Assalamualaikum wbt.

Salam pertengahan Ramadhan.

Hari ke sebelas puasa,sekaligus merangkap hari-hari pertengahan di bulan ramadhan.Tempoh `rahmat` telah melabuhkan tirai rasminya,teringat pada kata-kata Ustaz Long di surau kampungku.Period marfirah akan mengambil alih tugasnya.Itulah fitrah yang sebenar.

i Namun ini bukanlah bemakna tiada rahmat Allah selepas ini.Pesan Ustaz Long lagi,rahmat Allah senantiasa hadhir di sepanjang ruang waktu dan ketika,namun permulaan Ramadhan baru-baru ini merupakan tempoh special rahmat Allah edisisi ramadhan.

Maka dengan masuknya hari ke sebelas di bulan yang barakah ini,marilah kita sama-sama mendidik hati dan fikiran ini untuk lebih mendisiplinkan diri dalam melakukan amalan-amalan kebaikan.

iTingkatkatlah penghampiran diri dengan rumah Allah dan dekatilah pancainderamu dengan al-Quran.Carilah 1001 alasan untuk melakukan kebaikan.Hargailah setiap ruang waktu yang ada,kerna belum pasti lagi ramadhan yang akan datang akan bertamu kembali.Teringat kata-kata ustaz,di bulan ramadhan inilah,tambah dan didiklah hati akan mengingati mati.Mungkin ada yang mengatakan bahawa mengingati mati itu,membatutkan produktiviti.Maka,dangkal sekalilah!

Ingat mati sahaja tidak mencukupi,bahkan alangkah indahnya manusia dasawarsa ini,andaikata kita berlumba-lumba bersungguh-sungguh untuk berusaha melakukan persiapan untuk mengingati mati.Syukran jaziilan Ustaz Long.

Ingin sekali mengikat diri ini,dengan tautan rumah Allah.Namun seringkali jua,diri ini tersungkur kalah ditewaskan nafsu sendiri.Sekadar diri sendiri pun,sukar sekali untuk dikawal,jauh sekalilah untuk memimpin isteri yang bakal berputiknya sebuah keluarga,usrati jannati.

Bertarawih di kampung tidak sama dengan bertarawih di perantauan.Laungan azan di beberapa buah masjid seakan-akan sekata ingin melaungkan kalimah agung,tatkala waktu berbuka puasa.Maghrib bertandang.Nikmat berbuka dirasai.

Tika tarawih menjelma,anak-anak muda memenuhi ruang surau.Alangkah indahnya permandangan di kampungku.Walaupun surau yang kurang mewah,cukuplah jika jiwa-jiwa anak-anak muda kampungku ini bermewah dengan pengisisan sajian rohani.Azan di laptop,telah diambil alih tugasnya oleh laungan dan gema azan dari surau.Kalau dulu,ingin mendengar azanpun,sekadar dalam situasi tertutup.

Alangkah bahagianya andai berjemaah dapat mengisi setiap sela,ketika hidup ini.Usah di kira di mana dan ketika waktu mana sekalipun,alangkah bertuahnya jika diri ini terpilih selalu dalam merendahkan diri padaNya.Langit di kampung tetap sama dengan kelam langit di kala malam perantauan.Namun jemaah orang di kampung tetap tidak selamanya sama dengan jemaah orang di perantauan.

Berjemaahlah selalu,selagi masih dikurniakan nafas dan waktu.

Adakah kamu tidak bersyukur?i

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements