Bangsa yang telah membuktikan, sesiapa sahaja yang mengambil Islam, akan beroleh kemuliaan yang dijanjikan Tuhan – laman saifulislam.com.

Aku masih jauh dari kenal siapa tokoh Badiuzzaman Said al-Nursi ini..

Nasihat buat anak muda yang ustaz tuliskan ,aku tujukan khas buat ingatan diriku.

“Sesungguhnya usia mudamu akan pergi meninggalkan kamu. Andai kamu tidak mengekalkan diri dalam lingkungan Halal, maka usia muda bukan sahaja akan hilang nikmat kebahagiaannya, malah ia akan menganugerahkan kamu kebinasaan dan penderitaan dalam kehidupan dunia ini, di alam kubur dan di Akhirat sana. Namun dengan Tarbiyah Islam, engkau pasti akan membelanjakan usia mudamu dalam syukur dan penuh kemuliaan, dengan kebajikan dan ketaatan, dan semua itu akan berterusan hingga kamu mencapai kemudaan yang abadi di Sana nanti…”-pesanan Badiuzzaman Said al-Nursi.

Masa muda…

Anak muda..

Pemuda-pemuda..

Aku terus jatuh cinta..cintaku pada masyarakat turki.Aku menanam azam bahawa satu hari nanti, aku ingin menyentuh turki.Biar sekalipun tidak dengan berpijak dengan negaranya.sekurang-kurangnya aku bisa ketemu dengan pemuda-pemuda turki yang dipenuhi dengan rasa ukhuwah.

Dalam diam, aku mengakui pemuda turki mampu berkehadapan dalam memimpin ummah dalam membangunkan islam.

Bangunan baru islam.

Pemuda-pemuda roh baru.

Semoga aku dan kalian juga, becita-cita menjadi roh baru itu.

Ramadhan ,semoga aku tidak sabar menerima didikan tarbiyah mu.

-jazakallah ustaz hasrizal, atas sentuhan pengembaraan dakwah lembutmu.Hatiku tersentuh.Ku ulang beberapa kali , alunan lagu Kervansaray.

” Adik ang dikuarantin , 10 orang satu rumah. ” ,antara pesanan ringkas email, dari adikku yang kedua.

Adik perempuanku yang pertama telah menyambung pengajian di matrikulasi USIM,negeri sembilan; dalam bidang sains.Raihan Asyikin.

” Selesema ni, bukan sebarang penyakit.Kadang-kadang ia datang sebagai bala. Tidak kenal siapa. ” ucap ibu di talian.

Berat sekali ungkapan bala, yang dilafadzkan oleh seorang ibu.

NALURI KEIBUAN

Belum habis ucapan tersebut, aku bertanya kembali ingin mendapatkan lebih kepastian.Bala yang bagaimana yang dimaksudkan oleh seorang ibu.

Pasti antara aku dan seorang adik ;dan ikatan hubungan antara seorang anak perempuan dan ibu, pasti dan pasti ibuku lah orang yang lebih bimbang dengan keselamatan anaknya,apatah lagi seorang anak perempuan.

Melihat perkembangan kes selesema yang berlaku ditanah air, aku rasa agak terkejut.Walaupun, penyakit ini lebih dulu diisyaratkan di jepun, baik di media tv dan seluruh pusat-pusat awam.Namun sejak kebelakangan ini ,situasi yang sama seakan-akan terbalik menjakiti tanah airku.

Mungkin ,pada masa sekarang kurang sudah kedengaran ,kes selesema ini di jepun.Sebaliknya di malaysia, angka kematian semakin meningkat.

MERENUNG

Ungkapan bala yang diucapkan oleh ibuku membuatkan aku terfikir panjang.Bala dari Allah tidak mengenal siapa.Tidak mengenal manusia baik dan buruk akhlaknya.Berat untuk tangan ini menulis dengan lebih lagi.

Maha Suci Allah ,Engkaulah yang Maha Kuasa.Engkau jualah yang Maha Pengasih dan Penyayang.PadaMu jualah, ku serahkan sebaik-baik penjagaan buat adikku.

Selamatkalah tanah airku.

Selamatkan adikku.

Doa dari kejauhan buat adikku dan teman-teman sepengajiannya.Semoga Allah melabuhkan kekuatan dan kecekalan buat adik-adik yang diuji dengan ujian dariNya.

Buku. Apa yang kamu baca, akan mencorakkan dirimu.

Apa yang kamu baca, akan mencorakkan pemikiranmu.

Apa yang kamu baca, akan mencorakkan kata-katamu.

Apa yang kamu baca juga, akan mencorakkan penulisanmu.

ALAM BUKU

Pemuda tidak harus lari dari buku.Pemikiran tokoh-tokoh.Jika diperhatikan ,rata-rata anak muda yang mempunyai idealisma iaitu sudut pandangan yang baik, pasti ana akan membuat kesimpulan bahawa pasti ada buku di sebalik pemikiran anak muda tersebut.

Buku novel islami.

Buku berfalsafah.

Buku tokoh revolusi.

Buku pemikiran ahli falsafah islam.

Buku idea-idea sekular.

Buku bacaan santai.

dan pelbagai lagi.Jadi dikesempatan cuti ini, ana ingin mengajak sahabat-sahabat supaya memperbanyakkan lagi pembacaan dan perancangan untuk bedah buku.

SEKILAS PANDANG, ADA RASA INGIN LEBIH TAHU.
buku untuk adik

Pendekatan baik dan kreatif, dari meja penerbit.Semoga buku-buku seperti ini,memberi lebih ruang untuk memenuhi perpustakaan-perpustakaan sekolah-sekolah.Ke arah mendekati jiwa-jiwa remaja.Juga menjadi bahan dakwah lembut, buat remaja-remaja malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk.

Wo ai ni Allah …..” Jika di alihkan bahasanya : ” Aishite iru Allah “.

Mencintai Allah adalah sebesar-besar cinta. Didiklah hatimu mencintai Allah.

buku untuk sirah santai

Sejarah islam yang lebih segar penggarapannya.Moga, usrah teen circle remaja juga lebih meriah dengan sentuhan karya seperti ini.

Sepanjang meneliti secara ringkas ,karya pengarang Abdul Latip Talib; yang sempat ana baca sewaktu cuti pada tahun lepas, plot dan jalan penceritaan yang dibawa oleh pengarang, membuktikan bahawa ianya mampu diangkat untuk dijadikan sebagai alternatif dibidang seni dan genre yang berbeza.

Tidak adakah pihak yang cuba ingin mengangkat karya seperti ini, sehingga mampu dipentaskan ? Atau mampukah jika karya seperti ini pula, diberikan sentuhan,lalu digabungkan usahasama bersama penulis muda seperti Faisal Tehrani ?

untuk ibu

Sesuai untuk bacaan ibu-ibu, dan golongan nisa’.Juga alternatif terbaik untuk dijadikan option sebagai hadiah walimah.Mungkin  hadiah buku merupakan hadiah terbaik juga buat pasangan yang baru kelahiran anak.

Hidup ini indah,jika segalanya keranaNya.

Persahabatan.

Ukhuwah.

Persaudaraan.

Kasih-sayang.

Bertemu kerana Allah.

Berpisah kerana Allah.

rindu Allah

Allah test us often,

And for every pain He gives to us,

Provided we’re patient.

Is followed by rich again.

Kerap kali ana mengulangi kata-kata nasihat diatas.Ia hadiah dari seorang teman seperjuangan.

Allah selalu menguji kita semua,di setiap kesukaran yang didatangkan,akan dibekalinya kita;hambaNya dengan kesabaran.Dan akhirnya, akan dilimpahi kemurahan kembali mengikut aturanNya.

Semoga ianya, menjadi sebahagian daripada tadzikrah dan motivasi buat diri.

WIRID RABITHAH

Ana hadiahkan wirid Rabitah buat semua sahabat-sahabat pembaca ,semoga kunjungan dan bacaan saudara, ada sedikit manfaat di sisi Nya.Juga khusus buat teman-teman seperjuangan.

Ya Allah , Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu dan mengikat janji setia untuk menyokong dan mendaulatkan syariatMu ,maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati kami ,dan tunjukkanlah kami jalan hidayatnya.Penuhkanlah hati ini dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap,lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu.

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifatMu .(Jika Engkau mentaqdirkan kematian keatas kami)  ,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu.

Engkalulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Amin…Ya Rabbal A’lamin….

Pengalaman 3 bulan; bersahabat di plkn, kem ulu pari, Rembau, Negeri Sembilan; merupakan antara satu persinggahan, untuk lebih mendekati hidup bermasyarakat.

Mengenal bangsa cina dan india. Mengenal pelbagai latar belakang manusia yang pelbagai ,belajar untuk memimpin dan dipimpin , belajar untuk bersabar dalam gelak dan tawa ;merupakan antara ingatan yang banyak mendidik.

PLKN

Ada kebaikan dan tidak dinafikan juga keburukannya.Biarlah yang buruk akan terus diperbaiki dan yang baik sering diingati untuk menjadi teladan dalam kehidupan.

Memandang kehidupan dengan pandangan yang positif , lebih membuatkan kita bersemangat.

” ..baru-baru ni hafizi ada telefon , katanya kawan dari negeri sembilan. pernah kenal sewaktu plkn…katanya, mintak mak kirim salam kat abang jie.Dan kalu balik, mintak abang jie berhubung..” ,pesan mak.

teman plkn

hafizi,tengah

Aku sempat mengingati seorang temanbaikku ini, hafizi ; orang nogori.

Rembau, merupakan satu daerah yang cukup pekat dialeknya dalam negeri sembilan.Persahabatan kami ,bermula ketika di kem plkn.Dari pelbagai negeri ,dikumpulkan dalam sebuah tempat yang cukup terceruk .Tapi, penuh dengan suasana alam.Kaya juga dengan petai dan pokok jeringnya.

Hanya, terserah pada manusia yang mengisinya, dengan kebaikan mahupun sebaliknya.

RUTIN PLKN

Bangun pagi, berkejar untuk ke solat subuh.Kemudian berlari- lari salin baju, ala-ala komando untuk kawad pagi.Namun, ramai juga komando kecil yang belum solat subuh. Hanya bangun tergesa-gesa, lalu terus berkawad.

” siapa yang tak solat subuuuhh……??? kedepaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnnn!!! ” -laung komando yang bertugas pada pagi kebiasaannya.

Tidak banyak soal, hukuman dijalankan.Anak muda, adakalanya hukuman yang keras juga mengambil tempat, jika kesalahan berulang- ulang.Apatah lagi ,kesalahan membelakangkan hukum Allah.

PELBAGAI RAGAM

Teringat satu kisah, dimana  seorang sahabatku membawa roti kedalam dorm.Lalu diserbunya ,kami semua. Maklumlah ,umpama kehidupan di asrama.Mahu dibukanya, roti high 5 yang berbuku besar, lalu sahabat ini tersenyum.Mahu tahu kenapa ?

Rupa-rupanya, ditengah ruang lapisan roti high 5 itu telah ditebuk berbentuk silinder,dikawasan tengahnya. Sebagai tempat letak rokok. Aduuh.Kreatif sungguh.

Dimanalah ,kome belajar ……

TODHI

Ada juga kisah teman baikku, berbangsa india yang bawak curi masuk arak murah india, todhi ke dalam bilik.Walau seketat manapun, komando membuat check-up ,aqal remaja juga semakin bijak mencari peluang.Warna air F&N perisa zaple, ditukar dengan air todhi yang seakan-akan sama warnanya.Fuuh, memang penjenayah muda berjaya.

Sebuah lagi kisah menarik ; kisah hantu ! Asrama tidak lari dari kisah ini.Tapi, inilah satu-satunya pengalaman yang ada unsur hantu, yang pernah dialami .

Kisah kali ini, cukup manis untuk dikenang.Diambil cadar putih katil plkn, dan dibalut dari bawah sampai keatas.Dijadikan umpama si mayat hidup.Diikat penghujung bawah dan atas; hanya mampu melompat.Beberapa malam, aktiviti ini banyak mendatangkan hasil.Ramai yang terkena.

Namun, disuatu malam yang malang, setelah persiapan dilakukan, mayat hidup juga sudah siap diikat ,lalu langkah pertama baru nak bermula.Tiba-tiba Komando muncul dibelakang. Lari tempiaran budak-budak.Tinggallah hantu pocong, terpinga-pinga.

” haaah,kamu ! ” -setelah ditangkap ,dan disoal ; dijawabnya pula ;saya menjadi mangsa komando.Ada kawan yang ikat saya.Saya sedang tidur dan tidak sedar. Tahu-tahu dah diikat.

Mahu ditipunya orang yang lebih berpengalaman.Alamaknya, padahlah .Moralnya ,jangan banyak sangat seronok, nanti ada kesedihan yang muncul tiba-tiba.

MEWAH BERSUKAN

Rutin pagi hujung minggu juga, pelbagai aktiviti dilakukan.Berkayak , berkenu  dan juga kemahiran abseling.

Dengan kehadiran beberapa  budak sukan, antaranya budak taekwando kebangsaan, wakil ping-pong negeri dan tomoi siam ,kadang-kadang buat kami, saling ingin belajar antara satu sama lain.Sempat juga, aku belajar beberapa jurus taekwando dari sahabat indiaku, tapi sekarang semua dah hilang .

Hidup 3 bulan bersama, bermain bersama ,dimarah bersama ,geram bersama , dan kadang-kadang bila sudah rasa aeolah-olah sebuah keluarga, pasti waktu berpisahlah yang paling perit.

NASYID

Sempat kami meninggalkan kem plkn, dengan 2 buah nasyid.Bertemakan persahabatan dan bertemakan kesedaran.Setelah tamat ,ternyata banyak yang terbuku dihati, masing-masing luahkan.Nilaian persahabatan, sungguh indah.Apatah lagi bertemu dan berpisah kerana Allah.Atas tautan akidah.

Kisah keluarga di belakang surau…masing-masing membuka cerita…ada yang pahit..ada yang manis…ada yang pernah keluar di dada akhbar tempatan.

Juga, pengalaman bernasyid menganti gitar didalam bilik guard tengah malam, banyak pengajarannya.Anak muda, kalau kena gayanya, akan lebih kedepan mendekati islam.

Apa yang pasti, pengalaman plkn membawa satu mesej bahawa kemahiran bercampur dengan pelbagai latar belakang sasaran dakwah ,memberikan satu ruang pandangan yang baru.Berbeza sekali dengan suasana apabila masing-masing berlatar belakangkan sekolah agama,ketika di usia persekolahan.

ULAM PLKN

teman2

Komando yang paling ku rapat, mengawasi squadron kami

Kadang kala, mengingati sesuatu peristiwa lama, banyak tersimpan pengajaran buat menghadapi masa kini.Ulam plkn;  memberi satu tanda juga bahawa kesabaran pasti akhirnya ada kemanisan.

JYUKEN, INGAT KESABARAN DI PLKN.

Ganbarou.Saigo no saigo made.

Mesti lepas jyuken.

Jadi kuat selalu, untuk bina keluarga yang kuat.

TEKNIK BERHASIL

Bercerita, benar-benar satu kaedah melapangkan minda.

Bersama menanti kedatangan ramadhan.

(di mana PRIORITY? Jom tepuk dada tanya iman..)

Kontrak JPA                                                                        Kontrak Allah

* Sehelai kertas berwarna biru

*  Isi-isi kontrak:

  1. Benefit= Berapa banyak biasiswa/elaun setiap bulan
  2. Tanggungjawab yang perlu dipikul=belajar dan grad dalam masa yang ditetapkan
  3. Larangan=larangan utk kahwin,kerja part-time etc
  4. Suruhan=kena hantar result ke embassy every semester,dapatkan result yang cemerlang etc
  5. Tempoh laksanakan kontrak=4 tahun bg engineering Japan

*  Sebab kita mahu, rela dan berkelayakan,JPA bagi kita kontrak ini.

*  Ramai yang berjaya laksanakan kontrak ini walaupun ada sebilangan yang gagal di pertengahan jalan=sebab nak grad,dapat kerja dan takut kena bayar ganti rugi kalau gagal

*  Kontrak ini diingat hampir setiap hari sepanjang tempoh pengajian

* Kita struggle laksanakan kontrak,untuk grad,balik Malaysia,kerja,kumpul duit,mati (END)

*  Al-Quran dan hadis

* Isi-isi kontrak:

  1. Benefit=nikmat pancaindera,rezeki,alam yang indah ini,tak terhitung banyaknya nikmat dr Allah
  2. Tanggungjawab= ibadah (51:56) dan khalifah (2:30)
  3. Larangan=dosa besar dan dosa kecil
  4. Suruhan= ibadah fardhu (yang paling besar SOLAT) dan ibadah sunat
  5. Tempoh  laksanakan kontrak=selagi hayat dikandung badan (umur purata manusia:60~70 tahun shj)

* Sebab sebelum kita dihantar ke dunia,kita telah berjanji dengan Allah yang kita sanggup pikul amanah di dunia nih

*  Ramai manusia yang zalim sbb dah sapu habis benefit dulu,tapi x laksanakan kontrak

*  Sepatutnya kena baca kontrak ini setiap hari,x boleh lupa walau sesaat.

*  Setakat mana pelaksanaan kontrak menentukan nasib di alam barzakh dan akhirat yang kekal(NO ENDING)

Sumbangan dari http://iniceritakita.wordpress.com/.

Buat muhasabah bersama.

“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia, nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat.

Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat, dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim, nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat.

Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

ukhuwah dan mahabbah

*gambar seni, credit dakwah dari brother falah

Al-deenul naseehat.

Agama itu asasnya nasihat.Setiap yang beragama, hidupnya cerah dengan nasihat. Tidak kira seorang itu Budhism ataupun Kristian, namun yang beragama itu ada disiplinnya dalam kehidupan.

Apatah lagi ,jika ana dan antum ; kita semua yang bergelar muslim.  Bertindaklah dalam ruang kemampuan kita. Berusahalah semampu kita.

” Hidup ini, dalam berpenah lelah. Kemanisan itu, dalam bekerja keras kerana Allah. “, pesan sahabat ana.

NASIHAT ITU BERHIKMAH

Buat teman-teman di tanah air, selamat menasihati dalam ruangan keupayaan antum.Biarpun nasihat umpama dari anak kecil kepada gergasi besar ! Tapi, tidakkah dikatakan keberanian yang terbesar itu adalah menyatakan kezaliman didepan musuh mu, yang punyai kuasa ke atas sekalian kamu !!

*****

” Tuan Pengetua bersalah! Mengapa kami, ajk surau yang di rotan, disebabkan ada surat layang daripada pengawas, yang mengatakan ada rokok di dalam tandas surau ? ” ,adu seorang ajk yang tubuh berisi,yang sudah dipiat punggungnya.

” Melawan kamu, yer ! Orang tua pun, berani kamu lawan ! Agama tak ajaq kamu ker ! Ajk surau, tapi akhlak…… ” kata-kata pengetua tergantung. Mungkin dalam nada tersangat marah, ataupun ada kezaliman yang terlepas pandang ! Atau mungkinkah sengaja di  ” Lepas Tangankan . “

Tidakkah ada benar, ajk surau yang tidak bersalah mengemukakan haknya ? Salahkah dia bersuara ingin meminta keadilan buat dirinya ? -Wajarkah dia berdiam ,menerima seadanya dan terus bersabar ?!

Pengecut lah, begitu !!!

Kezaliman harus dibela pada tempatnya !

NASIHAT BUAT ADIK-ADIK

” Adik aan, ii dan yaa ; nak sangat tengok adik-adik beraya dengan berjubah pada pagi raya ni, insyaAllah. “, nasihat ana buat adik ii, semalam.

” Jubah sekarang mahal-mahal. Yang 60 ringgit pun, yang kain dok berapa molek. Kalu berduit nanti, ii beli laa.”, balas adik ii.

” Duit tak boleh beli harga sebuah taqwa, adik .” ,hebat sungguh ana menyusun ayat.Aduh.

Apa yang sempat ana kongsi jugak adalah, andai kata adik-adik ana pakai jubah, jauh sekali kita nak bermewah atau bergaya dengan jubah  yang hebat-hebat, tapi sebaliknya niatkanlah : sahaja aku berjubah untuk mendidik diriku dengan sifat malu seorang muslimat dan memelihara pandangan dari lelaki ajnabi.

Maka, adik-adik akan dipandang sebagai nisa’ yang baik-baik.Hal ini juga sudah dinyatakan dalilnya didalam al-Quran.

Ya, ana cukup segan dengan sosok tubuh insan yang berjubah. Segan ini, kerana semangat yang ada pada diri mereka untuk mendidik diri.Lahir dari rasa ingin lebih dekat dengan DIA yang Esa, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Semoga adik-adik ana, memilih jubah sebagai pakaian utama adik-adik, insyaAllah.

Adik-adik, nanti bila abang sudah sampai masa nak pilih kakak ipar buat adik-adik, calon berjubah lah yang ingin dicari.

” Nakal sungguh, abang hambe ni. ” , celoteh adik ana lagi mengakhiri perbualan kami yang jarang-jarang hadir peluang.

Ad-deenul nasihat.

Nasihat diri, itulah yang paling utama.InsyaAllah.

” Nasihat abang, pilihlah warna yang lembut dan kurangkan hiasannya. “

jubah lembut

Nisa’ itu, manisnya bukan pada penonjolan diri, tapi betambah penghormatan dari ar-rijal, bilamana ketegasannya bertempat ! Kelembutannya ada batasan !

Selamat mendidik diri, adik-adik ana.

teman2 Alhamdulillah ,baru selesai 2 paper untuk exam pertengahan semester.InsyaAllah ,akan sambung semula pada minggu depan.

PENGAJIAN KOLEJ

Pengajian di kolej teknologi jepun, seakan-akan sama, tapi sedikit berbeza ,jika dibandingkan dengan politeknik atau sistem kolej-kolej teknologi di malaysia.

Berada dalam program bekembar , kami perlu menempah tiket masuk ke universiti terlebih dahulu, sebelum tamat pengajian di kolej.Berbeza dengan sistem di tanah air, ( khusus buat pelajar-pelajar kampus ), jika ingin menyambungkan pengajian ke peringkat seterusnya, CGPA akan diukur.CGPA juga dapat diperolehi setelah tamat pengajian keseluruhan semester.

KOUSEN

Namun, diperingkat kolej teknologi, atau lebih dikenali sebagai kousen di jepun, para pelajar akan berdikari, berulang alik ke universiti-universiti yang menyediakan ruang kemasukan untuk menerima pelajar.Ada juga yang akan mendapat suisen iaitu sistem recomendation daripada pensyarah pusat pengajian/kousen.

Kebanyakan pelajar malaysia dihantar ke jepun, akan terus diterima masuk ke universiti.Namun, ada juga satu program yang menuntut pelajar menerima pengajian selama 3 tahun di peringkat diploma dan ditambah selama 2 tahun diperingkat ijazah.Jika tidak silap ,sistem ini juga digunapakai untuk sesetengah pengajian di negara lain.

SEMUA DAH LEPAS

Kini ,musim menempuh ujian kemasukan ke universiti bagi pengajian diploma di jepun ,semakin tamat. Melihat rakan-rakan sekeliling yang sudah menerima tiket masing-masing, kadang kala diri akan terasa sedikit lemah.Namun, sikap negatif tidak akan kemana, sebaliknya sentiasalah ubat diri dengan kata-kata semangat.InsyaAllah, Allah akan berikan jalan terbaik.

KASIH SAYANG IBU

” Ada orang akan dapat cepat, adakala Allah nak bagi lambat sikit…semua tu, ujian dari Allah…”,nasihat dari ibu.

” Sayang ibu, sayang selalu. Sayang ayah, sayang menurut kata.Sayang sahabat, sayang sesama ada. “, begitu pesan datuk.

Tadzkirah dari sahabat ana, Naim; ketika di meja makan asrama, masih segar.

Kadang kala, kejujuran kata-kata sahabat mudah kita pegang,apatah lagi jika kata-kata tersebut terbit sambil ada air mata yang sedikit tumpah dipipi sahabat ana ini.

Benar…

Fitrah seorang ibu, jika anak dia baik, ibu lagi sayang.

Jika anak ibu, kurang baik atau nakal, ibu sayang juga.

Jika anak ibu cerdik dan pintar, ibu lagi sayang.

Jika anak ibu kurang pintar ,ibu akan tetap sayang.

*****

Pendek kata, kasih sayang seorang ibu tidak berbelah bagi.Sayang selalu.

Sayang sokmo, kata orang sebelah timur.Begitu, Naim dan ana menyimpulkan pada perkongsian rasa kami.

Buat sahabat-sahabat yang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran, baik menempuh imtihan dan segala ikhtibar, ana doakan semoga ana dan antum semua sentiasa tabah, terus bersemangat dan tidak mudah menyerah.perjuangan

Biar sedikit sekali harapan yang masih ada, tapi sentiasalah perbaharui ia dengan doa padaNya.Biar seluruh manusia memandang rendah padamu, cukuplah hanya ada Allah sebagai sandaran.

Salam Syaaban buat semua.Semoga bertambah amalan di bulan mulia ini.InsyaAllah.

Bantu dan lorongkanlah kami ,jalan yang baik di sisiMu, duhai Tuhanku.

” Orang beriman, hatinya sejuk mengingat TuhanNya.

Bila jatuh ,ingat pada Tuhan.

Bila senang, kembali ingat pada Tuhan.

Bila sedih, hati ingat pada Tuhan.

Pokok pangkalnya, segalanya kembali pada Tuhan.

Bila berhadapan dengan manusia, bermanis muka..

Bila berbicara dengan Tuhan, rendah diri dengan air mata..

Indah sekali ,ujian dari Tuhan. “

Semalam ,sempat mendengar beberapa minit kuliyah pelembut hati dari ustaz Aagym.Kuliyah ulangan.Tapi, tak jemu-jemu.Kadang-kadang bila kita solat, kita selalu ingatkan benda lain yang di luar solat.Solat itu, pokok pangkalnya tiang pada agama.

Jika dikaitkan pada belajar, ketika belajar, ada kala fikiran ingat pada benda lain.Tidak khusyuk sudah ertinya dalam belajar.Pokoknya lagi, khusyuk itu bagaimana ya?- Tidak ingatkan apa-apa ?-Itukah erti khusyuk ?

Pesan ustaz Aagym lagi, khusyuk itu sejauh mana kita tumpu pada konsentrasi.Bila solat, sekali fikiran terawaaang aja, cepat-cepat kita tangkapnya semula.Sekali fikiran terlepas lagi, sekali lagi kita berusaha menangkapnya.

Rasulullah saw dulu, ketika ada bayi menangis di belakang, di saff makmun, lalu dicepatkan solat baginda.Tidak khusyukkah baginda, sebab terganggu dengan tangisan bayi itu? -pastinya tidak, sebaliknya rasulullah saw ingin supaya hati ibu bayi tadi, tidak bisa terganggu dan gusar hati dengan bayinya.Mulia sekali rasulullah saw,bukan.

Ada cucu baginda saw, naik atas pundak belakang rasulullah saw, lalu baginda memanjangkan waktu sujudnya.Tidak khusyukkah juga baginda kerana cucunya ?- tidak sekali . Tapi, itu tandanya kasih Rasulullah saw pada cucunya.Indah sekali akhlak baginda, bukan.

Maha suci Allah, kisah ini masih lagi dapat kita renungi.
kasih sayang

Belajar juga begitu, sekali fikiran kita lari, cepat-cepat berusaha tangkapnya kembali.Sekali lagi fikiran kita jauh terawang lagi, sekali lagi kita kembalikan semula.Kembalikan pada jalannya yang benar.Kembalikan pada fitrah.

Belajar itu amanah.Amanah dari ibu bapa. Belajar itu harapan. Harapan dari adik-adik. Belajar itu neracanya kejayaan dan kegagalan.Berusahalah lagi dan lagi.

Allah

” Usaha itu hak kita, keputusan itu hak DIA.” -begitu pesan nasihat dari seorang sahabat.Jazakallah.

Bersangka baiklah selalu dengan Allah.

doa

« Previous PageNext Page »