tada “Buah pear ni,tidak berapa sedap.Orang jepun tak berapa suka makan.”,begitu getus Tada san,penyelia asrama kami,setelah kami memegang beberapa biji buah pear yang bewarna hijau.

Kebiasaannya orang jepun lebih menyukai buah pear yang bewarna kuning keemasan,yang cukup kaya dengan air dan kelembutan isinya.Namun,bagi masyarakat kita,pear yang bewarna hijau lebih mahal dan cukup sedap!

pear hijau

Perjalanan ke ladang buah pada hujung minggu lepas,merupakan pengalamanku yang pertama kali ke sebuah ladang di jepun.Seawal kedatangan ke jepun,calvin dan ana pernah di tegur oleh seorang pak cik,kerana telah memasuki kawasan kebun di tepi jalan.Pengajaran beharga buat kami.

*****

ladang-kenangan Teman-teman,hidup ini persis sebuah pengembaraan.Kehidupan ini jua ibarat sebuah ladang.Semai dan tuaikanlah ladang dan kebunmu dengan sebaik yang mungkin,nescaya kelak kau akan mendapat hasil tuaian yang setimpal.Mintalah nasihat dari yang arif dalam menyemai bahan tuaiannya.Bersahabatlah dengan peladang-peladang yang jujur,moga dirimu jua akan mendapat kiasan wangiannya.

sahabat

sahabat-sahabat seperjuangan

Persinggahanku ke ladang buah baru-baru ini,mendekatkan diriku lagi dengan keramahan Tada san.Penyelia asrama kami,merangkap pebimbing pelajar luar negara.Tatkala melihat akan orangnya,pasti ana akan terkenangkan arwah nenek ana,yang lebih mesra dengan panggilan wan kalsom.

Tatkala bilik masak kami tidak berapa bersih,lantas pantas sekali di tegurnya.Ana cukup terkesan dengan tindakannya yang lebih islamnya berbanding kami sendiri yang mengaku islam,namun kurang penghayatannya berkaitan pengamalan islam.Bukankah seringkali didengari,bahawa kebersihan itu sebahagian dari islam!

Semoga kita semua senantiasa memperbaiki hari-hari masa depan dengan akhlak islam,teman-teman.

tada san

Tada san,ibu kami di perantauan

Mahu sekali ana melihat,Tada san melafazkan ucapan syahadah.InsyaAllah.

Semoga sahabat-sahabat jua mendoakannya.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements