masjid turki “Minta maaf,akak.Tumpang tanya.boleh kami tahu jalan untuk ke masjid turki?”-begitulah perbualan ringkas kami di sebuah kedai seven-eleven(konbini) sewaktu jalan untuk ke masjid turki,sebuah masjid yang dibiayai penuh oleh kerajaan turki dijepun,ingin di kunjungi.

“Ooo,masjid turki.Mari akak tunjukkan.”

Penjual kedai yang diajukan soalan,pelanggan kedai yang baik hati pula menjawabnya.Begitulah kemurahan hati yang dimiliki oleh masyarakat jepun.Kaya dengan islam walaupun masih kurang dengan muslimnya.Subhanallah.

Peristiwa tersebut juga menjadi titik tolak pada diri ana sendiri bahawa tidak semua masyarakat jepun kurang fasih berbahasa inggeris.Mak cik tersebut dengan sedaya upaya yang ada,telah cuba bertutur dalam bahasa inggeris ketika menunjukkan jalan kepada kami.Ada kalanya,ana sendiri terlepas menjawab pertanyaan dengan bahasa jepun.

“Akak dengar binaan kat dalam masjid tu sangat menarik.Ramai kawan akak cakap,binaan didalamnya memang sukar untuk ditandingi.Dulu pengukir-pengukir turki yang dibawa ke sini untuk mengukir binaan di dalamnya”,getusnya,melahirkan kekaguman.

“Jom akak,jemputlah datang ke dalam sekali”,pelawa hafizul,sahabat ana daripada korea.

Persingahan kami ke masjid tersebut selaku kunjungan ana yang kedua melahirkan suatu yang cukup bermakna dalam diri.Dengan masa yang agak terhad,ingin sekali ana mengunjunginya pada kali yang seterusnya.Ya Allah,tautilah hati kami,hambaMu yang menagih akan keredhoanMu,dengan rumah-rumahMu.

Jadikanlah hati kami ini tenang dengan bermunajat di dalamnya.Ya Allah,penuhilah hati-hati kami dengan ibrah akan keagungan yang tersingkap pada akhlak hamba-hambaMu di rumah-rumahMu.Ya Allah,ku dambakan tarbiyah dari rumahMu.

tokyo

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements