Assalamualaikum warahmatullah. ” Apakah nikmat terbesar yang enta rasakan,ya akhi? ”

Nikmat iman dan islam merupakan antara jawapan yang sering kita dengarkan.Walaubagaimanapun,sejauh manakah penghayatan kita sendiri terhadap islam dan iman kita.Ana sering tersungkur dari menunaikan solat tepat pada waktunya.Lemahnya diri ini,ya Allah.

Sedangkan seorang mualaf,insan yang baru merasai nur islam,mereka lebih menyayangi islam itu sendiri.Subhanallah.Nikmat yang terbesar yang ingin ana sematkan dalam hati ialah betapa bertuahya ana kerana Allah s.w.t adalah Rabb ana.Allah taala adalah penjaga ana.Hanya ana sebagai hambaNya yang sering alpa dan selalu leka untuk menjaga akan segala perintah dan suruhanNya.Ya Allah,jadikanlah denyutan nadi dan jantung ana,sebagai tasbih mengingatiMu.Jadikanlah hati ini senatiasa subur berzikir dalam menyebut nama-nama agungMu.Ya Allah,andai kata,hati ini telah terpesong dari mengingatiMu,tukarkanlah hati ini Ya Allah.Duhai Allah,jika mati ana,lebih baik dari kehidupan ana,matikanlah diri hambaMu ini,Ya Allah.

Petang semalam,sempat jugak ana merasai kemanisan pada erti sebuah persahabatan.Benar sekali firmanMu,bahawa dalam perbezaan warna kulit,dalam perbezaan bahasa yang dimiliki,di sana terselit hikmat dari penciptaanMu.

Masa kelas yang terakhir,profesor kuliyah kami,telah mengajak ana dan rakan-rakan sekelas untuk ke taman bunga di belakang kolej.Ya,sudah pasti ianya suatu yang amat menyeronokkan,apatah lagi waktu mengantuk bakal di ganti dengan satu pengisian melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t.Bunga sakura sedang berkembang penuh di puncak bukit.Hanami di rata-rata lokasi strategik.Ada yang berpasang-pasangan di tepi tasik dan ada yang bekeluarga.Alangkah indahNya ciptaanMu.Engkau jadikan mereka berpasang-pasangan untuk mereka saling merasai dan menghayati erti kasih dan sayang sesama mereka.Namun,alangkah indahnya andai mereka mengerti bahawa Engkau lebih menyayangi mereka.InsyaAllah,mereka akan dapat merasai kemanisan bertuhan apabila mengenaliMu.Adakah ana sudah mengenaliMu?-Diri yang lemah dan asif ini tidak mampu menjawabnya,Ya Allah.

Pada petang tersebut,ana sempat jugak main kejar-kejar bersama kawan-kawan japanese.Onigori;sebuah nama permainan versi japanese.Mungkin kenangan lama,waktu kanak-kanak menerjah kembali.Sebuah game yang seakan-akan polis entri.Polis dan pencuri.Kejar sampai dapat yop.

Kejar,tangkap,bukan jadi pencuri.

Sebagaimana yang sering ana main sewaktu di tanah air sebagai mengisi fitrah kanak-kanak,namun syaitan sebagai gantinya.Oni bima’na syaitan dalam kamus japanese.Agak menakutkan istilahnya,namun suatu pengalaman yang penuh dengan kemesraan.Alangkah indahnya,andai mereka jua dapat merasai kemanisan islam sebagaimana yang ana rasai.InsyaAllah,semoga mereka mengenali islam dan erti hidup bertuhan.Mengenali Allah,Pencipta mereka yang azali-yang fitrah.InsyaAllah.

Bukan harapan dan impian kosong,sebaliknya ana harus buktikan dalam setiap gerak langkah agar terselit ruang da’wah pada setiap pemusafiran ana ini.InsyaAllah.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements