Sejarah


3 Jun 1964 merupakan tarikh kelahiran ibuku.Dilahirkan pada jam 2 pagi,insan inilah yang menjadi orang yang paling saya sayangi selepas Allah dan RasulNya.

Selamat Hari Lahir,ibu.

Secara jujurnya,inilah kali pertama saya mengucapkan selamat hari lahir buat seorang ibu.Tiada hadiah istimewa yang dihantar dari jauh.InsyaAllah mendoakan ibu dan ayah di setiap penghujung solat.Duhai Allah, ampunilah dosa-dosa  2 insan yang ku kasihi ini,sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu kecilku.Duhai Allah, ketika aku berada berdekatan dengan mereka,banyak sekali tingkah laku dan kata-kata yang menghiris hati mereka.Ampunilah hambaMu ini,duhai Allah.

Syukran jaziilan buat seorang ibu yang bernama Shamsiah Binti Mamat.Seperti maksud nama ibu , alhamdulillah anakmu ini dapat merasai nikmat cahaya islam dan sinaran iman.Doakanlah selalu,duhai ibu ,moga-moga anakmu ini sentiasa dibimbing dengan keredhoaan dari Allah swt.Seperti juga, ana bersyukur kerana namaku yang dipilih oleh ibu dan ayah sentiasa mendidik diriku untuk menjadi seorang hamba yang mencari keredhoaan Allah swt.

Ibu, jika dipenghujung kata-kata di telefon,selalu untuk anakmu ini mengatakan bahawa ibu, doakanlah semoga anakmu ini berjaya,tapi seringkali ibu akan balas bahawa mak dan ayah sentiasa mendoakan selalu.Ibuku tidak ada apa-apa pangkat di dunia ini.Namun, ibu mempunyai tempat yang paling istimewa dihati ini.Saat berada di wad pesakit ginjal, ibu dan ayahlah, insan yang banyak menitiskan air mata.Patah pergelangan tangan ketika ingin menyambut exam kemasukan ke Jepun,Monbu juga banyak membuatkan ibu cukup bimbang.Maafkan anakmu ini.

Syukur kepada Allah swt kerana saya memiliki seorang ibu dan ayah yang cukup menitikberatkan pesanan agama buat anak-anak.Semoga ibu sentiasa mendoakan kami,anak-anak menjadi pembantu agama Allah, sekalipun melalui bidang pelajaran.Ibu, doakan juga semoga ada cucu-cucu ibu yang begelar ulama’ ,insyaAllah.

Selalu pesan ibu, untuk mecari seorang isteri , pilihlah dari kacamata agama.Bukankah ada 2 syarat yang ibu selalu sebutkan,jika ada adik lelakiku berhajat untuk dipersatukan.Mak akan ajak untuk ke pasar beli ikan dan mak nak uji dengan sifat 20 puluh.Begitu pesan ibu dalam gurauan.Jazakallah ibu.

Semoga ibu tetap beristiqomah mendidik kami, anak-anak dengan didikan islam.Tegurilah kami.Kerana melalui ibu dan ayah jugalah, anakmu ini mengenal kasih sayang Allah swt dan RasulNya.Antara ibu dan isteri , ibulah yang paling utama.Inilah pesanan nasihat buat diri.Begitu juga apa yang turut diimpi oleh seorang isteri, bilamana dia inginkan seorang anaknya yang dilahirkan mecintai dirinya, sebagai seorang ibu.Bukankah ini,pusingan kehidupan kasih sayang yang fitrah..
ibukusyurgaku
Ibu, kirim salam juga buat ayah yang turut banyak memberikan contoh melalui tindakannya.Ayah cukup sayangkan ibunya.Mampukah untuk diri ini, menjadi sebaik dan sesabar ayah dalam mengasihi nenekku.Maafkan anakmu ini,ayah atas setiap tingkah laku dan kata-kata.Banyak sekali, yang diri ini ingin pelajari dari seorang insan yang bernama ayah : Mohd Nor Bin Ismail.

Insan yang kukasihi dan kucintai selepas Allah dan RasulNya,adalah ibu.Selepas itu, ibu.Kemudian ibu.Kemudian abiku.Kemudian, pejuang-pejuang islam.Hanya pada Allah, diri ini serahkan penjagaan ibu dan ayahku.Kerana Dialah yang mampu menjaga insan yang kusayangi,lebih baik dari diriku.
adik2

Adik-adik perempuan,yang dibawah tanggunjawabku.

Tak ternilai pengorbanan yang telah ibu berikan untukku…
ibu lah yang melahirkanku,
seterusnya, menjagaku, mendidikku sehingalah aku jadi seperti sekarang…
ya Allah, jagalah ibu untukku,
berilah ibu kebaikan yang paling baik..
letakkanlah ibu dan ayahku, bersama-sama mereka yang soleh

-dipinjam dari laman kembarafirdaus.

Salam perjuangan dengan tarbiyah ilmu buat adik-adik dan sahabat-sahabat.

Bismillah

Salam bumi yang berbudi,
Ana sentiasa merindui sekolah pondok di tengah kota itu.Sekolah pondok yang telah direbut antara beberapa pihak.Sebuah sekolah pondok yang terwujud diatas kesedaran oleh insan-insan yang cintakan islam.Sekolah pondok yang tebina atas air mata dan kesusahan rakyat Tanah melayu.Sekolah pondok yang menanam satu cita-cita agung untuk meniupkan roh islam yang jernih.

Bumi berbudi yang akan dikenang sampai bila-bila,
Ana hanyalah pelajar biasa di sana.Tapi,ana cukup terhutang budi dengan keberkatan yang hadir di sekolah pondok tersebut.Ana juga kerap menitis air mata di sana.Tanah sekolah pondok di kota itu penuh berkat.Keberkatan itu sentiasa mencurahkan kemulian buat tetamu-temamunya.Tetamunya silih berganti-ganti.Tapi roh kemulian itu tetap sama.Utuh untuk terus diberi dan disampaikan kepada tetamu-tetamunya.

Bumi berbudi tanah waqafan,
Sultan kota itu pernah bertitah,beta waqafkan tanah diraja ini buat tempat menuntut ilmu.Beta harapkan moga-moga bakal lahir ramai anak-anak muda yang dapat memberikan harapan islam pada ummah,khususnya di Tanah melayu ini.Dulu,ada tetamu yang hadir menuntut ilmu di sekolah pondok ini,sempat belajar di kandang kuda diraja.Pasti manis sekali,saat itu.

Bumi ukhuwah bumi tarbiyah,
Sekolah pondok ini tidak ingin tertinggal dari segi kejayaan akademiknya.Mahu ditandingi dengan sekolah-sekolah elit orang putih yang lain.Ana merindui sekali sekolah pondok ini.Moga roh sekolah pondok ini memberi qudwah dan teladan yang terbaik.Jangan digadai roh ini,biar harta seisi dunia yang dicagarkan.Roh ini lebih bernilai buat cagaran di hari SANA.

Fastaqim kama umirta.
senior

taman tarbiyahtempat berukhuwah

Saudara,
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau sirami pusaraku dengan air matamu,
Maka diatas tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini,
Dan teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya.

Saudara,
Kematianku adalah satu perjalanan,
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindui,
Taman-taman Syurga-Nya bangga menerimaku,
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku,
Bahagialah hidupku di alam abadi.

Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan hancur,
Dan alam ini akan disinari fajar lagi,
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya,
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi,
Nun disana,fajar sedang memancar.

-Syed Qutb dalam memori perjalanan dakwah.