village

“Sumimasen,sumimasen,sensei.Neboushimashita.”
“Mintak maaf,minta maaf,pensyarah.Terlajak tidur.”

Masuk ibe dan sahabat baiknya ke bilik kuliyah dengan muka yang bersalah.

Minggu ni merupakan minggu yang paling ramai pelajar  terlewat masuk ke bilik kuliyah.Lebih-lebih lagi pada waktu kuliyah yang pertama.

Selang 30 minit kemudian,masuk lagi seorang pelajar lain.

“Hontouni sumimasen.neboushimashita”

“Benar-benar bersalah,mintak maaf.Terlewat bangun.”

Balas ibi pula menjawab pertanyaan ringkas sensei ku,yang menanyakan alasan kerana lewat.

*****

Kuliyah di papan hitam,terus disambung semula.Tidak banyak persoalan yang di tanya,begitu juga sebaliknya.Tidak banyak jawapan yang sudi di berikan oleh teman-teman jepun ku yang lain.Senseiku kembali menumpukan kepada syarahan kuliyahnya,sambil kapur putih menari-nari laju mencatatkan nota.

Minggu ini,sedikit perubahan yang kurang baik berlaku kerana semakin meningkat jumlah yang terlewat hadir ke kuliyah atas alasan terlepas tidur.Aku mengandaikan,mungkin teman-temanku sedang berusaha bersungguh-sungguh,sehingga berjaga di lewat malam.Aku juga ingin menyertai mereka,namun aku berharap agar tidaklah terlewat hadir ke kelas. 🙂

Lewat 20 minit,kuliyyah di anggap tidak hadir.10 saat atau 1 minit lewat sekalipun,di anggap LEWAT.

Masa,masa dan masa.Manusia sering bertarung dengan mu.Kerana masa jua,ramai manusia yang tergolong menjadi insan yang berada dalam kerugian.Aku juga seringkali rugi…

*****

Pada tahun pertama kedatangan ku ke kuliyah,ku dapati sensei-sensei ku agak tegas dan kata orang sebelah sini;agak “kibishi sugiru kana” (terlampau tegas,barangkali).Namun,setelah menjejakkan kaki ke tahun kedua ini,dapatlah aku membaca hati budi sensei-senseiku sedikit-demi sedikit.

“Orang jepun sangat pentingkan masa,usaha dan kesungguhan.Jadi,berusahalah bersungguh-sungguh.Jangan buat malas dalam kelas.Dan patuhi masa dengan baik.”-begitu pesan salah seorang seniorku.

Secara umum dan kasarnya,begitulah pemikiran sensei-sensei jepun.

*****

Begitu jualah,natijah kepada sebuah kehidupan ini.Dia akan menguji sejauh mana usaha kita.Biar sekalipun,manusia lain yang mengukur dan mentafsir kita dengan penilaian dunia yang berbeza.Ada yang kurang berjaya,namun lebih di ujiNya,kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.Masa dan waktu jua,yang menjadi saksinya.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan kemarin.

Advertisements