Tarbiyah


saw

wajah bercahaya

Memandang wajah ulama cukup menenangkan. Raut wajah yang cukup lembut . Tanda hati yang cukup dekat dengan Allah .

Apatah lagi ,memandang wajah pewaris yang mempunyai keturunan terus dengan Rasulullah saw .

Memetik kata -kata seorang ustaz , jika kita rasa kecintaan dengan memadang wajah beliau ,yang merupakan pewaris Rasulullah saw , bayangkanlah apatah lagi jika kita memandang raut wajah lembut Rasulullah saw.

Semoga Ramadhan dapat memberi sesuatu pencarian buat diri dan sahabat- sahabat .

Jagalah hati .

HATI

Hati memerlukan penjagaan yang cukup rapi.Baik seketul hati, baik seluruhnya.Jika ada sebarang ingatan yang tidak baik, akhlak yang kurang elok ,antara puncanya juga akibat pencemaran yang berlaku pada hati.

Belajar.

Menuntut ilmu.

Melihat kezaliman, perasaan membara timbul.Dari mana ia datang ,jika tidak dari hati ? Melihat muslim ditindas, hati rasa inginkan keadilan. Melihat syuhadah marwa dibunuh di negara canggih ,hati rasa terhiris.Melihat islam difitnah di media ,hati rasa cukup geram.

Cukupkah sekadar  itu…

Aku menyusun papan catur pemikiran.

Melihat kembali sejarah silam.

Buku sejarah dan sirah adalah rujukan terbaik, untuk mendidik semangat di hati.

Dalam mengenal sejarah yang jujur dan teladan sirah, aku dapat mengenal siapa diriku.

MENGENAL DIRI ,PASCA TARBIYAH HATI

Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa?”

-Hasan al-Banna

solah
SIAPA AKU

Dalam nafas yang cukup dalam, aku meneliti jawapan.

SIAPA MEREKA
hamba Allah

BUAT RUJUKAN DIRI

(From Left to Right)

1st Row
Spartacus [link]
Attila the Hun [link]
Saladin [link]
William Wallace [link]
Gazi Osman Pasha [link]
Hassan-i Sabbah [link]

2nd Row
Fatih Sultan Mehmed [link]
Mustafa Kemal Atatürk [link]
Alija Izetbegović [link]
Imam Shamil [link]
Nelson Mandela [link]
Ruhollah Khomeini [link]

3rd Row
Mohandas Karamchand Gandhi [link]
Dzhokhar Dudayev [link]
Abdel Aziz al-Rantissi [link]
Yasser Arafat [link]
Che Guevara [link]
Subcomandante Marcos [link]

4th Row
Emiliano Zapata [link]
Malcolm X [link]
Patrice Lumumba [link]
Omar Mukhtar [link]
Izz ad-Din al-Qassam [link]
Hassan al-Banna [link]

5th Row
Shamil Basayev [link]
Mostafa Chamran [link]
Ospan Batyr [link]
Eşref Sencer Kuşçubaşı [link] Turkish (Member of Ottoman Imperial Government Special Forces [link] )
Sayyid Qutb [link]
Ahmed Yassin [link]

6th Row
Filiberto Ojeda Ríos [link]
Rachel Corrie [link]
Barat Hacı [link] Turkish
Hassan Nasrallah [link]
Juba (Sniper) [link])
Muntadhar al-Zaidi’s Shoes [link]

Mahu ku tahu pemikiran mereka, dalam mencorakkan pemikiranku.

Supaya dapat ku pelihara hatiku.

Iman di hati perlukan usaha.Semoga iman di hati sahabat-sahabat ada peningkatannya.

lailatul

TAZKIYATUL NAFS / PEMBERSIHAN JIWA

Suka benar, dengan kunjungan ke laman akak yang dirahmati Allah.

Alunan dzikir -Allah(1) syamil ,cukup lembut.Pada ruangan ‘ soothing our soul and mind ‘.

Suka untuk memetik kata-kata di blog beliau buat ingatan pada diri.

” Jujurnya ana tiada modul tertentu dalam menulis. Tiada niche bahasa dan topik. Ana lebih suka menulis sesuatu yang berbentuk pembersihan jiwa/tazkiyatun nafs dan jika ilmiah ia betul-betul ilmiah ATAU dengan sedikit analisa dari pengalaman sendiri/orang lain namun MAHU memusatkan fokus(twist) pembaca kepada isu/topik dan bukan pengalaman diri ana sendiri. Sesuatu yang dekat dengan jiwa. Yang datang dari hati. ” -ukht alQassam.

Bangsa yang telah membuktikan, sesiapa sahaja yang mengambil Islam, akan beroleh kemuliaan yang dijanjikan Tuhan – laman saifulislam.com.

Aku masih jauh dari kenal siapa tokoh Badiuzzaman Said al-Nursi ini..

Nasihat buat anak muda yang ustaz tuliskan ,aku tujukan khas buat ingatan diriku.

“Sesungguhnya usia mudamu akan pergi meninggalkan kamu. Andai kamu tidak mengekalkan diri dalam lingkungan Halal, maka usia muda bukan sahaja akan hilang nikmat kebahagiaannya, malah ia akan menganugerahkan kamu kebinasaan dan penderitaan dalam kehidupan dunia ini, di alam kubur dan di Akhirat sana. Namun dengan Tarbiyah Islam, engkau pasti akan membelanjakan usia mudamu dalam syukur dan penuh kemuliaan, dengan kebajikan dan ketaatan, dan semua itu akan berterusan hingga kamu mencapai kemudaan yang abadi di Sana nanti…”-pesanan Badiuzzaman Said al-Nursi.

Masa muda…

Anak muda..

Pemuda-pemuda..

Aku terus jatuh cinta..cintaku pada masyarakat turki.Aku menanam azam bahawa satu hari nanti, aku ingin menyentuh turki.Biar sekalipun tidak dengan berpijak dengan negaranya.sekurang-kurangnya aku bisa ketemu dengan pemuda-pemuda turki yang dipenuhi dengan rasa ukhuwah.

Dalam diam, aku mengakui pemuda turki mampu berkehadapan dalam memimpin ummah dalam membangunkan islam.

Bangunan baru islam.

Pemuda-pemuda roh baru.

Semoga aku dan kalian juga, becita-cita menjadi roh baru itu.

Ramadhan ,semoga aku tidak sabar menerima didikan tarbiyah mu.

-jazakallah ustaz hasrizal, atas sentuhan pengembaraan dakwah lembutmu.Hatiku tersentuh.Ku ulang beberapa kali , alunan lagu Kervansaray.

(di mana PRIORITY? Jom tepuk dada tanya iman..)

Kontrak JPA                                                                        Kontrak Allah

* Sehelai kertas berwarna biru

*  Isi-isi kontrak:

  1. Benefit= Berapa banyak biasiswa/elaun setiap bulan
  2. Tanggungjawab yang perlu dipikul=belajar dan grad dalam masa yang ditetapkan
  3. Larangan=larangan utk kahwin,kerja part-time etc
  4. Suruhan=kena hantar result ke embassy every semester,dapatkan result yang cemerlang etc
  5. Tempoh laksanakan kontrak=4 tahun bg engineering Japan

*  Sebab kita mahu, rela dan berkelayakan,JPA bagi kita kontrak ini.

*  Ramai yang berjaya laksanakan kontrak ini walaupun ada sebilangan yang gagal di pertengahan jalan=sebab nak grad,dapat kerja dan takut kena bayar ganti rugi kalau gagal

*  Kontrak ini diingat hampir setiap hari sepanjang tempoh pengajian

* Kita struggle laksanakan kontrak,untuk grad,balik Malaysia,kerja,kumpul duit,mati (END)

*  Al-Quran dan hadis

* Isi-isi kontrak:

  1. Benefit=nikmat pancaindera,rezeki,alam yang indah ini,tak terhitung banyaknya nikmat dr Allah
  2. Tanggungjawab= ibadah (51:56) dan khalifah (2:30)
  3. Larangan=dosa besar dan dosa kecil
  4. Suruhan= ibadah fardhu (yang paling besar SOLAT) dan ibadah sunat
  5. Tempoh  laksanakan kontrak=selagi hayat dikandung badan (umur purata manusia:60~70 tahun shj)

* Sebab sebelum kita dihantar ke dunia,kita telah berjanji dengan Allah yang kita sanggup pikul amanah di dunia nih

*  Ramai manusia yang zalim sbb dah sapu habis benefit dulu,tapi x laksanakan kontrak

*  Sepatutnya kena baca kontrak ini setiap hari,x boleh lupa walau sesaat.

*  Setakat mana pelaksanaan kontrak menentukan nasib di alam barzakh dan akhirat yang kekal(NO ENDING)

Sumbangan dari http://iniceritakita.wordpress.com/.

Buat muhasabah bersama.

Al-deenul naseehat.

Agama itu asasnya nasihat.Setiap yang beragama, hidupnya cerah dengan nasihat. Tidak kira seorang itu Budhism ataupun Kristian, namun yang beragama itu ada disiplinnya dalam kehidupan.

Apatah lagi ,jika ana dan antum ; kita semua yang bergelar muslim.  Bertindaklah dalam ruang kemampuan kita. Berusahalah semampu kita.

” Hidup ini, dalam berpenah lelah. Kemanisan itu, dalam bekerja keras kerana Allah. “, pesan sahabat ana.

NASIHAT ITU BERHIKMAH

Buat teman-teman di tanah air, selamat menasihati dalam ruangan keupayaan antum.Biarpun nasihat umpama dari anak kecil kepada gergasi besar ! Tapi, tidakkah dikatakan keberanian yang terbesar itu adalah menyatakan kezaliman didepan musuh mu, yang punyai kuasa ke atas sekalian kamu !!

*****

” Tuan Pengetua bersalah! Mengapa kami, ajk surau yang di rotan, disebabkan ada surat layang daripada pengawas, yang mengatakan ada rokok di dalam tandas surau ? ” ,adu seorang ajk yang tubuh berisi,yang sudah dipiat punggungnya.

” Melawan kamu, yer ! Orang tua pun, berani kamu lawan ! Agama tak ajaq kamu ker ! Ajk surau, tapi akhlak…… ” kata-kata pengetua tergantung. Mungkin dalam nada tersangat marah, ataupun ada kezaliman yang terlepas pandang ! Atau mungkinkah sengaja di  ” Lepas Tangankan . “

Tidakkah ada benar, ajk surau yang tidak bersalah mengemukakan haknya ? Salahkah dia bersuara ingin meminta keadilan buat dirinya ? -Wajarkah dia berdiam ,menerima seadanya dan terus bersabar ?!

Pengecut lah, begitu !!!

Kezaliman harus dibela pada tempatnya !

NASIHAT BUAT ADIK-ADIK

” Adik aan, ii dan yaa ; nak sangat tengok adik-adik beraya dengan berjubah pada pagi raya ni, insyaAllah. “, nasihat ana buat adik ii, semalam.

” Jubah sekarang mahal-mahal. Yang 60 ringgit pun, yang kain dok berapa molek. Kalu berduit nanti, ii beli laa.”, balas adik ii.

” Duit tak boleh beli harga sebuah taqwa, adik .” ,hebat sungguh ana menyusun ayat.Aduh.

Apa yang sempat ana kongsi jugak adalah, andai kata adik-adik ana pakai jubah, jauh sekali kita nak bermewah atau bergaya dengan jubah  yang hebat-hebat, tapi sebaliknya niatkanlah : sahaja aku berjubah untuk mendidik diriku dengan sifat malu seorang muslimat dan memelihara pandangan dari lelaki ajnabi.

Maka, adik-adik akan dipandang sebagai nisa’ yang baik-baik.Hal ini juga sudah dinyatakan dalilnya didalam al-Quran.

Ya, ana cukup segan dengan sosok tubuh insan yang berjubah. Segan ini, kerana semangat yang ada pada diri mereka untuk mendidik diri.Lahir dari rasa ingin lebih dekat dengan DIA yang Esa, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Semoga adik-adik ana, memilih jubah sebagai pakaian utama adik-adik, insyaAllah.

Adik-adik, nanti bila abang sudah sampai masa nak pilih kakak ipar buat adik-adik, calon berjubah lah yang ingin dicari.

” Nakal sungguh, abang hambe ni. ” , celoteh adik ana lagi mengakhiri perbualan kami yang jarang-jarang hadir peluang.

Ad-deenul nasihat.

Nasihat diri, itulah yang paling utama.InsyaAllah.

” Nasihat abang, pilihlah warna yang lembut dan kurangkan hiasannya. “

jubah lembut

Nisa’ itu, manisnya bukan pada penonjolan diri, tapi betambah penghormatan dari ar-rijal, bilamana ketegasannya bertempat ! Kelembutannya ada batasan !

Selamat mendidik diri, adik-adik ana.

” Orang beriman, hatinya sejuk mengingat TuhanNya.

Bila jatuh ,ingat pada Tuhan.

Bila senang, kembali ingat pada Tuhan.

Bila sedih, hati ingat pada Tuhan.

Pokok pangkalnya, segalanya kembali pada Tuhan.

Bila berhadapan dengan manusia, bermanis muka..

Bila berbicara dengan Tuhan, rendah diri dengan air mata..

Indah sekali ,ujian dari Tuhan. “

Semalam ,sempat mendengar beberapa minit kuliyah pelembut hati dari ustaz Aagym.Kuliyah ulangan.Tapi, tak jemu-jemu.Kadang-kadang bila kita solat, kita selalu ingatkan benda lain yang di luar solat.Solat itu, pokok pangkalnya tiang pada agama.

Jika dikaitkan pada belajar, ketika belajar, ada kala fikiran ingat pada benda lain.Tidak khusyuk sudah ertinya dalam belajar.Pokoknya lagi, khusyuk itu bagaimana ya?- Tidak ingatkan apa-apa ?-Itukah erti khusyuk ?

Pesan ustaz Aagym lagi, khusyuk itu sejauh mana kita tumpu pada konsentrasi.Bila solat, sekali fikiran terawaaang aja, cepat-cepat kita tangkapnya semula.Sekali fikiran terlepas lagi, sekali lagi kita berusaha menangkapnya.

Rasulullah saw dulu, ketika ada bayi menangis di belakang, di saff makmun, lalu dicepatkan solat baginda.Tidak khusyukkah baginda, sebab terganggu dengan tangisan bayi itu? -pastinya tidak, sebaliknya rasulullah saw ingin supaya hati ibu bayi tadi, tidak bisa terganggu dan gusar hati dengan bayinya.Mulia sekali rasulullah saw,bukan.

Ada cucu baginda saw, naik atas pundak belakang rasulullah saw, lalu baginda memanjangkan waktu sujudnya.Tidak khusyukkah juga baginda kerana cucunya ?- tidak sekali . Tapi, itu tandanya kasih Rasulullah saw pada cucunya.Indah sekali akhlak baginda, bukan.

Maha suci Allah, kisah ini masih lagi dapat kita renungi.
kasih sayang

Belajar juga begitu, sekali fikiran kita lari, cepat-cepat berusaha tangkapnya kembali.Sekali lagi fikiran kita jauh terawang lagi, sekali lagi kita kembalikan semula.Kembalikan pada jalannya yang benar.Kembalikan pada fitrah.

Belajar itu amanah.Amanah dari ibu bapa. Belajar itu harapan. Harapan dari adik-adik. Belajar itu neracanya kejayaan dan kegagalan.Berusahalah lagi dan lagi.

Allah

” Usaha itu hak kita, keputusan itu hak DIA.” -begitu pesan nasihat dari seorang sahabat.Jazakallah.

Bersangka baiklah selalu dengan Allah.

doa

Alhamdulillah, walhamdulillah, walhamdulillah a’la kulli ni’mat.Syukur kepada Allah swt atas segala nikmat yang dianugerakanNya.

hokuriku

tokai

tohuku

Semalam, saya sempat menghadiri satu slot sehari mencari ilmu agama bersama program Jalinan Ukhuwah IPIJ.Diantara 3 program yang dianjurkan, saya berpeluang untuk menghadiri programnya yang terakhir sahaja iaitu Jalinan Ukhuwah Hokuriku 09.Hokuriku merupakan bahagian jepun yang menghala ke bahagian atas.

Sepanjang mengikuti program ini, bermula dari waktu rasminya iaitu jam 10 pagi dan tamat sekitar jam 4.30 petang, banyak mutiara peristiwa yang ingin dikongsi bersama.Talk disampaikan oleh scholars di lingkungan tempatan.Pada program kali ini, penyampainya terdiri dari Brother Khalid dari Egypt dan Brother Fauzi dari Malaysia.Lokasinya adalah di masjid Nigata yang baru saja dalam proses dibangunkan.Masih belum siap sepenuhnya.

Sebuah masjid yang dibina atas dasar pergantungan penuh dengan Allah swt.Sebuah masjid yang dibina atas dasar taqwa yang cukup tinggi.Kenyataan ini, dapat saya simpulkan setelah saya sendiri mendengar proses dan peristiwa yang membawa kepada tertubuhnya masjid Nigata ini.

Masjid yang cukup baik kemudahan dan perancangan infrastrukturnya.

Masjid yang menitikberatkan kelansungan jangka panjang, baik dari sudut dakwah kepada masyarakat sekitarnya; juga kepada kemasukan income kewangan yang dijadikan sumber pusingan modal untuk kewangan masjid pada masa akan datang.

” Ramai orang tidak sangka dengan tempoh tertubuhnya masjid ini.Dimana sumber kewangannya yang datang.Hanya pada Allah swt, DIA lah yang mempermudahkan segala-galanya. “-pesan Bro Khaled diakhir kata-katanya ketika sesi penerangan kepada tertubunhya masjid.

*****

Kami tiba awal di masjid ini.Malam sebelum program.

Jadi, kami ( beberapa junior; bai, haris,faiz dan seorang senior; naim ) merupakan tetamu awal yang bermalam di masjid tersebut.Alhamdulillah.Sempat juga kami berbincang kisah keluarga masing-masing setelah bacaan surah al-Mulk.Perjumpaan ringkas, tapi banyak makna dalam mendekatkan lagi tautan hati antara kami.Usrah di luar usrah.

usrati di perantauan

sahabat-sahabat

usrati 2

Ketika proram berlansung, segalanya berjalan dengan baik.Kehadiran peserta juga cukup positif.Tahniah kepada tuan rumah ,warga universiti Nigata dan ajk ipij yang terlibat.Kerana usaha kalian, saya dan sahabat-sahabat yang lain juga dapat merasai kemanisan islam.(juga segalaNya dari Allah)

Suasana talk , saya rasakan cukup meriah.Sambil mendengar kuliyah, di sebelah kanan, kedengaran translation dari bm ke english untuk brothers dari egypt.Di sebelah kiri pula,kedengaran kata-kata translation dari bm ke bahasa jepun.(nihongo) .Kehadiran Fitri, atau nama sebenarnya Sase Takumi, seorang saudara islam baru; cukup membuatkan program kali ini lebih manis.Fitri, kembali kepada fitrah ; merupakan seorang pelajar kejuruteraan mekanikal tahun akhir, diperingkat ijazah.Jernih wajah nya, cukup membuatkan diri ini terasa betapa luhurnya hati saudara baruku ini.

Fitri, moga bersua lagi.InsyaAllah.

*****

Program kali ini juga lebih bermakna lagi, apabila isi kuliyah nya banyak berkisah pada basic islam.Tapi disampaikan dengan kaedah yang lebih segar.Kecantikan islam harus lebih disebar luaskan lagi.Seharusnya, polis jepun juga akan tertarik dengan kebaikan dan keindahan islam ! Tidak lagi dengan hujjah terrorist dan terma terrorism ! AbuLahab dan Abu Jahal juga pernah mencuri dengar bacaan Al-Quran dari Rasulullah saw dan bertembung dimalam hari gara-gara curi dengar ! Semua terpahat dan terususun baik dalam lipatan sejarah islam.Indahnya Islam.

*****

Brother Khaled ;  kadang- kadang ada air mata yang menitis lembut dipipinya.

” …pernah suatu malam , ana melihat 3 orang anak muda islam minum arak di tepi jalan.”-cerita Brother Khaled.

Jika tidak silap pemerhatian saya, 2 kali titisan lembut air mata ,mengalir di pipi Brother Khaled.Pertamnya, ketika dialog diatas kerana terluka dengan peristiwa tersebut dan kerendahan nilai moral pelajar islam.Dan buat kedua kalinya, ketika kisah peperangan Yarmuk ,bilamana umat islam gentar dengan kekuatan bilangan musuh.Namun, kata seorang sahabat ,aku berani maju kedepan dan ingin syahid.Inilah tujuan kita! Nanti, bila di syurga Sana, aku akan bertemu dengan Rasulullah .Aku akan bertemu dengan sahabat baginda.Aku akan bertemu dengan Saidina Umar radhiallahuanhu! Aku akan bertemu dengan Saidina Abu Bakar radiallahuanhu! Aku akan bertemu dengan ramai lagi sahabat baginda…!

bro khaled

Lalu, ada air mata yang mengalir membasahi pipi Brother Khaled.Allahuakbar ! Subhanallah ! Dah lama, saya tidak melihat sendiri ada insan yang menitis air mata, tika ingatan pada Rasulullah saw dikisahkan.Ya, saya cukup rindukan suasana itu. Ia sebahagian dari tasawwuf hati.

Point penting ,dari talk beliau yang ingin dikongsi buat masa ini adalah hatta di jepun,atau dimana-mana sekalipun, jangan sesekali segan untuk memperlihatkan identiti islam dan muslim.Jagalah solat pada waktunya.

InsyaAllah, akan saya ceritakan lagi di penulisan akan datang.

masjid nigata

Masjid Nigata, dalam proses akhir pembinaan.

*****

Semoga kami dapat singgah lagi kesana,insyaAllah.

ketenangan

Ketenangan rumah Allah.

Salam bulan Rejab buat semua sahabat-sahabat.

1 Rejab 1430 Hijrah.24 Jun 2009.

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”
*****

Sahabat-sahabat berpuasa pada hari ini ? Alhamdulillah bagi yang dikurniakan nikmat melaksanakan ibadat padaNya.Bagi yang baru ingin bermula ,masih berpeluang untuk esok dan hari-hari seterusnya.

Bulan Rejab bulan Allah.Bulan Syaaban bulan Rasulullah,dan bulan Ramadhan bulan ummat.Ana juga hampir lupa.Terima kasih kepada sahabat ana,hafidz afifi yang mengingatkan.Rejab bulan taubat,Syaaban bulan muhibbah dan Ramadhan bulan dilimpahi amalan pahala.

Rejab ada ingatan Isra’ Mi’rajnya, Syaaban dengan Nisfu Syaaban dan Ramadhan dengan malam lebih baik dari seribu bulan.Selamat memburunya, buat diri dan semua sahabat.

Alhamdulillah, semalam juga baru selesai satu ujian kemasukan ke universiti.Masih berbaki lagi dan akan terus berusaha.Sepanjang proses untuk menghadapi ujian kemasukan ke universiti kelmarin, ana sempat bermalam dirumah sahabat ana.Memerhati kehidupan insan yang telah bekerja, banyak sekali pengalaman beharga yang dapat diterima.Banyak juga nasihat dan tunjuk ajar yang tersurat mahupun yang tersirat.Semalaman bermusafir,banyak sekali pengisian yang dapat diterima.

Sahabat, satu nikmat dari Ilahi.Alhamdulillah.Semoga kehidupan kita semua sentiasa dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang rindukan kasih sayang kerana Allah.

Selesai makan malam, kami sempat bertasmiq (saling memperdengarkan) doa.Doa mustajab dicari melalui internet.Beberapa laman dibuka.Setelah dikongsi, kami berazam untuk sama-sama mempraktikkan. Sahabatku juga, sempat berkongsikan beberapa doa amalannya.Doa mendapat isteri solehah dan anak-anak sebagai penyejuk mata juga, sempat kami kongsikan.

doa keluarga solehah

Dalam tawa kecil, malam itu cukup bermakna buat diri ini.

Kesunyian manusia itu sukar sekali diungkapkan.Namun, ana pasti temanku ini tidak sunyi bersama Allah.

Semoga bersua lagi,teman.Juga semakin dekat kita dengan Ramadhan.Mahu tahu berapa hari lagi ?

*****

1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada semua.
2. Berzikir akan menentukan “landscape” kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas.

sheikhuna sheikhuna sheikhuna sheikhuna

sheikhuna

sheikh Sedih, dengan kehilangan.

Syukran jazilan sheikhuna,  moga ana masih berkesempatan menghayati penulisanmu.

Takziah dan sekaligus tahniah, ana ucapkan kepada permata islam yang telah meninggalkan kita semua.Kembali kepada kekasih hakiki; Allahlah cinta terakhir bagi hamba-hambanNya yang berkasih sayang keranaNya.

Moga tidak hanya ana menangisi pemergian beliau, sebaliknya sebarkanlah kecintaan beliau iaitu mengajak manusia lebih mendekati kebaikan.Semoga semangat beliau, dapat ana contohi sekalipun di dalam medan pelajaran.

Sheikh, walaupun jasadmu meninggalkan kami, namun ilmu penulisanmu tidak sesekali kami sia-siakan.

Ana, anak muda yang masih belajar untuk mencintai islam.

Sheikh masih hidup dalam hati-hati kami, anak-anak muda yang cintakan islam.

muslimahSalam kembali ke sekolah buat adik-adik di tanah air.Gunakanlah kesempatan yang ada di sela cuti, bukan hanya untuk menyiapkan kerja sekolah semata-mata,namun berlumba-lumbalah untuk membaca dan menolong ibu dan ayah.

Sekadar pesanan ringkas buat adik-adikku.

Selamat berusaha juga buat diri .

Kejayaan diri, contoh buat adik-adik. Saling doa-mendoakan selalu,insyaAllah.

Next Page »