Hampir berlalu sudah pejalanan hari persekolahan dan kuliyyah selama seminggu di perantauan.Sakura ketika ini sedang kembang dengan mekar,walaupun tanpa kehadiran daun.Buat adik-adik di kampung,pokok sakura hanya berputik selama lebih kurang seminggu.Bak kata seorang pensyarah di sini,sakura cepat berkembang dan pantas berputik,namun dengan detik yang singkat jua,sakura bisa gugur ke tanah dengan ketentuan dariNya,Allah yang Maha Esa.Dialah yang mengetahui akan segala-galanya,hatta detik saat dan ketika gugurnya sekelopak bunga sakura.Subhanallah.

Buat adik ana yang disayangi,melihat kepada metafora alam kejadian ciptaan Allah,pasti ada suatu yang boleh kita ambil iktibar.Walaupun bunga sakura hanya mekar dan segera gugur menyapa tanah dalam jangka waktu yang singkat,namun kewujudannya jua tetap membawa manfaat buat manusia.Pada hujung minggu,orang Jepun akan berpusu-pusu ke taman untuk menghayati akan keindahan sakura ciptaan Allah ini.Makan,minum,berkaroeka dan pelbagai aktiviti lain lagi yang difikirkan seronok dan menyeronokkan.Wahai adik-adik ana,bukan keseronokan yang ingin cuba dikongsi buat adik-adik,namun perkara yang ingin dibicarankan adalah tentang sebuah kehidupan.Apa erti pada sebuah hidup ini? Hidup hanya untuk diri sendiri,jauh sekali untuk cuba memberi?

Wahai adik-adik ana,kehidupan yang singkat ini,berusahalah untuk memberi.Memberi kerana Allah taala.Umpamakan kita sebagai sakura,carilah sebanyak mana yang mungkin ruang untuk memberi.Salinglah bantu membantu dalam pelajaran dan amal ibadat.Selalulah ingat-mengingati akan solat berjemaah.Rindukanlah akan solat berjemaah.Buat adik-adik hawa ana,salinglah pesan-memesan.Bahawa memang benar firmanNya,bahawa segala manusia dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman,beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.InsyaAllah.

Sentiasalah bantu ibu dan ayah,sekalipun pada perkara perkara yang ringan.Jangan biarkan kita disuruh untuk mengangkat kain di ampaian,jangan biarkan ibu menyuruh kita membersihkan tandas,jangan biarkan ibu menyuruh kita menyapu sampah di halaman,jangan biarkan ibu keseorangan dan kesepian.Hargailah ibu dan ayah.Andai kita berjauhan,bertanya khabarlah selalu.Hargailah kehadiran mereka.Berusahalah menjadi anak yang soleh dan solehah selagi mereka masih ada.Perlembutkanlah kata-kata dengan mereka.

Diri ana jua banyak melakukan kesalahan pada mereka.Mungkin juga kerana kesalahan pada ibu bapa,ilmu kita terhijab.Ingatlah adik-adik ana,jadilah seperti sakura.Walaupun hidup ini,hanya seketika berusahlah untuk berkorban.Biar kelahiran kita semua di sambut dengan senyuman mesra,dan pemergian kita di ingati selalu.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com

Advertisements