Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah,semoga dengan kata-kata dorongan yang diberikan,para pelajar di bumi jepun akan lebih bersemangat untuk memperkayakan bahasa,selaras dengan tuntutan da’wah terhadap masyarakat di sini.

bandarBahasa jepun memang agak sukar,apatah lagi seperti juga bahasa cina,banyak kanji iaitu tulisan yang berlingkar-lingkar dan berseni-seni perlu di hafal.Namun penghantaran student malaysia ke jepun secara umunya dilihat sebagai satu pelaburan jangka panjang untuk pembangunan negara di bidang kejuruteraan,khususnya.Wujud juga bidang lain seperti bidang pendidikan.

Pendidikan yang di difokuskan oleh kerajaan malaysia khususnya,lebih mensasarkan kepada melatih guru-guru yang akan mengajar bahasa asing apabila pulang ke malaysia nanti.Kemana mereka ditempatkan?

Sekadar di SBP..atau sekadar di MRSM…atau sekadar di sekolah-sekolah elit anak orang berada..??

Sewajarnya,guru-guru bahasa asing ini,turut di hantar ke sekolah-sekolah biasa.Semoga dengan pendekatan ini,anak-anak kampung yang belum kenal di mana letaknya jepun sendiri pun,mempunyai dan mula menanam cita-cita yang panjang dan jauh.Bukan sekadar untuk menjadi ultraman.Bahkan bercita-cita untuk menjadi engineer ultraman!

japanSelain bidang latihan perguruan bahasa asing,bidang ekonomi turut ditekankan.Namun di bidang ekonomi,hanya terdapat beberapa orang pelajar sahaja yang di tawarkan belajar di jepun,rata-ratanya di taja oleh petronas.Hebat juga petronas kerana berani melaburkan tenaga elitnya di bidang ekonomi di sebuah negara bergelar jepun.Maka bakal lahirlah CEO petronas yang mempunyai gerak kerja pantas dan tegas.Berhikmah pula,pabila diadaptasi dengan gerak kerja islam.

Bahasa medan komunikasi.Bahasa juga medan memahami.Bahasa juga medan memberi.

Bahasa jua medan da’wah.

Namun beruntunglah kepada yang fushah berbahasa arab.Kerna ianya bahasa yang lebih mulia.

Ya Allah,pimpinlah kami dalam mendalami bahasa kekasihMu.Jika tidak kami,pada keturunan anak-anak kami.

لغة العربية

-satu kerinduan dan sebuah harapan.

anak-anak itu bersih

Japanese children.Ketika merentas desa.

muslim

Children of islam,Otse’ka Mosque,Japan.

(( Komen analisa pembacaan di artikel penulisan saifulislam.com ))

Analisa 1

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements