
Ketenangan rumah Allah.
Salam bulan Rejab buat semua sahabat-sahabat.
1 Rejab 1430 Hijrah.24 Jun 2009.
اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Sahabat-sahabat berpuasa pada hari ini ? Alhamdulillah bagi yang dikurniakan nikmat melaksanakan ibadat padaNya.Bagi yang baru ingin bermula ,masih berpeluang untuk esok dan hari-hari seterusnya.
Bulan Rejab bulan Allah.Bulan Syaaban bulan Rasulullah,dan bulan Ramadhan bulan ummat.Ana juga hampir lupa.Terima kasih kepada sahabat ana,hafidz afifi yang mengingatkan.Rejab bulan taubat,Syaaban bulan muhibbah dan Ramadhan bulan dilimpahi amalan pahala.
Rejab ada ingatan Isra’ Mi’rajnya, Syaaban dengan Nisfu Syaaban dan Ramadhan dengan malam lebih baik dari seribu bulan.Selamat memburunya, buat diri dan semua sahabat.
Alhamdulillah, semalam juga baru selesai satu ujian kemasukan ke universiti.Masih berbaki lagi dan akan terus berusaha.Sepanjang proses untuk menghadapi ujian kemasukan ke universiti kelmarin, ana sempat bermalam dirumah sahabat ana.Memerhati kehidupan insan yang telah bekerja, banyak sekali pengalaman beharga yang dapat diterima.Banyak juga nasihat dan tunjuk ajar yang tersurat mahupun yang tersirat.Semalaman bermusafir,banyak sekali pengisian yang dapat diterima.
Sahabat, satu nikmat dari Ilahi.Alhamdulillah.Semoga kehidupan kita semua sentiasa dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang rindukan kasih sayang kerana Allah.
Selesai makan malam, kami sempat bertasmiq (saling memperdengarkan) doa.Doa mustajab dicari melalui internet.Beberapa laman dibuka.Setelah dikongsi, kami berazam untuk sama-sama mempraktikkan. Sahabatku juga, sempat berkongsikan beberapa doa amalannya.Doa mendapat isteri solehah dan anak-anak sebagai penyejuk mata juga, sempat kami kongsikan.

Dalam tawa kecil, malam itu cukup bermakna buat diri ini.
Kesunyian manusia itu sukar sekali diungkapkan.Namun, ana pasti temanku ini tidak sunyi bersama Allah.
Semoga bersua lagi,teman.Juga semakin dekat kita dengan Ramadhan.Mahu tahu berapa hari lagi ?
*****
1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada semua.
2. Berzikir akan menentukan “landscape” kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas.
July 2, 2009 at 9:07 am
assalamualaikum..
saya biasa amalkan doa memudahkan urusan.
“Ya, Allah yang memudahkan setiap urusan. Kau mudahkanlah urusan yang sukar bagiku. Sesungguhnya memudahkan yang sukar itu amat mudah bagiMu. Ya Allah kau mudahkanlah urusan bersama dengan kesejahteraan pada hati dan jasad kami, berikanlah keselamatan dan keafiatan pada agama dan dunia kami”
July 4, 2009 at 4:46 am
salam…
alhamdulillah…ada jg kesempatan utk buka blog ni…
lama tak singgah,byk pula post2 yg baru..maklumlah tak ada peluang nak buka internet sekarang…
tangan ni pun dah lama tak tekan keyboard…huhu…
alhamdulillah…dapat jg kesempatan dan peluang oleh Allah SWT ntk berpuasa dalam bulan Rejab ni…
tambahan info ^_^-hr tu ada sahabat bagitau amalkan doa yg dipostkan dlm post ni setiap kali lepas solat…semoga dapat bertemu dengan Ramadhan yg mendatang…insyaALLAH
k…doakan kejayaan bersama..wassalam….^_~