Assalamualaikum wbt.

abang sedaraku

abang jie dan adik madihah (sepupuku)

“Bila balik ke kampung,saudara mara wajar(mesti) di kunjungi.”

Pabila berada agak jauh,tatkala pulang,seharusnya saudara mara perlu di kunjungi.Suasana di kampung,hidupnya lebih bermasyarakat.Lebih ramah,penghuni tempatannya.Apatah lagi,jika analisa dilakukan terhadap masyarakat desa melayu.

F.E.L.D.A-Masyarakat desa yang damai.Satu pengamatan!

Beberapa hari yang lepas,saya dapat berkunjung ke beberapa buah negeri di semenanjung.Jejak di mulai dengan perjalanan ke rumah sahabat di perlis dan negeri sembilan.Perlis,tidak banyak pemerhatian yang sempat saya simpulkan.Ingin sekali,untuk diri ini menjejakkan kaki buat kali yang seterusnya di bumi yang bersebelahan dengan daerah jelapang padi itu.

Pengalaman melawat sahabat yang hanya bersua hanya di alam internet,merupakan suatu pengalaman yang amat manis.

Walaupun perjalanan yang memakan ruang masa hanya sehari,namun saya berpeluang menjelajah hampir ke semua daerah di negeri sembilan dengan di susuli suapan nasihat yang berpanjangan.Diskusi dan perbincangan santai sentiasa berterusan sepanjang tempoh berkelana.Keramahan hazwan,sangat saya kagumi.

Setiap hujahnya juga,pastinya diselitkan dengan idea yang terbuka dan adakalanya disertai dengan nas dari al-quran.Sememangnya,kita wajar mendasari setiap langkah dan tertib dalam kehidupan ini,dengan hujah serta dalil dari kalam Tuhan dan hadis Rasulullah saw.

sahabat

hazwan dan adik alia

Pertemuan yang luar biasa.

Sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan dengan sepuluh pertanyaan,seratus keyakinan dan seribu kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan.

Namun biarlah segala-galanya dengan satu keikhlasan di atas keredhaan Allah swt.

Semoga kita kembali merancang sebuah halatuju.Jua pada mentarbiyah diri kita sendiri,itu yang pasti.

“p/s:softskill itu satu keperluan,ana mengiyakannya,saudaraku.”

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements