Assalamualaikum wbt.

Seinfiniti kesyukuran di rafakan kehadrat Allah swt,kerana masih lagi diberikan nikmat iman,islam dan nyawa olehNya.Semoga perjalanan kehidupan kita pada hari ini lebih baik dan lebih cemerlang dari semalam.

“Wah,dah agak lama tidak mendengar bunyi lembu.”Begitulah kata-kata yang terbit di kala waktu pagi di kampung.Sepanjang keberadaan di kampung jepun,sudah agak lama tidak mendengar suara dan bunyi haiwan yang biasa terdapat di Malaysia.Usahkan lembu,kadangkala bunyi kokokan ayam pun jarang kedengaran.Mungkin juga,tidak pernah didengari.

ayam

Teringat juga akan sebuah kisah yang di ceritakan oleh seorang sensei ana,tika di Malaysia.Katanya,beliau pernah membawa beberapa orang teman dari jepun untuk melawat ke Malaysia.Namun,apa yang menariknya,ada di antara teman-temannya yang sangat suka bangun tatkala masih awal pagi,hanya semata-mata ingin mendengar kokokan ayam secara live.Alangkah beruntungnya rakyat Malaysia.

Setelah berada di bumi jepun untuk seberapa ketika,kisah ini secara tidak langsung,telah ana akui akan kebenarannya.Berada di salah sebuah kampung di jepun,memang amat sukar untuk mendengar kokokan ayam,apatah lagi bunyi haiwan kebiasaan yang lain di Malaysia,seperti haiwan seunik lembu.

Mungkin ada sesetengah sahabat di jepun yang akan menyangkal dakwaan ini,namun ini adalah pandanganku secara peribadi.Namun,ini tidaklah bermakna orang jepun ketandusan ayam,lantas daging ayam bukan menjadi pilihan utama mereka untuk di jadikan sajian makanan.Ataupun lantaran itulah,daging khinzir yang menjadi aset gantinya.

Bukan!Hujah yang tidak benar sama sekali!

Ayam berkokok di pagi hari,

lembu berzikir madahkan tasbih,

lantaran manusianya?-berselimut gigih?

Ya,di kala pagi ramadhan,antara dugaan yang agak besar adalah melawan arus ujian untuk tidak tidur selepas subuh.Syaitan telah diikat.

Adakah salah nafsu diri,dek kerna sering tersungkur menyindiri? Renung-renungkan dan ambillah iktibar selalu akan ketekunan ciptaan-ciptaan Allah swt yang tidak jemu-jemu bertasbih memujiNya,Tuhan yang Esa.Hanya manusialah,ciptaanNya yang sering alpa dan sering berbantah-bantah akan kebenaran.

Maka,memang benarlah firmanMu,ya Allah.Ampunilah kami.

anak soleh

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements