Petikan buat tazkirah diri ana,

Islam apakah yang kamu anuti hingga menjadikan kamu begitu?(bermuram durja)

Jangan kamu perkecilkan sesuatu yang ma’ruf walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi di dalam Syi’ab al-Iman)

Senyum dan ceria-cerialah tatkala berurusan dengan manusia, menangislah semasa bersunyi-sunyian bersama Dia.

ABU SAIF @ www.saifulislam.comsahabat

“Ku tundukkan diri mengadapMu,

menghampiri marfirahMu,

Ku sesali kesilapanku,ampunkanlah dosa-dosaku,

Ku titiskan airmataku,

mengiringi waktu sepiku,

kasihanlah pada hambaMu,

yang mengharapkan keredhoaanMu.

*****

Baru kusedari,

hakikat diri ini,

hanya untukMu,

jiwa ragaku,keikhlasaan,ketaqwaan,

baru ku mengerti,realiti hidup ini,

hanya padamu,ku serahkan pengharapan,penetuan.

*****

Tuhan berikanlah,padaku cahayaMu,

untuk menerangi perjalananku.

Tuhan tunjukkanlah,jalan hidayahMu,

dalam meneruskan kehidupanku,

Tuhan sinarilah,hati nuraniku,

dengan sinaran keimanan,

Tuhan bukakanlah,pintu marfirahMu,

untuk menerima taubat dariku.

ramadhan

Nukilan asal Usrah al-firdaus.

Ceria-ceria kanlah duhai insan yang ingin bergelar da’ie.Ayuh maniskan wajah,pandanglah ke depan selalu.Jadikanlah setiap kepahitan dan kesedihan hidup sebagai aspirasi buat bekalan untuk mendidik diri dan sahabat-sahabat di sekeliling.Andai diriku dan dirimu tidak mampu untuk bergelar ketua,atau tidak mampu untuk memikul amanah memimpin teman-temanmu,cukup sekadar kalian dan diriku beringat,bahawa kalian dan diriku adalah ketua buat diri sendiri.Didiklah dirimu dengan didikan yang fitrah kerna kelak kita akan dipersoalkan kembali.Hitunglah dosa pahala selalu.Usah terus leka dengan kenikmatan dan keseronokan.

Jika tiada akhirat,benar sekali,dunia ini tidak akan bermakna.Benar pesanmu.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements