Belajar itu indah.Belajar itu anugerah.Belajar itu fitrah..

Fitrah bagi manusia untuk lebih memahami dan mengenali siapa dirinya sendiri.Agar bersuluh dalam mengenal siapa Pencipta dirinya.

Allah yang Esa.

*****

Sekembali ke bumi Jepun,azam baru ingin kusemat.Semoga semester yang akan datang pada kali ini,lebih baik pada semester yang lepas.Keluar daripada pesawat MH 008,sedikit terkejut dengan perubahan suhu di daerah jepun ini.18 degrees;merupakan kadar cuaca di luar pesawat ketika di Tokyo.Begitulah ulasan peramugara,sewaktu peasawat ingin melabuhkan penumpangnya di Narita Airport pada jam 8 malam.

Lagi 2 hari,hari raya bakal menjengah menandakan berakhirnya Ramadhan…adakah aku berjaya memperbaiki diriku kearah yang lebih baik?-Aku dambakan kecemerlangan.Cemerlang dalam menjadi hambaNya,pelajar dan seorang anak yang soleh.InsyaAllah.

*****

“Idris,sekarang ni musim apa?”,tanyaku pada seorang senior.

Aki lah.Auntumn.Musim luruh.”

Malam dan siang silih berganti-ganti.Begitu jualah dengan peredaran musim yang terus berlalu,silih berganti.Manusia juga tidak terkecuali.Insan yang berusia muda akan berubah meningkat usia tua.Manusia yang sihat sejahtera,akan di uji dengan dugaan kesihatan.Insan tersayang yang masih mampu ceria pada hari semalam jua,adakalanya telah meninggalkan kita untuk mengembara ke alam yang seterusnya.

Begitulah lumrah alam.Begitulah fitrah kembara.Begitulah janji Allah yang Esa.Alhamdulillah,waktu cuti pada kali ini sempat jugak ana melawati pusara arwah nenek dan tokki di kampung.Namun,banyak jugak perkara yang masih tidak mampu ana lakukan.Semoga cuti yang akan datang lebih bermakna.

Selamat berjuang dan pandanglah sesuatu perkara dengan positif!

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements