telah masuk hari ke 7,serangan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim zionis ke atas kependudukan gaza.Mengapakah mereka diganyang sebegitu rupa?

Hamas mesti dihancurkan!! Hamas mesti dikuburkan!! Pemimpin-pemimpin hamas adalah terrorist!! Pengikut-pengikut hamas adalah terrorist!!

Mungkin itulah slogan yang sering dilaung-laungkan oleh para pemimpin rejim zionis.Barrack Obama diam membisu! Hamid Karzai seakan menyokong !

kejam Mahmoud Abbas mengatur strategi ! Hosni Mubarak bijak mengambil peluang!! Puan Rice pantas menyusun kata-kata putar dan belit buat tatapan dunia!!Mereka musuh Allah yang terang lagi nyata!! Bergelak sakanlah angkatan-angkatan syaitan yang durjana kerana mampu untuk menghancurkan barisan tentera-tentera Allah.Namun Allahlah,sebaik-baik perancang.

Sang syahid semakin bertambah.Pintu-pintu syurga juga semakin terbuka buat pejuang-pejuang ikhlas di jalan Allah.Duhai pemimpin-pemimpin Arab,kerana apakah yang membutai jiwa dan hati kalian? Mengapakah kalian sanggup berjabat tangan mesra dengan gerangan musuh-musuh Allah?
qunut

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa!
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka!

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab!
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab!

Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka..

(Lafaz maksud bacaan qunut naziilah)

Jemput klik link disini.Bacaan dari surah at-Taubah [9] : 38-41

*Lafazkanlah bacaan qunut naziilah(doa mengharapkan pertolongan Allah,atas kekejaman golongan kuffar) di setiap kali solatmu,duhai sahabat-sahabatku.Aku mulai mengenal bacaan qunut ini sewaktu,aku di bangku sekolah menengah.Suka sekali untuk aku berkongsi dengan sahabat-sahabat semua.Bertindaklah demi saudaramu!

Advertisements