Assalamualaikum wbt,

Jazakallah buat sahabat-sahabat baikku,mustaqim dari jordan,fadhil dari india dan nuraya dari leicester di atas usahasama yang kita usahakan buat adik-adik di sekolah lama kita.Mungkin lebih mesra lagi,kita anggap mereka seperti teman-teman kita yang lain juga.Bukan sekadar ber’pangkat’kan junior dan senior.Sekadar secebis pengalaman yang kita perolehi,suka sekali untuk nikmat ini jua di kongsi bersama-sama teman-teman yang lain.

fadhil

Fadhil sedang ber’tugas’

K.I.S.T dalam ingatan,bersama bekalan pahit dan manis dalam sebuah perjalanan kembara.

*****

“Mula-mula jumpa salji kat bandar leicester,kepulan asap keluar ikut mulut.Maklumlah kite ni orang darat,tak pernah jumpe salji.Sangatlah rase seronok.”cerita nuraya dengan penuh minat.

Pelajar-pelajar tingkatan lima yang mendengar agak melopong tatkala cerita yang dikaitkan dengan salji dikisahkan.Maklumlah,malaysia tidak menyambut kedatangan salji,fikirku.

mus dan yaya

mustaqim dan nuraya

“Belajar medic bukanlah suatu yang mudah,namun bukan juga merupakan sesuatu yang mustahil.Namun,hakikat kejayaan merupakan suatu yang ada jatuh dan bangun”,begitulah pesan fadhil,pelajar tahun 2 di jurusan perubatan.

“Makanan di India cukup ‘mewah’ dan tidak banyak berbeza,jika ingin dibandingkan dengan suasana di Malaysia.Apa yang menjadi fitrah kepada pelajar medic,mereka akan di sinonimkan dengan jadual belajar yang agak hard dan sistem cuti yang mungkin dapat dikatakan agak terhad.Belajar selama 6 hari dalam seminggu dan hanya dapat bercuti selama sehari.Namun,jangan mudah patah semangat untuk mengambil jurusan medic“,celoteh fadhil lagi.

adik2Suasana yang sangat dirindui.Belajar di sekolah,tidak sama dengan suasana pabila belajar di rantau orang.Kemesraan masyarakat kita,tidak sama dengan masyarakat di luar negara.

Lain bangsa,lain resamnya.Lain adat,lain budayanya.

*****

Jazakallah di atas sokongan,harapan dan doa daripada junior-junior buat kami.Moga kejayaan dan semangat ingin mencapai kejayaan yang tersemat di dalam diri kalian,melebihi kami.Begitu jualah,seperti seorang guru yang mahukan anak didiknya lebih berjaya,melebihi dirinya.Semoga kami jua berjiwa pendidik seperti kalian,guru-guru.
cikgu

Cikgu Fakhrus yang tenang memerhati

Banyak kisah-kisah menarik yang dapat kami gabung-jalinkan antara satu sama lain.

“Belajar di jordan sedikit berbeza,jika dibandingkan dengan mesir.Kos hidup di jordan juga lebih tinggi.Wanita di jordan juga,khususnya di bandar,berpakaian yang agak keterlaluan.Namun,memang benarlah wanita-wanita di daerah sana,sangatlah cantik.Tapi,usah bermimpi untuk dijadikan isteri..”

“Masyarakat di sana masih mengamalkan ‘kesukuan’ yang agak menebal.Suku ini tidak boleh kahwin dengan suku itu,dan begitu jualah sebaliknya.Masyarakat di sana jua seringkali memandang rendah akan warganegara kita,kerana kita bermusafir ke tempat mereka untuk menuntut ilmu.Maka,jelaslah pada mereka bahawa negara kita kekurangan ilmu,sehinggakan kita yang ‘terpaksa’ merantau ke negara mereka.”cerita mustaqim penuh semangat.

“Ada satu kisah di mana,ana bertemu dengan seorang makcik tua di dalam kampung.Mak cik tersebut bertanyakan dari mana datangnya ana.

“Min aina enta?”

“Min maaliziyaa.”

Namun,jawapan seterusnya yang diungkapkan oleh makcik jordan tersebut sungguh mencuit hati.Apa yang di jawabnya?

*****

“Ooo,daripada malaysia.Mak cik ingatkan,dalam dunia ini ada satu negara saje,iaitu jordan.”

Maka,kami semua tergelak mendengar kisah nakal mak cik kampung di jordan tadi.

ikhwah Wajah harapan.Moga segala yang baik dapat dijadikan teladan dan mana yang buruk,sejuta maaf dari kami;moga ianya dapat dijadikan sempadan di dalam mengemudi bahtera kehidupan sebagai hamba Allah swt.

*****

sakura

Semoga ketemu lagi,semekar musim ber’sakura‘.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements