Assalamualaikum warahmatullah,

“Aku Aiman,pelik jugak memikirkan masa depan kita.Ya lah.Dah bertahun aku belajar bahasa inggeris,tidak jugak pandai-pandai.Tengok anak si Leman tu,baru 2 tahun belajar bahasa russia,udah dapat cair,kata orang,”kata anak muda yang berwawasan jauh,Zainuddin kepada sahabat baiknya,Aimanuddin di sebuah desa yang aman damai.

Pernahkah isu ini kita timbulkan?-Seringkali menjadi tanya soal bagi sesetengah pihak,walaupun sudah bertahun-tahun belajar bahasa inggeris,namun integriti bahasa inggeris di kalangan bangsa kita,khususnya melayu masih lagi boleh dipersoalkan.Kerap kali juga isu dan perkara ini menjadi buah mulut bagi kami,para pelajar bahasa asing.Apabila difikir-fikirkan mungkinkah perlaksanaan sistem pembelajaran bahasa inggeris itu masih perlu di tambahbaikkan lagi?

kucing

Bahasa inggeris pelajar Malaysia,amatlah boleh di banggakan,jika di bandingkan dengan student jepun sendiri.Malah berani saya katakan,ada ketikanya adik-adik kita juga boleh kita menyaingi bahasa inggeris kawan-kawan jepun saya.Mungkin,dari sesetengah segi sahaja,namun apa yang ingin dikongsi,mereka juga seakan-akan telah meletakkan mind-setting bahawa pelajar asing yang datang ke jepun,hebat berbahasa inggeris.Saya hanya golongan yang di level sederhana,juga sedang berusaha untuk menjadi hebat berbahasa inggeris seperti sahabat-sahabat di uia.

Seingat ana suatu ketika dulu,mempelajari bahasa jepun tidak sama dengan mempelajari bahasa inggeris.Masakan sama,jika tempoh masa untuk mempelajari bahasa jepun hanyalah selama setahun setengah,sedangkan tempoh ana mengenal erti bahasa inggeris dari “An Apple” dan “You adalah awak” sebermula di bangku tadika lagi.Prosesnya berlanjutan selama hampir 10~11 tahun dari seusai usia jagung sehinggalah ke spm.Namun untuk seseorang fasih berkomunikasi dalam berbahasa inggeris,kita tidak mampu memberi jawapan yang pasti akan tempohnya..?-Berjayakah anda temui jawapannya?

muslim

Suatu perkongsian bersama.Ketika mempelajari bahasa jepun seawal jam 8 pagi sehingga jam 5~6 petang selama seminggu,5 hari berturut-turut;membuatkan kami seringkali di paksa untuk bercakap dalam bahasa jepun.Masakan tidaknya,waktu rehat dan selepas sekolah juga,dihadiahkan lagi dengan kerja rumah(kadai) yang memang seakan-akan mahu mengisi 24 jam hidup kami.

Ini masa belajar.Maka anda seharusnya belajar!-Ungkapan yang memang tidak damai untuk didengari,malah seolah-olah ianya menjadi satu kemestian,dan kadang-kadang,ianya menjadi satu motivasi.Bermotivasi walaupun sebenarnya pahit untuk dimotivasikan.

Saya berpendapat,sistem pelajaran bahasa inggeris di malaysia sangatlah baik.Jika dibandingkan dengan sebuah negara yang bernama jepun.Namun ini tidak bermakna tiada ruang untuk kritikan dan saranan untuk sama-sama kita lontarkan buat generasi masa depan.Sebagai satu contoh mudah,adik-adik di sekolah boleh mempraktikkan satu tip yang pernah sahabat-sahabat ana lakukan.Salin 5 words setiap hari dan cuba hapalkan.Boleh juga dilakukan untuk kalimah bahasa arab,jua bahasa jepun.

Namun,berjayakah cara ini?-Cubalah,saya dan anda mungkin akan merasai kesannya.

Moga ana dan antum juga akan terus berusaha.Tafadhol untuk beristiqomah melaksanakannya.

5 perkataan setiap hari.Benarlah medan berbuat lebih sukar daripada medan berkata-kata.

(( Komen analisa pembacaan di artikel penulisan saifulislam.com ))

Analisa 2

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements