Alhamdulillah,selepas waktu asar,pejalanan jauh akan bermula.Waktu berbuka puasa yang awal di jepun juga bakal membuatkan ana berbuka puasa tika di dalam keretaapi.Mungkin juga solat terawihnya.Moga pemusafiran pada malam ini akan terselit hikmah yang berguna.Syukur kehadrat Allah swt,ana telah merasai sebuah nikmat yang cukup beharga pada hari ini.Walhal,hakikatnya setiap masa dan ruang ketika,nikmat yang Allah telah kurniakan pada ku,cukup untuk membuatkan diri ini terasa malu selalu.

Setelah tamat tempoh berintership,perjalanan untuk pulang ke kampung terasa lebih damai.Moga kepulangan kali ini dapat memberikan sesuatu yang beharga dalam mendidik diri.

  • Penilaian keseluruhan: 5
  • Kerajinan dan ketekunan: 3
  • Kefahaman dan kemahiran: 4
  • Kadar kepatuhan arahan syarikat:5

Penilaian oleh majikan berdasarkan 1-5.Perlu di serahkan pada sensei yang bertanggunjawab.

Begitulah fitrah sebuah kehidupan.Kita senantiasa dinilai.Pelajar dinilai oleh keputusan examnya.Pekerja dinilai oleh tugasan yang di amanahkan padanya.Seorang anak akan di nilai akhlaknya oleh ibu dan bapanya.Setiap rantaian kehidupan di dunia ini,bagai tidak lari dari sebuah ekosistem yang saling kait-berkait.Manusia saling memerlukan.Manusia saling berpengantungan.Begitulah hakikat kembara kehidupan.

Namun,seringkali bila di renung-renungkan,penilaian yang paling wajar dan harus kita bimbang-bimbangkan adalah penilaian diri kita sebagai seorang hamba oleh Allah swt.

Di ambang Ramadhan,sejauh mana ketekunan kita pada amal ibadat?

Sejauh mana ketepatan waktu kita dalam menunaikan panggilan Allah swt dalam seruan azan?

Selembut manakah penjagaan kita dalam ingatan pada hadis Rasulullah akan pembaziran penggunaan air,ketika air wudhuk menyapa permukaan kulit kita?

Tika merenung pesoalan-persoalan di atas,ana rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit hadis yang memberikan satu keyakinan yang cukup bemakna buat diri.

Usah bazirkan air tika wudhukmu berlabuh,hatta ketika di tepi sungai.

Usahkan ketika air laju yang mengalir melalui pili,sekalipun sungai yang menjadi mediumnya,Rasulullah saw telah mengingatkan kita agar tidak membazir.Maka memang benarlah,sesungguhnya orang yang meredhoi pembaziran itu adalah saudara kepada musuh Allah yang terang dan nyata.

Perhalusilah wudhukmu duhai diri dan teman-teman.Moga langkah mu untuk mendekatiNya lebih cemerlang.

Solat itu,permulaannya wudhuk.

Penialain manusia yang disangkakan sejati,

namun penilaian Allah,itulah penentuan yang hakiki.

ciptaan Allah

kedamaian dan ketenangan

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements