Motivasi Diri


ki

Senior-senior yang dikasihi. Semoga kita bertemu lagi .

(1) LAPORAN DARI SAHABAT :

Saya berpandangan, kualiti generasi muda kita merupakan cerminan masa depan Islam. Generasi pemuda kini yang gagal membina generasi pemuda akan datang dengan ruh Islam adalah generasi yang akan digantikan degan generasi murabbi yang lebih baik.

Pandangan saya apalah ertinya kemajuan ekonomi, kecanggihan teknologi dan kekuatan tentera, sementara generasi mudanya semakin rosak moralnya, lemah dan tidak dapat diharapkan untuk membina masa depan Islam yang terbaik.Kini kita melihat bayang-bayang kemunduran atau kepunahan generasi muda akan datang kelihatan begitu mengecewakan.

Saya teringat kata-kata John Kennedy, seorang negarawan Amerika, beliau pernah mengungkapkan kekhawatirannya terhadap kerusakan moral generasi muda Amerika, ”Andai mereka disuruh berperang, hanya ada 1 dari 7 pemuda yang berani menghadapi musuh.”

Jika seorang yang bukan beraqidah Islam pun berfikir begitu, Maka kita selaku generasi muda Islam wajib mempersiapkan diri agar mampu terus bergerak maju terus bangun dari tidur yang panjang sekaligus mengambil peranan yang lebih besar dalam membina generasi kita.

Bagi saya kita sewajibnya saling bahu-membahu untuk mengembangkan berbagai program pembinaan generasi muda untuk mencapai kualiti iman dan takwa serta penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi yang baik.
Pembinaan akhlak islamiyah generasi muda Islam amat penting buat masa ini.

Kita semua sedia maklum, sesungguhnya kita memiliki banyak sekali orang bijak pandai dalam pelbagai bidang. Malaysia juga memiliki kekayaan alam dan sumber manusia yang banyak. Namun, semuanya masih tidak mampu mengangkat darjat Islam dek kerana rosaknya moral dan akhlak generasi kita.

Oleh kerana itu, kita ada kerja besar yang wajib dilakukan untuk sebuah perubahan besar di masa depan. Lahirkan generasi baru yang terbaik yang mana mereka meletakkan ALLAH SWT dan Rasul cinta tertinggi mereka. Tanamkan keimanan dalam lubuk hati mereka yang paling dalam, curahkan ilmu pengetahuan di sel-sel otak mereka yang cerdas dan gemilang. Arahkan potensi mereka agar terarah dan berkembang. Kerja besar membangun peradaban, agar kita dapat meraih kemenanngan hasil kerja keras kita, usah ditunggu temanku segerakan langkahmu terus mencetak generasi kita…

KOMEN ANA :

Jazakallah dan syukran jaziilan. Mencetak generasi merupakan tugas besar bagi para pemuda. Gabungan pemuda dan keampuhan barisan muda juga yang akan mewarisi pimpinan akan datang. Generasi harus terus dicetak. Produk harus terus dihasil. Human resources untuk kemajuan islam harus sentiasa berlansung dengan berterusan.

Kata Nasihat :

Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku ingin hati-hati yang IKHLAS utuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah. – Mursyidul Am ikhwanul muslimin As-syahid Imam Hassan Al-Banna

hassansaidyassiindeedatfathiqardhawi

Hati mereka cekal. Hati mereka lembut. Hati ana keras .  Ana sayang pemilik jiwa yang berhati cekal. Setabah mereka dalam membawa perjuangan. Menempuh ibtila’ demi ibtila’.

HATI

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Tazkirah dari senior ana. Bekal buat diri dalam menempuh ibtila’ kehidupan.

sahabat dunia akhirat

Saudara Azzam dan sahabat-sahabat

” Tanpa rasa penat jemu, teruskan perjuanganmu . ” – Sebuah kata-kata hikmah dari seniorku .

Pesan seniorku lagi :

Saya sertakan tiga cadangan untuk bekalan buat kita sebagai generasi penerus perjuangan Islam :

1 Kita sebagai generasi muda perlulah sentiasa meningkatkan kualiti ruhiah kita untuk menjadi bekalan diri kita agar kita dapat mendidik generasi berikutnya.  – Hubungan dengan Allah.

2 Ketika kita melihat umat yang semakin menyimpang dari Islam, kita sebagai pemuda mesti melakukan perubahan atas perkara tersebut dengan kesungguhan dan istiqamah. – Kemanisan Istiqomah.

3 Seorang pemuda itu harus mempunyai idealisme tinggi, berjiwa besar dan berani melakukan perubahan dimulai dari diri, keluarga dan masyarakat. – Positif dan tegas.

4 Pemuda sebagai dai’e yang terbaik, kita adalah dai’e, ini kerana semenjak kita lahir kita sudah punyai kewajiban untuk menjadi dai’e, yakni menyeru manusia kearah kebaikan dan mencegah manusia dari melakukan kemungkaran. – Amar ma’ruf dan nahi munkar.

sahabat

Kembara di Yokohama , 2 tahun yang lalu

Ali- ‘Imra 3 : 14

Al-An’am 6 : 32

Pesan dari sahabat dunia akhiratku :

” Jadilah da’ie yang mencari perjuangan, bukan perjuangan yang mecari da’ie . “

” Dakwah bukan sebahagian dari aku. Tapi aku adalah dakwah dan dakwah adalah aku. “

” Pertemuan kita kerana perjuangan. Dan kerana perjuangan kita bertemu. “

” Perjuangan memerlukan jiwa-jiwa yang besar. Jadilah pejuang yang besar jiwanya. “

” Perjuangan juga memerlukan sokongan, dan sokongan yang paling ampuh dan kukuh adalah dari isteri yang solehah. “

” Perkahwinan jangan nampak mudah. Sungguh, tidak senang. ” – Aku mendalami maksud kiasan ini.

Jazakallah teman.

Renungan :

Manusia yang merasakan diri mereka hebat adalah manusia yang lemah. Seorang mukmin sentiasa merasakan dirinya hina dan tidak layak masuk ke syurga Allah. Apabila ia menginsafi hakikat itu, maka ia sentiasa diburu rasa resah kerana takutkan kematian. Orang lain takutkan kematian kerana tidak puas dengan kehidupan. Ia pula takutkan kematian kerana mahu beramal sebanyak mungkin mencari kasih Allah. Maka sebahagian mereka berkata, “Alangkah, jika aku hanya rumput yang akan diragut kambing.” Ada sebahagian lain pula berkata, “Alangkah, jika aku kambing yang disembelih dan dimakan.”  – ust dzul

Alhamdulillah. Malam ini ,sudah malam ke lima belas Ramadhan. Sudah separuh Ramadhan.

Bagaimana mutu solat, sahabat-sahabat ? Semakin hari ,semakin ringankah tuntutan tarawihnya ? Makin bertambahkah saff solat di komuniti sahabat-sahabat ? Semakin lembutkah hati ? Semakin basahkah mata yang selalu menyaksikan maksiat , kerana takutkan Allah ?

SAHABAT

ramadhan tahun lalu

bersama ‘timun cina’ yang cukup besar

Ramadhan bersama sahabat -sahabat soleh , melakukan aktiviti rehlah bersama , menghidupkan suasana Ramadhan bersama ,merupakan suatu nikmat yang cukup besar .

Di kesempatan post ini ,suka untuk saya menasihati diri dan sahabat-sahabat agar menambah rasa syukur kepada Allah swt. Nikmat yang ingin terus dikongsi bersama pada post kali ini, adalah sahabat soleh.

Sesungguhnya sahabat yang soleh itu ,jika kita memandangnya dapat mengingatkan kita pada Allah dan taat kepadaNya. Sebaliknya ,melihat sahabat yang tidak soleh itu, dapat mengingatkan kita pada kemaksiatan dan perbuatan-perbuatan murka.

mus

sahabat malaysia dan sahabat indonesia ,2 negara & satu akidah

Sebuah hadis daripada riwayat Abu Daud menukilkan bahawa sahabat yang soleh itu ibarat penjual minyak wangi , darinya engkau akan mendapat bau harumnya. Dan sahabat yang buruk itu ibarat tukang besi ,bila engkau tidak terkena percikan apinya ,maka engkau akan terkena asapnya.

Saya memetik lagi kata-kata dari Mustafa Masyur , seorang intelektual islam menyatakan bahawa orang mu’min itu adalah cermin bagi saudaranya.Setiap orang mesti memiliki kesalahan dan kekurangan. Namun ,ramai dikalangan kita kurang menyedarinya.

Kekurangan kita . A’ib kita yang  terlalu banyak.

Teringat juga saya pada penulisan seorang ustaz berkenaan kekurangan kita.Bahawa sanya ,pintu neraka Allah terbuka luas untuk kita.Namun ,terbukakah harapan untuk kita minta dibukakan pintu SyurgaNya.Siapalah kita.Semoga Ramadhan menjadi wasilah untuk membersihkan hati kita.

TEGURAN

Dalam menegur a’ib kita , memperbaiki dan membantu kita ,tidak ada yang mampu melaksanakan nya melaikan sahabat atau saudara yang saling mencintai kerana Allah ,tulus dalam persahabatan ,lembut dalam pergaulan ,bijak dalam memberi nasihat dan menunjukkan kekurangan.Sahabat soleh juga merupakan sebaik-baik bekal perjalanan.

RAMADHAN TAHUN LALU

Sempat juga saya melapangkan sedikit ruang bertemu sahabat-sahabat di komuniti kawasan lain. Ramadhan tahun ini, masih kah diberi ruang tersebut .InsyaAllah , semoga terus dipilih oleh Allah .Itu harapan saya.

Menolong beberapa sahabat menyiapkan bentou/ bekal makanan, program ihya ramadhan serta berziarah ke masjid di sekitar tokyo.

cahaya islam

bukti cahaya islam di jepun ; anak kecil bersama si ayah merindui ilmu wahyu Ilahi

Manis sekali harga persahabatan yang soleh. Semoga kita saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan dalam mentarbiyah hati dan diri.

Salam Ramadhan buat adik-adik di tanah air. Pilihlah sahabat yang soleh dan jagalah ia sekuat yang mungkin.

MENGENALI KHALED MASHAL

optimis

Lelaki berumur 53 tahun ini mengancam Israel dan Amerika. Beliau ialah Ketua Pergerakan HAMAS. Ketua bagi sebuah pergerakan suci membebaskan Masjidil Aqsa, membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel.

Khaled Abdul Rahim Mashal dilahirkan di Silward berdekatan Ramallah pada tahun 1956. Keluarganya berpindah ke Kuwait pada tahun 1967. Memperolehi Ijazah dalam Bidang Fizik daripada Universiti Kuwait.

Semasa di Kuwait, beliau mengetuai Barisan Keadilan Islam (qa’imat al-haq al-islamiyya). Kemudian, pada tahun 1980, beliau menubuhkan Liga Islam bagi Pelajar Palestin (al-rabita al-islamiyya li talabat filastin). Pernah menjadi tenaga pengajar sekolah di Kuwait pada tahun 1978-1984. Beliau tinggal di Kuwait sehingga tercetusnya Perang Teluk 1991.

Kemudian beliau berpindah ke Jordan, dan mula berkhidmat dengan HAMAS. Pernah menjadi Ahli Lembaga Politik HAMAS dan kemudian dilantik menjadi Ketua Lembaga pada 1996.

Berikutan penggusiran pimpinan HAMAS dari bumi Jordan sejurus selepas pertabalan Raja Abdullah pada tahun 1999, Mashal berpindah ke Dimash, Syiria

Pada 25 September 1997, beliau menjadi sasaran bagi satu cubaan membunuh daripada Perisikan Israel MOSSAD. Cubaan membunuh ini merupakan arahan daripada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan kabinet keselamatan Israel.

10 perisik MOSSAD memasuki Jordan (tempat tinggal Mashal) mengunakan Pasport Canada.  Mereka memecah masuh ke rumah Mashal ketika beliau sedang tidur dan cuba memasukkan Racun Pembunuh ke tekak beliau. Ketika itu beliau ialah Ketua Hamas Cawangan Jordan.

Dalam satu wawancara dengan Majalah Third Way Magazine, beliau ditanya :

When Mossad tried to assassinate you in 1997,how did that affect you? Did it change your  outlook on life?

Mashal:

It did not change my course, but it made me more positive about life. I became more courageous in the face of death. My faith became stronger that a man does not die until his time comes. That is, I will die when God decides, not when Mossad decides. It also made me more resolute in fulfilling my responsibilities.

In our experience, Israeli threats have one of two effects: some people are intimidated, but others become more defiant and determined. I am one of the latter.

Pihak Berkuasa Jordan berjaya mengesan misi pembunuhan beracun ini dan berjaya menahan 2 oarang perisikan MOSSAD yang terlibat dalam misi tersebut. Raja Jordan, Raja Hussien meminta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menyerahkan penawar bagi racun tersebut. Benjamin pada mulanya menolak permintaan Raja Hussien itu.

Peristiwa itu mencetuskan konflik baru di pentas politik dunia.Namun selepas itu,  Presiden Bill Clinton masuk campur dan mendesak Benjamin supaya menyerahkan penawar bagi racun tersebut. Allah Taala memelihara hamba-Nya yang soleh, bertakwa serta berjihad dijalanya.

2 Orang Perisik MOSSAD dibebaskan oleh Pemerintah Jordan sebagai pertukaran dengan pembebasan Pengasas HAMAS dan merangkap Ketua HAMAS, Syeikh Ahmed Yassin.

Pada tahun 2002 beliau diberi kepercayaan menjadi wakil untuk berjumpa dengan Putera Mahkota Saudi Abdullah Bin Abdul Aziz AlSaud (sekarang Raja Saudi) ketika Perhimpunan Pemuda Islam di Riyadh. Beliau mengambil alih kepimpinan HAMAS selepas pembunuhan (syahid) Ketua Hamas, Abdel Aziz AlRantissi pada 2004.

Mashal terkenal sebagai seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi tentang kemenangan hakiki akan berpihak kepada Islam dan selalu berbicara tentang asal usul perbalahan dan persengketaan antara Palestin dan Israel.

Ucapanya sentiasa dipenuhi dengan ayat-ayat suci AlQuran dan paparan Sunnah Rasulullah S.A.W. Beginilah kisah hidup seorang pejuang di medan juang, AlQuran dan AlSunnah dijadikan pencetus momentum semangat dan keberanian yang tidak mengenal erti takut. Teruskan Perjuangan!!! Allahuakbar.

Moga jadi teladan bersama.

Sumber.

Bangsa yang telah membuktikan, sesiapa sahaja yang mengambil Islam, akan beroleh kemuliaan yang dijanjikan Tuhan – laman saifulislam.com.

Aku masih jauh dari kenal siapa tokoh Badiuzzaman Said al-Nursi ini..

Nasihat buat anak muda yang ustaz tuliskan ,aku tujukan khas buat ingatan diriku.

“Sesungguhnya usia mudamu akan pergi meninggalkan kamu. Andai kamu tidak mengekalkan diri dalam lingkungan Halal, maka usia muda bukan sahaja akan hilang nikmat kebahagiaannya, malah ia akan menganugerahkan kamu kebinasaan dan penderitaan dalam kehidupan dunia ini, di alam kubur dan di Akhirat sana. Namun dengan Tarbiyah Islam, engkau pasti akan membelanjakan usia mudamu dalam syukur dan penuh kemuliaan, dengan kebajikan dan ketaatan, dan semua itu akan berterusan hingga kamu mencapai kemudaan yang abadi di Sana nanti…”-pesanan Badiuzzaman Said al-Nursi.

Masa muda…

Anak muda..

Pemuda-pemuda..

Aku terus jatuh cinta..cintaku pada masyarakat turki.Aku menanam azam bahawa satu hari nanti, aku ingin menyentuh turki.Biar sekalipun tidak dengan berpijak dengan negaranya.sekurang-kurangnya aku bisa ketemu dengan pemuda-pemuda turki yang dipenuhi dengan rasa ukhuwah.

Dalam diam, aku mengakui pemuda turki mampu berkehadapan dalam memimpin ummah dalam membangunkan islam.

Bangunan baru islam.

Pemuda-pemuda roh baru.

Semoga aku dan kalian juga, becita-cita menjadi roh baru itu.

Ramadhan ,semoga aku tidak sabar menerima didikan tarbiyah mu.

-jazakallah ustaz hasrizal, atas sentuhan pengembaraan dakwah lembutmu.Hatiku tersentuh.Ku ulang beberapa kali , alunan lagu Kervansaray.

Persahabatan.

Ukhuwah.

Persaudaraan.

Kasih-sayang.

Bertemu kerana Allah.

Berpisah kerana Allah.

rindu Allah

Allah test us often,

And for every pain He gives to us,

Provided we’re patient.

Is followed by rich again.

Kerap kali ana mengulangi kata-kata nasihat diatas.Ia hadiah dari seorang teman seperjuangan.

Allah selalu menguji kita semua,di setiap kesukaran yang didatangkan,akan dibekalinya kita;hambaNya dengan kesabaran.Dan akhirnya, akan dilimpahi kemurahan kembali mengikut aturanNya.

Semoga ianya, menjadi sebahagian daripada tadzikrah dan motivasi buat diri.

WIRID RABITHAH

Ana hadiahkan wirid Rabitah buat semua sahabat-sahabat pembaca ,semoga kunjungan dan bacaan saudara, ada sedikit manfaat di sisi Nya.Juga khusus buat teman-teman seperjuangan.

Ya Allah , Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu dan mengikat janji setia untuk menyokong dan mendaulatkan syariatMu ,maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya.

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati kami ,dan tunjukkanlah kami jalan hidayatnya.Penuhkanlah hati ini dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap,lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu.

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifatMu .(Jika Engkau mentaqdirkan kematian keatas kami)  ,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu.

Engkalulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Amin…Ya Rabbal A’lamin….

Next Page »