Assalamualaikum wbt.

japan Sistem pembelajaran yang semakin berat dan kadang-kadang menyekat ruang masa dan kehendak,ada kalanya hampir-hampir jua  ingin membatalkan hasrat untuk terus menulis.

Namun,‘jika kurang menulis,bermakna kamu kurang berfikir’;sebuah kata-kata yang disampaikan oleh seorang teman kerap menjadi nasihat.

*****

Salam penulisan.

1-Iklan Petronas yang agak sarat dengan nilai-nilai murni dan sentuhan demi sentuhan idea yang cukup bernas,menjadi tema utama penulis pada kali ini.Tatkala membaca sepintas lalu sisipan akhbar Utusan Malaysia,penulis cukup tertarik dengan ruangan iklan petronas sempena sambutan Deepavali.

“The Wings of A Man”

2-Sebuah episod iklan yang cukup ringkas,namun membawa makna dan kesedaran yang cukup mendalam.Syabas buat sidang produksi! Mengimbau beberapa siri jelajah iklan petronas,tidak dapat disangsikan lagi bahawa mastermind yang berdiri di sebalik tabir penciptaan iklan tersebut,cukup bekarisma.

Direktor: Yasmin Ahmad

Cameraman:Keong (27/9/2008)

Begitu catatan serba ringkas yang sempat penulis titipkan daripada laman web ptronas greetings.

3-Apa yang menjadi tarikan buat penulis disini adalah input yang ingin disampaikan oleh pihak Petronas.PETRONAS;sebuah syarikat gergasi tanahair yang sudah menempa pelbagai nama di persada antarabangsa.

4-Walaupun kebanyakan kita tidak merasa imbuhan daripada Formula One sekalipun,namun ia bukanlah menjadi persoalan buat penulis pada ketika ini.Bukan jua pada kerisauan harga minyak yang kerap menjadi liputan dada-dada akhbar hari ini!!-Biarlah mereka yang di tempatnya menganalisa!

5-Sepanjang penulis menyertai kursus-kursus motivasi,kerap penulis perhatikan bahawa kebanyakan motivator pasti tidak akan lari dari menggunakan sentuhan iklan petronas pada modul motivasinya.Adakah ianya streotaip??-bukan aspek itu jua yang menjadi persoalannya sekarang!

6- Iklan petronas kaya dengan elemen dakwah! Iklan petronas jua sarat dengan nilai-nilai murni.Namun,penulis sering menaruh prasangka,mengapa tidak drama-drama dan movie-movie terbitan anak watan kita tidak mengarap intipati seperti ini??

7-Seringkali drama-drama Malaysia kaya dengan unsur-unsur negatif,yang mungkin pembaca sendiri sudah sedia maklum.Adakah drama kita jua mencerminkan masyarakat kita yang sedang di ambang kejatuhan akhlak?-dan adakah inilah hasil tatkala pemimpin-pemimpin kita jua semakin jauh akhlaknya….!

Ku dambakan masyarakat yang tinggi akhlaknya.Semoga masyarakat malaysia berakhlak dengan akhlak luhur masyarakat jepun.

muslim Walaupun hakikatnya,segala kebaikan itu sudah diimplementasikan oleh masyarakat islam di era kegemilangan islam suatu ketika dahulu.

islam

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements