Assalamualaikum warahmatullah.

Sepanjang berada lebih kurang setahun setengah di bumi jepun ini,banyak pemerhatian yang ingin dikongsi.Banyak eksperimen dan data-data yang tidak berlatarkan makmal dan mikroskop manual sering kali direnungkan.Mungkin ada kalanya ianya wajar disimpan dan ada ketikanya ia harus dikongsi buat renungan bersama.

Jepun lebih kedepan dalam aspek dan ciri-ciri islam berbanding negara kita sendiri.Sebuah negara yang kita sering agungkan kerana jumlah kapasiti individu yang mengaku dirinya islam itu ramai.Maaf kerana kata-kata yang dilafazkan melalui tulisan yang tidak seberapa ini sedikit kasar bunyinya,namun inilah hakikat yang semestinya kita iyakan.

seni

Point 1-Jepun memang mendahului dalam aspek kebersihan.Lihat sahaja tandas mereka.”Benarkah semua tandas di Jepun bersih berkilat?”,seorang anak muda menangkas ruang bicara,bernadakan tanda tidak puas hati.

Namun izinkan nada ini dituturkan oleh diri ini,tika berada di malaysia nanti.”Memang benarkah tandas di malaysia semua kotor-kotor? Tiada siapakah yang sudi menjaga kebersihan? Adakah perlu kepada bayaran terlebih dahulu,lantas akan terbitnya nilai kebersihan?”,ana bermonolog sendirian.

Benar lagi tidak takjub sekali.

Pantas sekali ada bayaran yang di kenakan,bersihlah sedikit tandas tersebut.Namun berapa banyak tandas malaysia yang berbayar yang tidak bersih??-maaf kerana sekali lagi,ingin melahirkan rasa ketidakpuasan hati.

Mungkinkah YB-YB tidak pernah ke tandas awam?? Masakan mereka hanya ke tandas yang berbayar sehingga RM 5?-Tandas awam di malaysia perlu di dibersihkan!

Bukan pada lokaliti tempatnya.Namun apa yang pasti pada pemikiran rakyatnya yang harus dibersihkan.Pemikiranku.Pemikiran kalian.Pemikiran kita bersama.

Seringkalikah kita lupa,bahawa kebersihan itu sebahagian daripada islam? Lihat tandas yang kotor dan jelek sahaja,lantas ditutup mata dan di hempas pintunya,lambang dan tanda melahirkan protes?

Mahukah kita berubah..

Islam itu bersih.Namun kenapakah seringkali islam difitnah kerana kebobrokan yang ada pada muslimnya?-lantas,ayuh sama-sama mencari titik bermuhasabah.
islam

(( Komen analisa pembacaan di artikel penulisan saifulislam.com. ))

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements