“Fusei,tuhan orang jepun ada berapa?”
Aku memulakan bicara,membuka peluang untuk bermesra dengan sahabat sekelasku.”Tuhan kamu satu kan.Tuhan orang kristian dan lain-lain tuhan pun aku pernah dengar.Tapi,tuhan aku adalah ketua kepada segala tuhan-tuhan agama lain.”,begitu balasnya.Pulak dah!
*****
Perbualan kami di dewan makan asrama kolej,kembali menjelma ke dalam ingatanku.Tidak semena-mena,aku teringatkan teman-teman jepunku lantaran terbaca tulisan seorang sahabatku tetang saudara baru yang ditemuinya.
Komen dari seorang kenalanku:
Dalam usrahku, ada seorang saudara kita yang baru. Nanti boleh kenal dia di Toyama, insyaAllah.
“Roomates ramai orang Islam, sangat lawa bila mereka pakai telekung dan bersolat. Boleh menangis..”
Antara yang dikongsi bersama sebentar tadi semasa pertemuan maya.
*****
Kerap kali juga kata-kata tersebut,membuatkan aku berfikir.Kenapakah teman-teman sekelasku masih jauh dalam mengenal apa itu islam..? Sepanjang hampir 2 tahun berada di jepun,kebanyakan masaku di luangkan bersama dengan budak-budak jepun.Kami tinggal satu aras dengan penuntut-penuntut jepun.”Haik..haik…Ohayou gozaimasu…Ohayou gozaimasu.”,begitu bunyi yang kadangkala ku anggap agak kuat mengetuk gegendang telinga ku,ketika awal pagi hari.Para pelajar asrama tahun 1 sedang beratur untuk ke dewan makan sambil melaungkan ucapan selamat pagi dengan suara yang agak kuat.Mungkin ingin menandakan yang pagi ini,mereka akan memulai rutin dengan penuh bersemangat,begitu sangkaku.
*****
Tatkala bangun pagi untuk bersolat,aku kadang-kadang bertembung dengan pelajar-pelajar jepun.Menggosok gigi,berkumur dan membuang air menjadi rutin harian di pagi hari mereka,walaupun mereka tidak bersedia untuk mandi pagi.Kehadiran kami,selaku penuntut yang beragama islam,seharusnya menjadi teladan buat rakan-rakan sekeliling yang kurang berpegang pada agama.
*****
Sebaliknya dek kerana perangai dan sikap kami,ada kalanya kami sendiri seakan-akan menyapu kotoran pada islam itu sendiri.Kebersihan pada kami,masih jauh lagi jika ingin di bandingkan dengan teman-teman jepunku yang lain.Bilakah lagi masa terbaik,untuk kami berdakwah pada mereka,andaikata akhlak kami masih belum mampu menjadi contoh buat mereka.
*****
Aku pernah terbaca sebuah penulisan hati dari seorang ibu,yang pada waktu yang sama sedang memikul tanggunjawab sebagai seorang dai’e,dan aku sangat tertarik akan harapan dan cita-citanya di dalam mengharungi sebuah kehidupan ini.Sepanjang menelesuri kehidupan ini,akak sangat berharap agar dapat mengislamkan sekalipun seorang non muslim untuk merasai kemanisan islam ini.Di kesempatan yang ada ini,aku juga ingin melafazakan ikrarku,mencontohi keazaman ibu tadi,agar dalam kehidupan ku ini,aku dapat berkongsi akan kemurnian islam ini.InsyaAllah.

japan dan islam Semoga jepun terus di sapa dengan jiwa-jiwa islam.

Advertisements