Hidup ini indah jika segalanya keranaNya.”

Kehidupan ini adakalanya penjara buat orang mu’min. Sebaliknya,kehidupan juga merupakan tempat bercucuk tanam bagi ladang dan tuaihan hasil di akhirat kelak,insyaAllah.

Hari ini merupakan pemusafiran hari kedua,memasuki tahun ke dua di perantauan. Setelah keluar dari pesawat mas MH 070,kelas T sekitar jam 6.15 minit waktu tempatan di tokyo,bersuhu 11° C,ana meneruskan pejalanan kembara bersama junior yang bakal memulakan perjuangan baru di bumi matahari terbit ini.

Kehadiran 74 orang pelajar baru dari pusat persediaan kolej teknikal jepun(PPKTJ),UTM,KL bakal bertebaran di seluruh dataran sakura ini demi menuntut ilmu dan mencari keredhoanNya. Begitu juga dengan diri ana,yang masih mentah dalam mendidik diri demi mengenal akan pencipta yang Esa. Daripada perkenalan ukhuwah sejak sebelum berlepas ke lapangan terbang narita,jalinan persahabatan ini dapat diteruskan lagi pada sessi orientasi pelajar baru yang bertempat di kedutaan Malaysia.

Tahun kedua di Jepun pasti berbekalkan keazaman dan tekad yang baru,apa yang pasti ana ingin mendalami ilmu agama dengan lebih bersungguh-sungguh. Pesan seorang ustaz di kolej islam di tanah air,sering menjadi ingatan buat diri ana yang mudah hanyut dengan arus persekitaran.

“Apa yang halal di malaysia,tetap halal di sana. Dan apa yang haram di malaysia,tetap haram di sana. Senantiasalah ambil bahagian dalam program-program yang di anjurkan persatuan islam di sana. Pasti akan menemui kemanisan yang luar biasa.InsyaAllah.”

Kan ana semat sedalam-dalamnya buat tarbiyah diri ini. Teruskan berfikir duhai diri.Ana insan biasa.

warkahraudah@tamanpersuratan,

yokohama,12:36 a.m-jepun,

11:36 a.m-malaysia.

Advertisements