Salam kembara,
maple “Boleh kamu terangkan tentang apa yang kamu suka dan apa yang kamu paling tidak sukai ketika musim luruh?”,soal Paul sensei memulakan sesi kuliyahnya.

“Antara perkara yang paling saya suka ketika musim luruh adalah warna dedaunan maple.Kemudian,buah persimon dan kesegaran buah epal tempatan.”

“Lagi satu perkara,makanan yang di masak tidak perlu di masukkan ke dalam peti sejuk.Letak di luar pun,tidak mudah rosak.Mungkin kerana suhunya.”,aku berteori mudah.
maple “Suasana daun yang jatuh juga merupakan salah satu perkara yang di sukai.Kemudian,yang terakhirnya,sangat mudah ‘jatuh’ tidur.”,aku terus menambah point seterusnya.

Begitulah suasana perbentangan ketika kelas oral communication kami,bersama seorang sensei dari Canada;Paul sensei.Apa yang menariknya,perjalanan kuliyah oral seakan-akan menyoroti perjalanan alam,menelusuri ragam manusia dan cuba membaca situasi semasa.Baru-baru ini,sempat juga kami berbincang berkenaan pemilihan dan kemenangan calon Presiden America yang baru.

We wait for CHANGE! We PRAY for the better future!

*****

Shinji,betul ke,musim luruh dikaitkan dengan musim membaca di kalangan warga jepun?”,tanya senseiku meminta penjelasan,setelah tertarik dengan hujahnya yang menyatakan sedemikian.

“Bagi orang ‘bahasa jepun’,ops tersilap….bagi orang jepun,musim luruh sering di ‘sinonim’kan dengan season to read,eat food and play sport.”,terang Shinji lagi,disokong oleh fakta dari teman di sebelahku,Gondaira.(nama yang agak menarik,teringat kisah raksasa Ultraman dizaman budak-budak 🙂 )

Aku terus berfikir,sejauh manakah kebenaran kata-kata tersebut,namun jawapan yang memuaskan sukar untuk diperolehi.

“…malam yang sangat panjang,tidak dapat bermain bola di padang luar,makanan akan cepat menyejuk setelah dihidangkan dan yang paling kritikal,adalah pertarungan sengit untuk bangkit dari tidur.”,penerangan perkara yang tidak disukaiku di sudahi.

Sejenak,memikirkan kejadian alam,alangkah indahnya ciptaan Ilahi.Daun-daun pun bewarna-warni,apatah lagi manusia yang bermacam ragam dan recamnya.Setiap yang berlaku pasti terselit hikmat dariNya.

*****

“Pagi,sejuk yang amat sangat.Ketika datang ke kolej dengan berbasikal,tangan sampai menggigil-gigil.”

“Kamu tak pakai ke sarung tangan?” tanya sensei ku,pantas ingin melahirkan perasaan ingin tahunya.

Balas temanku lagi,walaupun telah memakai sarung tangan,namun keadaan sekeliling yang sangat sejuk,kadang-kadang amat menyukarkan.Aku sangat terkesan dengan kata-katanya lagi;”Sewaktu kuliyyah pertama atau kedua,kadang-kadang jari-jari sukar untuk bergerak.Mungkin sebab keras sangat kerana kes sejuk tadi.”

Kami sama-sama tergelak.

Agak lama,kata-kata tersebut terpahat di fikiranku,lantas apa yang dapat ku simpulkan bahawa AKU MESTI TERUS BERUSAHA DENGAN KUAT! Sudah pasti semangat temanku,walaupun orang jepun sekalipun,itulah antara kesungguhan yang di ajar islam.Arigatou sahabat,kerana sudi berkongsi sedikit kesusahan dalam rencah belajarmu.

*****

“Duan,ni lauk ikan dan sedikit kicap.”

teman

“Boleh je.Ikan goreng dan kicap pun sudah mencukupi.”,balasku ringkas,menyahut ajakan Rozaimi sewaktu rehat,kelas agama petangku.

Namun,sedikit kehairanan.Kicap kali ni,rasanya lain dari yang lain.Sedikit masin,namun masinnya,masin yang sedap.Apatah lagi,sedap yang luar biasa. 🙂

“Itulah budu,duan.Ni kita makan nasi,ikan goreng dan budu.Bukan kicap.”,balas Rozaimi sambil ketawa.Aku tergelak sama.-Sebuah kisah lama,hasil galian dari sebuah persahabatan seusai usia 9~10 tahun.

Ada kalanya,kesusahan lebih mendidik kita untuk lebih berjaya.Keperitan lebih mengajar erti kemanisan pada harga sebuah kejayaan.Maka jadikanlah segala pengalaman susah dan airmata,kepada transaksi demi sebuah kejayaan di hari mendatang.Sekalipun,buat bekalan anak-anak cucu.

Sudahkah anda bersusah payah demi harga sebuah kemanisan kejayaan……fall

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements