Siapa aku?

Aku sayang Allah

Akulah yang paling tahu siapa diriku.Aku tetap aku.Aku budak kampung.Aku ingin berjaya.

Siapa Aku?

Aku adalah dai’e Allah.Aku adalah penda’wah.Aku tetap aku.

Siapa aku?

Aku sedar,aku bukan manusia sempurna.Aku rela di kritik,tapi biarlah kritikan itu suatu yang membina.

Siapa aku?

Aku tetap aku.Aku ingin jadi budak baik sokmo kerana orang baiklah yang Allah sayang dan Allah cintai.

Aku tetap aku!

Aku sangat benci perbuatanku,bila aku menjadi budak jahat.Aku jua tahu bahawa Allah jua membencinya.Aku tahu Allah tidak menyukainya.

Siapa aku?

Namun aku sedar Allah itu maha pengampun.Allah itu maha mengetahui.Aku tidak mahu jadi jahat selalu.

Biarlah aku meninggalkan dunia ini dan dapat jumpa Allah dalam keadaan jadi manusia soleh.Dengan izin-Nya.

Siapa aku?

Setiap manusia ada sejarah buruk yang tersendiri.Jika Allah perlihatkan semuanya,pasti pecahlah segala tembelang kita.Itu rahsia antara kita dan Allah.Namun,sejauh dan sebanyak mana kita melakukan kejahatan sekalipun,aku yakin Allah maha pengampun.

Siapa aku?

Aku sayang Allah.Aku sayang Allah lebih daripada sayang akan diriku.Aku sayang Allah lebih daripada sayang akan ibu bapaku.Aku sayang Allah lebih daripada sayang guru-guruku dan sahabat-sahabatku.

Aku tetap aku.

Aku sayang mereka kerana Allah.Walaupun aku tahu,aku tidak nampak Allah,tapi aku yakin Allah selalu nampak aku.Subhanallah.

Siapa aku?-Kenali diri,maka engkau akan kenali siapa Pencipta diri.

Allah

Advertisements