Hari ke-6 di perantauan,langit yang terbentang luas di Malaysia tetap sama,sekalipun ana melihatnya dari bumi Jepun ini.Langit yang membiru sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t.Ana,yang senantiasa lemah ini yang sentiasa alpa untuk bertasbih kepada Allah yang Esa.Ya Allah,semoga diri ana termasuk di kalangan hambanya yang tesedar akan dosa-dosa yang banyak terpikul di atas diri ana ini.Tarbiyah dan da’wah akan ana jadikan sebagai kemanisan hidup.Ukhuwah akan ana dijadikan hujah di akhirat kelak,insyaAllah moga ana sentisa dibuka dan dibimbing oleh Allah selalu,hatta denyutan nadi.Subhanallah.Ana hambaMu yang banyak dosa.Tuntunlah ana selalu,ya Allah.Sudilah kiranya Engkau memipinku.Ana merayu padaMu.

Ana ingin menyerahkan diri dan jiwa ini hanya untukMu,ya Allah.Alangkah beruntungnya diri ana,andai Engkau sudi menerima diri ini.Moga ana menjadi sebahagian asbab untuk mengembangkan da’wah dan sinar islam di bumi sakura ini,insyaAllah.Ana ingin sekali untuk mencontohi akan kekasih-kekasihMu.InsyaAllah.Selamat berusaha kepada diri ana.

warkahraudhah@tamanpersuratan.com.

di kenyamanan asar,nagaoka town.

Advertisements