Alhamdulillah,solat hari raya aidil adha sudah berakhir.Semalam,baru teringat untuk mencari khutbah raya yang pendek,gara-gara hendak mengejar masa untuk ke kuliyah.Sesudah solat raya,sempat kami merasa masakan nasi lemak temanku,syah.Orang negori!Tapi kali ni,sambal wanginya tidak pedas.Jarang sekali,dapat merasakan peluang sambal sedap.
*****
Semalam juga,aku sempat menemani sensei ku,ke Arai.Perjalanan melalui dousoku douro(lebuh raya) memakan masa hampir 2 jam.Sensei ku sungguh bersyukur dengan adanya Navi.Walaupun syukurnya,bukan dinyatakan secara lansung,tapi moga-moga hidayat dari Allah akan memberi cahaya baru pada senseiku.
Katagiri sensei,tegas orangnya,tapi lembut budinya.
*****
“Konna kuruma,tatta san ni dake….” (Kereta sebegini besar,tapi hanya 3 orang saja yang jadi penumpang…),celotehnya mesra.
Menaiki kereta hybrid di jepun,merupakan pengalamanku yang pertama.Memang lain dari kereta biasa.Ianya,bukan kereta senseiku,tapi kereta kolej.Bertuah jugak kami bertiga.Aku,syah dan senseiku.
“150 man kaenai.200 man~300 man gurai ka naa….”balas senseiku setelah kami bertanya tentang harga kereta hybrid tersebut. ( 150 puluh ribu yen tidak boleh beli.Mungkin mencecah 200 hingga 300 puluh ribu yen…)
*****
Jelajah kami ke Arai,bertujuan untuk meraikan tutorku selaku wakil daerah sana,dalam persembahan gendang tradisional jepun.Sungguh menarik.Seumpama kanak-kanak kecil di malaysia yang seronok berlatih silat,sedangkan ramai kanak-kanak bandar yang lain,giat dengan PSP dan segala permainan moden dewasakini.
*****
Dari usai usia kecil,kanak-kanak jepun ini seronok mempratikkan warisan nenek moyang mereka.

wadaiko Moga adik-adikku bangga dengan warisan junjungan besar Rasulullah.Jua pada diriku.Kalian tahu apa warisannya? Semoga ketemu jawapannya.

9:35 pg

Advertisements